Saya kena darah tinggi. Oi! mak tuan, darah tinggiiii...
Patutlah saya kena darah tinggi. Sebab saya tidak ada pantang larang dalam bak makan. Buat kata orang, membujur lalu, melintang patah. Orang kata daging kambing boleh menyumbang kepada tekanan darah lebih besar, tetapi nak buat macam mana, daging kambing adalah diantara daging yang paling saya suka. Bila ke kedai mamak, roti canai lawannya ialah kari kambing. Phuuuh! sedapnya.
Patutlah saya kena darah tinggi, sebab saya tak pernah buat pemeriksaan di hospital lebih 10 tahun hinggalah ke akhir 2005 bila saya dijadualkan ke Mekah untuk menunaikan Fardhu Haji. Itupun saya buat pemeriksaan di klinik swasta. Dr. swasta tu kata darah pakcik ni tinggi sangat,200. Dah 3 kali saya buat pressure masih sama, tak mahu turunpun. Dalam hati berkata, nasib baik tak buat kat hospital dan kalau hospital tak lepas kawan ke Mekah. Mahu tak mahu dr.sawasta tu catatkan pada buku laporan kesihatan saya dengan pressure 160 per tak tau.
Balik dari Mekah, penyakit saya semakin parah. Saya terpaksa menyerah pada anak anak, abah ni sakit, tolong bawa abah pergi klinik. Di klinik,Dr. klinik terus tulis surat dan berkata, sekarang juga pergi hospital, bawa surat ini. Di hospital Selayang, saya kena marah, di marah oleh Dr perempuan yang sangat cantik. Aduh! kita dahlah sakit, kena marah pulak. Nak buat macam mana, diam ajelah... " Bila darah terlalu tinggi, degup jantung akan jadi kuat. Keupayaan jantung tidak seimbang dengan kekuatan darah. Akhirnya ia mencari sasaran lain - ke jantung dan buah pinggang..." Begitulah lebihkurang kata Dr yang manis itu. Dari hari itu saya jadi pelanggan tetap hospital Selayang. Bila saya minta tukar ambil ubat di Hospital Lipis, saya diarahkan masuk wad. Masya Allah!
Tiga hari dalam wad, saya bosan dengan misi (jururawat pelatih manis manis belaka) yang sangat ramai yang kejap datang beri ubat, kejap lagi datang nak ambil darah, kejap lagi ambil pressure dan, dan... Dahlah wad penuh dengan patient jadi saya jadi bengang lalu lepas cakap, macam ni bukan tambah baik, semakin teruk jadinya. "Saya tak mahu makan ubat", bentak saya. Satu wad kecoh. Dr pun datang bertanya apahal. Bila saya kata, "Dr. saya sudah tua, saya tak takut mati, bila bila pun saya sudah redha. Lalu dr. itu pindahkan saya ke satu wad yang lebih tenteram dan bersendirian, ha ha ha...
Lepas itu saya di arahkan ke Hospital Temerloh. Hospital Temerloh arahkan saya ke IJN. Sekarang saya jadi pelanggan tetap IJN. Tiap tiap bulan pergi Klompor.
Berhubung dengan entri semalam, kamu semua tak perlulah takut. Kamu semua masih muda dan masih banyak ruang dan peluang untuk kumpulkan bekalan untuk mati. Lain saya, banyak condong dari tegak. Soal kiamat tu Rukun Iman. Kena percaya dan imankan sahajalah.Imankan dengan cara Islam. Bila Islam tauhidkan keesaan Tuhan. Esakan Tuhan itu sekadar Dia tetap wujud. Wujud seperti adanya kamu. Sebenarnya kiamat ni hari hari, tiap waktu, tiap jam dan tiap minit dan saat. Mati, mati adalah wajib. Mati maknanya kembali, kembali ke Rahmatullah - kembali ke Rahmat Allah. Bagus bukan?
