Dalam sebok sebok berkempen pilihanraya di dua Bukit dan satu Batang ini, sayapun teringin nak tumpang semangkok. Sedikit aje, cuma semangkok mengenai kesah PRU 12, mudah-mudahan boleh buat panduan.
Dalam satu kawasan pilihanraya, dimana calun BN ialah seorang China, tentulah dari MCA. Manakala lawanya pula Calun PAS, dah tentu Islam lagi melayu. Masing masing punyalah hendak menang, habis ghin ( ghin ini ialah huruf jawi selepas huruf Ain), kata orang sini. BN mesti hendak menang, kalau tidak duit dah berjuta habis dan rugilah kalau tak menang. Demikian PAS, lepas pakai songkok, pakai kopiah, tak cukup kopiah ikat pula dengan serban. Melentang, menyengit, tak kira. Janji kempen dan menang.
Tukang kempen BN wakil calunnya daripada orang melayu bertaraf ustaz. Dia bawalah calun tu masuk kampung keluar kampung, berjumpa dengan pengundi melayu. Diajarnyalah bersalam, beri salam, duduk bersila,makan bersuap, masuk surau keluar surau, masuk masjid keluar masjid sehingga dah habis akal.
Bila orang PAS dapat tahu hal ini, lalu dikatakanyalah china tu dah jadi Ustaz. Orang melayu yang mengundinya nanti akan berimamkan Ustaz china tu. Dan macam macam lagilah putar belit untuk membangkitkan semangat orang melayu supaya sedar diri sedikit lalu mengundi PAS.
Tiba tiba keputusan pilihanraya, calun BN menang dengan majoriti besar mengalahkan calun PAS. Kredit patut diberi kepada Wakil calun BN itu kerana dia boleh buat china kafir tu jadi betul betul macam orang Islam yang dikehendaki PAS.
Salam Pak Hashim, bercerita tentang Politik saya tumpang sekaki, bukan apa, sekadar untuk berkongsi cerita kelakar, puak-puak politik,bersorak terjerit, terpekek,telolong yang tak cantiknya yang di sorak sesama bangsa, kadang kala tersembur keluar kata yang mencarut benda dalam kain sendiri punyalah nak tunjuk semangat, lepas tu pinga-pinga
ReplyDeletebukan ada apa jawatan pun..saja suka-suka ?? trend macam ini pernah ke belaku zaman Pak Hashim ??
salam pak cik...
ReplyDeleteisu politik nie...rukia x tau nk komen...mungkin lum terbukak hati lg tuk mendalami isu nie kot...heee...tp sekadar untuk mengambil tahu tentang keadaan semasa tue boleh la...maklum la rukia x berapa suka sgt dgn cite politik...byk tul krompomi ye...
mungkin juga rukia lum lgi berkerja dgn masyarakat besar...sbb tue isu ni rukia x paham sgt...
hee..pe2 pun..teruskan perjuangan pak cik yea...
Chaiyok!...
Salam PakNgah ,
ReplyDeletewalaupun ada yang mengatakan , ramai pengundi Kelantan mengundi atas dasar keturunan/keluarga atau Parti dan tidak bergantung langsung kepada faktor siapakah pemimpin kawasannya...
saya tidak bersetuju !
sebab saya pun ada perasaan , hak dan tanggungjawab saya sendiri
Saya juga tidak menyesal langsung dengan pilihan hati saya.
Tapi yang hairannya , saya baru mengundi sekali, parti saya terus menang ? kagum pula saya kepada diri sendiri hahahahaaaa....
Mdsuak,salam...
ReplyDeleteOrang dulu kempen lagi teruk. Attack peribadi. Dulu kempen terbuka - rapat umum. Hentam menghentam bebas. Kekadang seronok juga tengok kelakar mereka.
Saya adalah penyokong Partai Rakyat Malaya pada masa itu tahun 60 - 70han. Dalam sati PR saya dan rakan partai hadir satu kempen Perikatan. Seorang dr penceramahnya ialah Ibrahim Omar (Desa Pingitan)Kami duduk dihadapan sekali mengejek para Pengempen. Ibrahim punyalah marah dan berapi-api menuding kpd kami yg duduk dihdapannya itu dgn berbagai nista dan keji.
PR kehadapannya dengar Ibrahim Omar akan bertanding atas tiket PRakyat. Takkan pelik. Akhirnya saya dan Ibrahim Omar jadi kawan sampai sekarang. Ibrahim Omar sekarang sedikit uzur, tinggal di Kg.Mela dekat Jerantut.
Jadi apapun keadaan politik dulu dan sekarang saya rasa sama saja. Sebab kita tak ada ideology. Parti mana pun menang kita adalah di bawah penguasaan Imperialisma dan Kapitalisma. Islam adalah cara hidup atau pegangan hidup.
rukian,
ReplyDelete&
terra,
salam....
Parti tak penting, yg penting ialah mengundi Kalau tak mengundi, sebagai rakyat Malaysia kita rugi. Satu undi boleh menentukan kedudukan sesebuah parti yang memerintah. Parti yg memerintah mana manapun sama . Katanya utk kebaikan rakyatnya. Wallah hu aalam...
Pakngah, Parti yang memerintah.
Salam pakcik,
ReplyDeleteSaya setuju ngan pakcik,yang penting undi tu.Ni tolong berkempen bagai nak rak,tapi haramjadah daftar pun tidak.Mengabeh ke boreh..
Salam, terima kasih diatas catatan yang menarik Pak Hashim,sebenarnya saya bkn org Politik hanya sekadar mengikuti perkembangan..bak kata Sudin dalam filem Pendeka Bujang Lapuk.." Ooh Kerja saya merbahaya..siang malam berjaga-jaga " eh..eh..eh kerja apa itu sudin..?? megira bulu Beruang ????
ReplyDeletePolitik saya seperti dailog di berikut:
" Aziz baca bunyi syir, Sudin baca bunyi Arab,Ramlee baca tak bunyi langsung...??
hai,
ReplyDelete&
Mdsuak,
Salam....,
Ulasan tuan puan sangat bagus, saya tumpang ketawa. Akhir akhir ini saya berpolitik lagi dan tak mahu berpolitik lagi. Ha ha ha...