Followers

Monday, April 6, 2009

Sepanjang hayat 54 - Ayam Terlepas Tangan Bau Tahi.

Negara kita sedang menghadapi saat genting dan cemas ketika ini. Di saat dan ketika yang amat genting, kritikal dan mencemaskan ini, apakah peranan kita, apakah yang perlu kita buat dan apakah sumbangan kita.

Disana sini kita mendengar orang terpekek terlolong dengan maki hamun, sumpah seranah, caci mencaci, tuduh menuduh, bodoh membodoh, hentam menghentam, hampeh, baghal dan sebagainya, semata mata kerana hendak menegakkan kebenaran masing masing.

Sementara itu, adalah pula yang berdoa dengan menadah tangan ke langit meminta restu gusti alam malah tidak kurang pula yang bersolat hajat agar makbul segala permintaan dan yang berkaul juga alahai! jumpa bomoh sana jumpa bomoh sini, agar perkara yang mencemaskan ini tidak mencacatkan siapa siapa malah menguntungkan pula.

Ada yang menganggap ini satu peperangan. Konon inilah masa kita berjihad, menyapu habis segala musuh yang membujur lalu melintang patah, membersihkan segala anasir buruk dan baik. Sabil habis habisan.

Tak ketinggalan, yang sudah menyedia kubur, menyiapkan kapan, mengadakan unggun api, untuk menyelamatkan jenazah dan mayat yang menjadi mangsa keganasan yang mencemaskan itu. Yang Islam bersiap sedia untuk membacakan doa dan talkin, Masya Allah...Na uzubillah...

Saat dan ketika yang mencemaskan itu akan berlaku jua, pasti terjadi dan tetap berlaku. Tiada siapa di atas muka bumi ini yang dapat menahan apatah lagi menyelesaikannya. Sudah kehendak Tuhan, sudah tersurat dan sudah ditakdirkan bahawa saat dan ketika ini terjadi pada 7hb April 2009. di dua BUKIT dan satu BATANG.

Siapa yang menang dan siapa yang kalah belum diketahui dan tidak mudah diramalkan. Keputusan tetap ada. Satu menang satu kalah. Yang lain lain melepas, terkebil kebil macam ayam berak kapur. Buat kata Karam Singh "Ayam terlepas tangan bau tahi".

8 comments:

  1. assalamualaikum...


    pak cik hashim...apa ke hal pp berenti blogging?..awek dia marah ke?

    ha ha ha...

    ramai peminat dia kecewa kat luar sana tu...

    ReplyDelete
  2. Salam pakcik,
    Bagi sayalah,pemerintahan paling terbaik di dunia ni,dah tentulah pemerintahan cara Islam.Namun,apa yang berlaku di negara kita,menimbulkan banyak kekeliruan yang perlukan penyelesaian terbaik.
    Saya bersekolah rendah di Convent,Selangor..Pada zaman tu,tak ada seorang pun pelajarnya yang bertudung,atau berbaju kurung,malahan waktu PJ semua pakai 'short'.Ustazah saya hanya memakai selendang jarang dan terkeluar jambul.Dia juga tidak pernah beritau tentang wajibnya menutup aurat.(Saya tidak menyalahkan dia).Sekolah menengah,saya dah pindah Pahang,Sekolah tu mewajibkan semua pelajar Islam memakai Tudung.Memang bengang,menyusahkan,rimas,panas,tak selesa langsung.Tapi bila kita dah pakai hari2,akhirnya rasa biasa je...tapi ada pulak arahan dari guru PJ kami,yang mengarahkan waktu senaman pelajar tidak perlu bertudung,so bila pergi sekolah bertudung,waktu PJ cabut tudung.Tentu pelajar2 jadi keliru...mana yang betulnya.
    Inilah yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini,Ada orang yang arif agama hanya diam membisu,yang merasa konon mereka pandai sangat berdegar2 cakap bab agama,tapinya pandangan mereka menambahkan kekeliruan dalam masyarakat.contohnya,mufti dilantik untuk menjadi penasihat agama,malangnya kalau pandangan itu bertentangan dengan pendapat pemimpin2 maka apa fatwa pun hanya di bakulsampahkan je...yang penting..kita semua kena berbalik kepada ajaran Nabi SAW dengan sebenar2nya..

