Followers

Tuesday, March 31, 2009

Sepanjang hayat 49 - Berkelana lagi.

Satu lagi tempat yang saya suka pergi ialah Kg.Merang. Kg.Merng duduknya di pendalaman Kuala Atuk,Mk.Sega Daerah Raub, Pahang Darul Makmur.

Di sebuah rumah terpencil,tinggal seorang bekas tentera zaman dharurat kini berusia hampir 75 tahun. Nampak masih gagah boleh tunggang motor tapi bila berjalan pakai tongkat. Dalam askar dia selalu dibarisan hadapan mengepalai pasukan tetapi tiada pangkat. Askar yang dipimpinnya kata, kalau dia dihadapan tentu pergi selamat dan balik pun selamat.

Orangnya sedikit lucu dan mesera kawan. Kurus tinggi berkulit hitam manis. Agaknya masa muda dulu mesti handsome. Orang perempuan mesti suka punya. Namanya Zainal dan orang kampung panggil dia Sanor. Setelah bersara balik kampung, noreh getah. Bekas tentera sepertinya memang tidak terbela. Lebih lebih masuk jadi ahli Persatuan bekas perajurit dan bila masuk hospital dapat duduk kelas satu. Itu sahaja.

Orangtua ini banyak ilmu dunianya. Justeru telah banyaklah anak anak muda datang belajar dengannya. Ada yang ambil ilmu pendinding, pembias, tahan badan, pelangkah, pelaris berniaga, jampi serapah malah ada yang ambil ilmu pengasih. Kalau tuan tuan nak cuba, datanglah kerumahnya pada hari isnin malam selasa. Insya Allah...

Pada suatu hari dia sedang menonggng motosikal lalu di rempuh oleh sebuah kereta dari belakang. Motornya remuk dan dia tercampak hampir satu rantai jauhnya. Sejurus, dia terus bangun dengan pakaian koyak rabak, tetapi satu kesan luka atau bengkakpun tak nampak pada tubuhnya. Dari pemeriksaan Polis didapati jalan tar itu tersodok oleh benda keras dan tajam tetapi tidak terjumpa puncanya. Bila mendekati Pak Sanor didapati tapak penahan tangan kanannya putih bagaikan tidak berdarah. Polis membuat andaian sahlah kesan sodokan pada tar jalan itu kerana tapak tangannya. Pakcik ni kebal, kata Polis itu.

saya: "Ilmu yang mana satu yang membuat awak kebal tu."
Sanor: "Kawanpun tak tahu, macam mana boleh jadi begitu".
Saya: "Bior betul, kawan nak belajor getek".
Sanor "Ini kali kedua, pertama dulu, orang nampok kawan di langgar kereta, tayar kereta naik atas badan kawan. Orang ramai meluru tengok kawan tapi kawan tak ape ape".
Pelik.

Satu hari Pak Sanor sedang menengok orang kerja buat rumah dan tolong unjukkan kayu beruti yang di pinta. Tiba tiba sekeping kayu bruti 1"X2" sepanjang 3' jatuh lalu menimpa jari kelengkeng kakinya . Terpekik dia kesakitan. Tiga hari masuk hospital. Ha ha ha...

2 comments:

  1. Salam PakNgah,
    Terlebih dahulu saya nak ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi menyambut rombongan kami dari Kelantan semalam. Walaupun pertemuan itu agak singkat tapi disebabkan kita dari rumpun yang sama, tidak lah terasa asing untuk berbicara.

    Saya syak PakNgah dulu pun mesti 'handsome' dan manis orang nya.. tutur kata pula teratur dan sopan, tapi sayang genetik ini tidak pula diwarisi oleh PiPi... hahahaha...

    Saya berjaya melarikan Uncle John ke Kota Bharu, tapi petang ni, dia dah nak balik...
    jadi saya bercuti hari ini untuk bawa dia berjalan - jalan di sekitar KB dan menghantarnya ke stesen Keretapi pada pukul 6 nanti.

    Bila saya 'free' , nanti saya tampal gambar2 yang diambil di sekitar Raub - Lipis.
    Letih dan pening saya tak habis lagi , hairan sungguh , masa kat Raub - Lipis , tidak pula merasa sedemikian...

    ReplyDelete
  2. terra Ida,salam...

    Pakngah juga nak ucap terima kasih kerana sudi datang ke rumah Pakngah. Sayangnya makngah kurang percaya Ida semua nak datang, jadi dia tidak buat persiapan yg sewajarnya.

    Baguslah kalau Ida nak tampal gambar dlm entri nanti, dapat pakngah tengok. Tapi yg lebih bagus kamu dapat melayan sikit uncle John tu. Kesian dia, dahlah umur banyak, isteri pula tak ada. Apa nak jadi dgn dia . Jadi baliklah kerap sikit.

    ReplyDelete