Followers

Wednesday, April 1, 2009

Sepanjang hayat 50 - Berkelana lagi

Selain dari Kg.Keledek, Kg.Merang saya ke Felda Kecahu Satu pula. Felda Kecahu 1 yang mengandungi 13 skim itu, hanya satu sahaja yang ada peneroka. Selebihnya semua ladang. Sekiranya Felda Kechau itu dipenuhi peneroka, alangkah bertuahnya bandar Lipis. Tentunya bandar Lipis akan menjadi pusat beli belah yang setanding. Ramai orang, ada kuasa beli dan tentunya banyak pula pengundi. Felda Kechau kini dipenuhi oleh pekerja dari suku sakat Indon dan Bangla malah mungkin telah melebihi penduduk yang menghuni Kechau 1. Sepatutnya perkara ini tidak terjadi tetapi yalah, mungkin Najib tidak perihatin tentang hal ini.

Ada dua orang sahabat saya di Felda ini. Kami sering bertemu dan bermuzakarah. Kalau tidak saya yang pergi menemui mereka, merekalah yang datang. Kadang kadang kami sama sama pergi ke Keledek dan Merang dan begitulah seterus dan sebaliknya. Cerita kami cuma berlegar mengenai hal hal yang mistik, yang pelik dan yang susah difahami. Misalnya mengenai asal usul Adam, asal usul Muhammad dan asal usul manusia. Asal Tuhan pun kadang kadang tersasul juga Subhanallah!.

Justeru, itulah yang kami cari. Kami cari dalam solat, kami cari dalam zikir melalui jalan sariaat, hakikat, tarikat dan makrifat. Kenalah cari,kata guru, kerana sesuatu yang dijadikan itu ada sebab dan kerana maka sebab dan kerana itulah yang sering menjadi topik hangat kami dan kami terus mencari. Sekiranya tuan tuan tahu dan maklum dalam hal ini, haraplah dapat berkongsi pandangan dengan kami. Assalam mualaikum....

5 comments:

  1. salam pakcik...

    Rukia suka cara pak cik bermuzakarah....satu perkara yang baik...kita sebagai manusia memang perlu mengkaji setiap kejadian yang di ciptakan oleh Allah Yang Maha ESA ....bru kita dapat mensyukuri nikmat kehidupan yang sebenar...ilmu tauhid juga perlu kita dalami untuk benteng iman dalam diri kita...macam pak cik katakan ....pak cik mencari melalui solat,zikir, hakikat dan tarikat serta makrifat....semua itu perlu di selami agar kita benar-benar faham islam yang sebenar...dan bukanlah kita hanya berpegang denagan islam atas sekadar nama....tapi bila di tanya dengan org bukan muslim ...apakah keistimewaan islam dlm diri kamu...bg yang tiada ilmu tauhid atau agama mereka mungkin tidak mamapu membahas dgn jitu....dan itu menunjukkan kita lemah....dan kita tidak mahu menjadi seperti itu....

    Pernahkah kita terfikir siapa yang menjadikan ,rumah ,kenderaan, dan segala kemudahan yang ada di muka bumi ini?...

    Bagi insan yang tdk mendalami ilmu tauhid....mungkin mereka akan berfikir yang membina rumah dan kenderaan itu adalah manusuia biasa....Ya...memang manusia yang mencipta nya....tp bg insan yang mempunyai pengetahuan ilmu tauhid mereka akan berkata "Sesungguhnya Allah telah mengilhamkan kepada manusia untuk mencipta setiap kemudahan yang ada di atas muka bumi ini....sekiranya Allah tidak berkehendak mengilhamkan sesuatu keatas manusia itu mungkin kita tidak dapat merasai kenikamatan yg ada sekarang....begitu juga dengan alam yang lain...semua makhluk seperti pokok,batu,dll....tdak pernah membantah untuk mengingkari perintah Allah...mereka hanya menurut dan rela di gunakan untuk membina kemudahan bgi manusia...

    Cuma kita fikir sekiranaya...alam memberontak utk tidak mentaati perintah Allah...Mungkinkah kita dapat sumber pokok untuk kedianman kita...cuba kita renungkan bersama...

    ReplyDelete
  2. rukia, salam.....
    Terimakasih atas pandangan rukia. Nampaknya rukia memahami maksud pakcik dlm pengertian ini.

    Jangan jadi agama ikutan, maknanya org ke masjid kita ke masjid, orang solat kita solat, org tunduk kita tunduk dan sebagainya tetapi tidak mahu mencari pengertian dpd perbuatan itu dengan bersungguh sungguh. Kalau kita tidak bermula, kita akan terus spt ini sampai bila bila, sedangkan jalan keluarnya ada, sengaja tidak mahu ambil tahu, tak mahu mencari.

    Awaluddin makrifatulllah - Awal Agama Mengenal Allah.

    ReplyDelete
  3. syukran pakcik....

    Rukia pun macam pak cik gak...sedang mencari dan menyelami diri...mudah-mudahan kita tergolong dikalanagan org2 yg di berkati Allah...

    We must be a Muslim soleh Wa Musleh...jgn biarkan diri kta saje yg baik.....tetapi ajaklah mereka yg lain untuk menjadi lebih baik gak...

    best dgr citer dr pak cik...
    Rukia akan tunggu perkongsian dr pak cik lagii...heee..ok Chaiyok!

    ReplyDelete
  4. Salam PakNgah,
    Felda Kechau itu , jalan yang saya guna untuk ke Lipis kah... jalan yang tak lalu depan rumah PakNgah ?

    Pakngah beruntung la, dapat rumah tepi bukit tu... ada juga kawasan untuk bersunyi - sunyi diri , mencari diri sendiri apatah lagi untuk berfikir tentang ciptaan Allah yang lain.

    Adakah pagi - paginya berkabus seperti Sega ?

    ReplyDelete
  5. rukian, salam...
    Terima kasih dan mari kita sama membaiki diri dgn bertasbih kpd Tuhan.



    Ida, salam,
    Betul. Jalan yg kamu lalu itu membelah Felda Kechau. Rumah pakngah sengaja ambil tepi, kerana memikirkan anak anak masih kecil masa itu dan sekarang ada cucu pula. Ya, ada masanya berkabus juga terutama bila musim panas.

    ReplyDelete