Jadi, carilah jalan kembali atau jalan pulang. Selamat Muhammad...
assalamualaikum...
ReplyDeletesaya tersinggah di sini.
jaga kesihatan tau.
cucu-cucu risau ni kalau tok wan dia sakit.
saya kalau tokwan atau tok saya sakit, awal-awal dorang dah warn jangan kasitau saya. (saya di asrama, sekarang di universiti)
sampaikan tok yang sakit teruk, muntah-muntah darah pun tak dibagitau saya,
takut saya risau, tak boleh belajar
kalau boleh pilih antara belajar dan jaga dorang, saya akan jaga dorang
tak pernah jaga dorang lagi sepanjang dorang sakit (sekarang sihat-sihat saja)
hehe sekadar berkongsi perasaan
Salam PakNgah...
ReplyDeleteDulu saya pun pernah ditahan kat hospital,
sebab ada jangkitan paru - paru akibat daripada batuk lebih dari 3 minggu ,batuk pun ada keluar darah sedikit... seksa juga masa tu,
9 hari dalam wad jauh dari keluarga, ayah pula baru meninggal tak sampai sebulan.
Betul kata Pakngah, orang sihat pun boleh sakit kalau duduk lama - lama dalam wad. Masa tu saya dah mula sihat, maklumlah 3 minggu dah batuk, saya kena tahan sebab nak hapuskan kuman yang ada dalam badan sahaja...
apa lagi ,saya lah orang yang paling aktif makan dalam wad itu...
makan sebab 'tensen' !
Kadang - kadang saya membolos juga cari makanan kat luar hahahaaaa...
Aktiviti dalam wad saya ? tengok gelagat doktor muda kena marah dek pakar... temuramah jururawat pelatih, pergi singgah katil - katil sebelah, untung2 dapat makanan free hahhahaa..
tolong pakaikan pampers dekat makcik India pun ada...
hasil pemerhatian saya , hanya orang Melayu sahaja yang bergilir - gilir jaga saudara mereka yang sakit , kaum india dan cina... tak banyak yang menunggu..
Ini berlaku di hospital P.Pinang.. sungguh.
PakNgah tiap - tiap bulan ke Kuala Lumpur dengan siapa ?
PakNgah tak cuba herba/ulam kampung untuk kurangkan darah tinggi ?
Sepupu saya di Sega dan Uncle John pun ada darah tinggi juga.
tapi Ubat yang paling mujarab kenalah berpantang makan kan ?
errmmmm...
rasanya PakNgah tersangatlah arif tentang ni hahaahaa....
LilacFIA,salam...
ReplyDeleteT.kasih kerana singgah dilaman p'cik. Tak minum air pun. Mana lebih afdal, "perhatian untuk orng meninggal atau untuk bayi yg baru lahir".
terra ida,salam....,
Pngah sekarang ini makan Goji Guarana, Minyak Kelapa Dara dan sejenis lagi Kan yee bou dr produk yg sama. Ubat hosp jarang jarang ambil.
salam pak cik hasyim...
ReplyDeleteRukia terlewat utuk follow entri pakcik yg ke 52 nie...hee...cibuk cikit...
tp tak pe...yg penting rukia x ketinggalan cite pak cik....
rukia doakan semoga pakcik sihat sentiasa dan di panjangkan umur...
Allah bg kita nikmat sakit tue bukan sahaja2 untuk susahkan kita...tp ada sebabnya,...dan kita perlu bersyukur di ats setiap nikmat yg diberi-NYA itu...
pe2 pun klu pakcik sakit terus g jumpa doktor tau...klu doktor tue marah pakcik marah lik die...heeee...
k...rukia end kat cni dulu...
wasalam...
terima kasih atas titipan ilmu di sini...ilmu nak mati..ha..ha..ha..maaf bapak saya sekadar bercanda.Sangat setuju kembali ke rahmat Allah.
ReplyDelete