Followers

Thursday, April 2, 2009

Sepanjang hayat 51 - Berkelana

Sedarkah kita bahawa dunia yang kita duduk ini sudah terlalu amat panjang unurnya.
Sudah berjuta juta tahun lamanya. Justeru sedarkah kita bahawa api telah memberang di merata tempat seperti di America, Australia dan lain membakar dengan tak mengenal belas kasihan. Air juga telah membanjirkan banyak negara seperti di China, India dll. Angin juga turut marah lalu melepaskan puting beliungnya menghancurkan beberapa banyak tempat, mengaramkan beberapa banyak kapal dan sebagainya. Dengan bantuan air dan angin pula, tanah juga tidak ketinggalan memainkan peranan meruntuhkanya di mana sahaja, disana sini, mengeluarkan lahar dan gempa bumi.

Nampaknya anasir anasir ini telah memainkan peranan masing masing menghuru harakan warga manusia hingga hancur lebur, punah ranah dan menderita.

Sedarkah kita bahawa gejala yang berlaku itu adalah berpunca dari kezaliman manusia. Manusia yang tak sedar diri, tidak mengenang budi, tidak reti beterima kasih dan tidak bersyukur. Manusia yang sombong dan bongkak yang suka bermain api seperti mengapi-apikan satu pihak dengan pihak lain, menaikkan angin amarah orang lain mencemarkan air dan membuli tanah dengan mengangkutnya ke sana kemari, merampasnya dari satu milik ke milik yang lain dan mencerobohnya dengan pelbgai cara.

Justeru keempat empat anasir ini sudah mula fedup dengan manusia yang durjana ini. Dan mereka sudah mula panas baran, naik angin, menitiskan air mata dan marah marah.

Apa akan jadi sekiranya keempat empat anasir ini sepakat dan serentak mengeluarkan decree lalu declare perang ke atas manusia yang degil ini. Apabila perkara ini terjadi, kemanakah kita hendak lari, dimanakah kita mahu berlindung dan kepada siapakah kita hendak minta tolong. Aduh! bayangkan...

Hendak minta tolong dengan Tuhan? Kita tak kenal Tuhan. Kita hanya pandai sebut namanya sahaja, Ya! Allah!, Ya! Allah!. Kita sekadar kenal namanya tetapi tidak kenal batang tubuhnya. Masya Allah....

6 comments:

  1. assalammualaikum....

    Subahanallah....

    Gerun hati rukia bila baca story pakcik...itulah yang rukia takutkan sepanjang hidup ini...dunia semakin tua...manusia pula semakin alpha dengan dunia...anasir-anasir yang pakcik cakap kan tue dah pun di tunjukkan oleh Allah.. sebagai peringatan kepada manusia....tp kita belum tentu sedar bahawa anasir2 itu adalah amaran dr Allah untuk kita....


    Semoga kita tergolong dalam org2 yg beriman...
    Stukran PAK CIK...Rukia memang suka dan terkesan dengan perkongsian dr pak cik....heee..

    ok kim salam kt family...especially kt pi...cian kat penggemar die...dgr cite blog nak tutup..btul ker pak cik...huu...Tp jgn la blog pak cik tutup dulu...byk lgi perkongsian yg rukia nk timba dr pak cik...

    ok..Chaiyok!

    ReplyDelete
  2. Salam PakNgah,
    Selama ini pun , tulisan berbentuk kalimah Allah banyak ditemui dalam kelompok awan , pada pokok - pokok , belahan daging , pada kulit haiwan ternakan ... tapi ada juga dikalangan kita yang tak mahu berfikir untuk menerima tanda - tanda kebesaran Allah itu.

    Dulu Malaysia pun pernah gempar dengan beberapa bayangan di langit , salah satunya menunjukkan bayangan orang bersembahyang membelakangi kiblat, kalau tak silap ianya berlaku seawal 1990-an .Kawan sekelas saya ada menceritakan pengalaman beliau melihat sendiri fenomena ini, berbulan - bulan juga satu sekolah dia insaf dan bertaubat..
    tapi itu cerita lama, mungkin ramai yang dah lupa .

    Saya sendiri pun pernah mengalami gegaran Tsunami tahun 2006 itu. Dulu saya tinggal di flat lama tingkat 2 sekitar Alor Star. Memang terasa satu badan gegarannya. Ingatkan tak sempat nak turun flat dah... tapi Alhamdulillah... bukan masanya lagi untuk saya kembali kepadanya.

    Tapi kehilangan adik bongsu saya tahun lepas, banyak meninggalkan kesan dalam hidup saya...
    dalam 8 orang adik - beradik , arwah dijemput dahulu... pemergiannya banyak mengajar saya untuk bersedia menemui Allah pada bila - bila masa. Bak kata PakNgah dalam entri yang lepas - lepas...

    "Bila dah masuk kubur, orang baca talkin, mati tu wajib, jadi pencenpun wajip, Satu ketika nanti tak makanpun wajib, tak tidurpun wajib"

    ReplyDelete
  3. Salam Pakcik,
    saya memang berdoa sangat,janganlah saya di antara orang2 yang berada pada hari berlakunya kiamat itu..nauzubillah...siksanya menjadi orang terakhir di dunia.
    Manusia selalu lupa dan alpa,bila sesekali diberi peringatan,moga ada keinsafan.

    ReplyDelete
  4. rukian,

    terra,

    dan

    hai, salam pakcik/pakngah untuk kalian
    semuanya,....

    Sila ikut entri pakcik yang ke 52 - masuk hospital.

    ReplyDelete
  5. rukia, salam...

    Pipi ni jarang balik. Tentang dia nak tutup blog, temberang aje kot. Pakcik sebenarnya tak tahu sangat tentang hobi dan lain lain mereka. Pakcik hubung Pipi, bila pakcik ada sangkut sikit dengan internet, nak posting ke, nak tampal ke, begitu ajelah. Barangkali dia sebok dgn nobelnya kot. cuba rukia tanya...

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Sekadar untuk dikongsi. Pak cik, saya dapat belajar sesuatu di dalam laman sesawang http://ikhwantoday.com
    Sajak-sajaknya menyentuh hati.

    ReplyDelete