    ReplyDelete
  3. StingRay, salam...

    Tak tahulah pakcik, kenapa si PP nak tutup blog.Dah cemuih agaknya. P'cik berblog ni pun dia yg galakkan. Entahlah, dah ada girlfriend dia kot!


    hai, salam...
    Bagi p,cik agama ni universal. Semuanya menuju kpd Tuhan belaka, sekadar cara berlainan. Islam amat tersendiri. Ianya seni dari segala seni. Menyebutnya mudah tapi melaksanakannya diantara susah dan senang.

    Bagi pcik, Agama (Islam) tidak perlu dipolitikkan. Ianya satu cara hidup yang serba lengkap, adil dan saksama. Kembalilah kepada pokok iaitu IMAN, ISLAM,TAUHID & MAKRIFAH. selamat Muhammad...

    ReplyDelete
  4. Salam PakNgah,
    Berkenaan dengan PiPi, dulu Pakngah ada tulis : PiPi malas macam abahnya juga .
    Tapi sekarang Pakngah tak perlu menyalahkan diri sendiri lagi .
    Dia dah besar , dah tahu buat keputusan sendiri , hanya Allah dan dia saja yang tahu , apa yang dia cuba buat dan buktikan sekarang...

    Maaflah PakNgah , kalau dah ada anak popular taraf selebriti blog , memang Pakngah tak terlepas dari tempiasnya :D

    alamak, hilang pula idea saya untuk komen entri Pakngah hari ini... hahaha...

    ReplyDelete
  5. saya pun gemar menengok laporan Karam Singh.

    ReplyDelete
  6. Salam pak cik,
    Saya memang x tahu sgt pasal politik ni,tapi saya appreciate pandangan pakcik.Semua orang ada pandangan mereka tersendiri,tapi apa ke halnya nak memaki,sumpah seranah,carut mencarut,hina menghina...bila berdebat pasal isu politik..peliklah diorang ni.Ini yang membimbangkan saya,bagaimana untuk mengubah situasi begini agar lebih harmoni.Anyway saya suka analisis di awani malam tadi especially pandangan Dr.Abu Hassan....Pakcik citer la pasal benda lain,tak best a citer politik ni..Agak2 kat Lipis tu,tempat mana best nak g.Saya pernah dengar tentang Kuala Kenong,sesuai x bwk anak2?

    ReplyDelete
  7. salam pak cik...

    rukia suka jawapan pak cik...mengenai islam tidak perlu di politikan..

    ReplyDelete
  8. Ida, salam...
    Biarkanlah hal PP tu, dia dah besar. Tinggi tinggi terbang bangau atau sejauh mana burung melaut, akhirnya balik juga. Tapi kalu pngah sangkut nak operate komputer, kena tanya dia juga,ha ha ha...


    Komprix,salam...
    Pcik nak jadi ahli Perpustakaan, nak baca banyak buku dan nak belajar tentang Malay Proverb.


    hai, salam...
    Pcik pun bukan suka sangat hal politik ni, tapi dah kena musim dia. Semua orang sana sini cakap fasal politik, jadi p,cik tumpanglah semangkok. Nanti pcik bawa kesah lama kesah benar dlm entri akan datang.


    rukian, salam...
    Islam tu Agama. Ianya tersendiri. Komunis kata agama itu candu/madat. Ibarat orang kena madat kalau tidak "Alim" jadi "Maling".

    Kita pilihlah Alim supaya tidak jahil akan diri dan Tuhannya.

    ReplyDelete