Followers

Wednesday, April 8, 2009

Sepanjang hayat 55 - Ucapan penutup.

Saya bukan hendak sangat bercakap fasal politik ni dan bukan orang politikpun malah pengikut blog saya minta saya kurangkan politik. Saya setuju. Tetapi bagi mengambil peluang sempena musim pilihanraya ini, saya rasa macam terpanggil untuk memberikan ucapan penutup, ha ha ha...

Di atas apa apapun, semuanya sudah berlalu. Yang menang tetap menang dan yang kalah tetap kalah.

Momenton kehadiran Mahathir yang anti Abdullah itu tidak berupaya menyumbang, mengubah apatah lagi membantu BN menang.

Yang pasti jerat yang dipasang BN tidak mengena sebab tidak berumpan, tidak seperti yg dilakukannya sepanjang 50 tahun yg tak pernh kurang dengan umpan. Pengundi yg sentiasa dididik dengan umpan akan jadi ketagih. Buat kata Karam Singh Warrior, ada duit orang datang, tak ada duit pusing belakang. Ini andaian saya sahaja, jangan marah...

Yang jelas teori / era RAHMAN sudah tamat. UMNO atau BN kenalah tukar nama dengan nama dan teori yang baru. Baharu ada transformasi.

Orang bukan melayu suka pembangunan. Orang melayu bukan tak suka tetapi takut dan bimbang dengan adanya pembangunan, sebab mereka tak berani bersaing atas faktor duit. Tak cukup modal. Orang miskin mana boleh bersaing dengan orang kaya, kalau bersaing juga bodohlah namanya. Cari nahas. Kerajaan bukan tak tolong tapi sekadar melepaskan batuk ditangga. Berniaga apa kalau seperti buluh kasap?

Contoh: Bandar baru yang dibangunkan diseberang bandar Lipis oleh orang bukan melayu mengikut desas desus orang Lubuk Belida dan Kuala Kecahu semakin menghimpit kedudukan mereka disitu. Kehidupan mereka yang miskin yang masih berpegang kepada cara dan tradisi lama akan tergugat oleh pembangunan yang pesat di bandar baru itu. Kata mereka lagi, apabila dah bertapak melebarkannya tentu sahaja mudah, sebab mereka banyak duit. Lama lama kami orang Lubuk Belida, Kuala Kecahu akan hanyutlah di bawa arus pembangunan itu. Mana terlawan dek kita akan orang bukan melayu yang banyak duit. Mereka mungkin akan beli semua tanah orang melayu disitu untuk mengisi suku sakat mereka pula. Itulah nasib orang melayu yang hanya ada kekuatan memangkah tetapi tidak berupaya menyanggah.

Lama lama, kata Karam Singh lagi: Menang sorak kampung tergadai.

10 comments:

  1. Salam Sejestra Pak Hashim, saya tergaman bila membaca catatan Pak Hashim kali ini...apa maksud Pak Hashim dengan " Ucapan Penutup " ???

    Ini ada satu unggapan daripada seseorang . geli, lucu dan memjijikkan...apa pendapat Pak Hashim ??

    Karektor Manusia Berdasarkan Kentutnya

    ORANG TIDAK JUJUR
    orang yang kalau kentut menyalahkan orang lain.

    ORANG BANGANG
    orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

    ORANG BERWAWASAN LUAS
    orang yang tahu bila harus kentut.

    ORANG SENGSARA
    orang yang ingin kentut tapi tak boleh kentut.

    ORANG MISTERIOUS
    orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

    ORANG GUGUP
    orang yang tiba-tiba nak menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

    ORANG YANG PERCAYA DIRI SENDIRI
    orang yang selalu mengira kalau kentutnya berbau harum.

    ORANG SADIS
    orang yang kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

    ORANG PEMALU
    orang yang kalau kentutnya tidak bunyi lalu merasa malu sendiri.

    ORANG YANG STRATEGIK
    orang yang menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

    ORANG BODOH
    orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengantikan kentutnya yang keluar.

    ORANG PELIK
    orang kalau bunyi kentut dikeluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

    ORANG SOMBONG
    orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

    ORANG RAMAH
    orang yang senang mencium kentut orang lain.

    ORANG YANG TIDAK SENANG BERGAUL
    orang yang kalau kentut sembunyi.

    ORANG AKUATIK
    orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blekuthuk-blekhutuk ".

    ORANG ATLETIK
    orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

    ORANG JUJUR
    orang yang mengaku habis kentut.

    ORANG PINTAR
    orang yang boleh menandai bau kentut orang lain. Nak tambah...

    ORANG MALANG
    orang yang nak kentut tapi terkeluar tah

    ReplyDelete
  2. aslmkm!
    Bapak yg saya hurmati,saya salah seorang yang meminati tulisan bapak.Setuju amat saya..kalau di ikutkan sangat orang politik ini makin pusing kita rakyat marhaen.Bapak sudi apa lah kiranya jika bapak berkenan cuba bapak ceritakan hal2 lampau Kuala Lipis yg nostalgia,fikiran saya tentu itu amat menyeronokan.Cerita2 zaman kedai southern Park,Kedai Jahit Bombay,zaman orang belida dan kechau berperahu motor sangkut,paradise theater.Juga ceritakan tokoh rakyat setempat yg bukan org politik org2 marhaen...cerita pasal mat spring,pendekar wahab,seman marsilu,penghulu wan amid,seman gagah,majid gunting dan man gunting ustaz molok dan lain2 lagi...cerita rakit mek sepiah pun tak apa..mana tahu dengan input babak cerita2 ini boleh di bukukan insya.Saya doakan bapak sihat dan di berkati Allah serta terus dapat menulis di Blog ini.Silap salah kata2 saya mohon maaf.

    ReplyDelete
  3. Mdsuak,salam....
    Ucapan penutup saya merumuskan supaya strength of memangkah orang melayu ni dapat ditingkatkan dan diklasifaied sebagai ada kekuatan yg perlu diberi perhatian dan dititikberatkan...
    Justeru, kalau nak kentutpun lepaskanlah ditempat yang sesuai dlm hutan misalnya, sebesar besarnya, sekuat kuatnya dan sebusuk busuknya, jangan sampai orang lain terhidu. Bak kata, pandai makan pandai simpan.

    Saya cuma bimbang sikit, takut kalau kalau orang melayu boleh kentut dalam semua katogeri yang tuan senaraikan.

    ReplyDelete
  4. BTL PAKCIK..BL MAHATHIR DTG BALIK DALAM UMNO, MAKIN ORG MANYAMPAH NGAN UMNO..TU YG SAYA NAMPAK SENDIRI KAT BUKIT SELAMBAU

    ReplyDelete
  5. Great point and thanks for bringing it up. You are right though, ...have a nice day Pak Hashim..Thanks so much....

    ReplyDelete
  6. salam pak cik....

    memang payah utuk kita pikul tugas sebagai khalifah di muka bumi ni kan pak cik....tapi pada hakikat ya...itulah janji kita dan amanah yg kita pegang sblm kita di campakkan ke bumi ini..biar ape pun cra pemerintahan kita...yg penting kita masih lagi tidak lari dr landasan islam sebenar...macam yg pak cik katakan dr entri2 yg lps...rukia memang suka dgn perkongsian pak cik samapikan tue...

    ok pakcik...bagi rukia.. yg utama berdirinya kita di bumi Allah nie bukan lah utk melihat kemusnahan bangsa seislam kita...tp kita kenalah sama2 membantu antara satu sama lain...walaupun wadah kita berbeza tp jika jalan yg kita lalui itu sama ...apasalah nya jika kita saling bantu membantu dan tidak menjatuhkan antara satu sama lain..

    ok la..rukia dah hilang punca..nk bg idea nie..heee..itu je la pandangan yg rukia boleh beri...tp klu rukia tersilap kata pak cik tolong tegur2kan la yea...huuu..biasa kita budak baru nk belajar..heee

    ok pakcik..rukia end cni dulu...syukranjazillan..:)
    kim salam kt familay n pp...memang sunyi terus blog die tue..heee

    ReplyDelete
  7. Hehe.... pasal 'kentut' tu cam ya ya o je but really,good explanation.

    ReplyDelete
  8. ubilepih, salam...
    Nampak gaya tuan ni orang Lipis juga kan. Tapi tak apalah, mungkin dah lama tak ke Lipis.

    Orang orang yg tuan sebutkan itu semuanya saya kenal,Cikgu Wahab(pendekar) dah lama meninggal dunia. Aruah ni orang unik, dia punya keistimewaan tersendiri. Kalau dijadikan watak bagi sesebuah cerita memang cantik. Osman Marsilu juga dah meninggal.Diabetes - mula potong sebelah kaki lepas tu sebelah lagi akhirnya bawa maut, Innalillah..Inipun satu figure yg sangat menarik. Ust.Molok juga sdh meninggal seorang yg terror, banyak bini dan banyak anak.W.Hamid Penghulu Pencen, kawan saya, hari2 minum teh tarik bersama. Dua dua Tkg.gunting Hj.Majid dan Man dah bersara sbg barber, tak ada pelapis. Pelanggan kamching sja kalau nak bergunting kena kerumahnya. Osman Gagah meninggal lebih awal, orang berilmu tinggi.Kalu nak cerita mengenainya tiga hari tiga malam tak cukup.

    Southern Park kedai mee hailam paling popular dah bungkus dan Bombay tu hilang ntah kemana, agaknya balik India.

    Kuala Lipis dulu dan sekarang akan saya jadikan entri sehari dua lagi.

    ReplyDelete
  9. citahrudin,salam,...
    Di Amerika, bila presiden tamat tempoh, dia terus bersara, lepas tu langsung tak campur lagi. Pak Mahathir ni agak saya, dia ni kemaruk (mudah lapar terutama bila baik demam). Kini dia dah puashati sebab anak jadi menteri, ha ha ha.

    ReplyDelete
  10. rukia, salam,...
    Itulah pcik selalu kata, kalu nak beragama, agama sajalah. Pas tak boleh jamin kita ke syurga.Lagi pun Agama tak termasuk dlm era(zaman) atau isme yg tujuh. Islam amat unik dan tersendiri.


    hai, salam...
    Kentut tu bunga tahi, ha ha ha...

    ReplyDelete