Followers

Friday, April 10, 2009

Sepanjang hayat 56 - Kuala Lipis Dahulu dan Sekarang. Penggal 1

Dahulu - 40 ke 50 tahun dahulu, Kuala Lipis adalah sebuah bandar kecil, terletak di hulu Negeri Pahang, tetapi keramat dan ia pernah menyandang jawatan sebagai Ibu Negeri Pahang. Jawatan tersebut ditarik balik kerana kurang efficien dan prestasi menurun. Mahkotanya dipindahkan ke Kuantan.

Selepas transformasi, persis seorang janda (Kuala Lipis) yang masih berupaya sihat, genit dan licit meneruskan hidup dengan daya tarikannya tersendiri.

Orang terus meminatinya. Peminat peminat dari seluruh pelusuk rantau samada dari dalam dan luar negara terus memujanya persis seorang primadona agung yang tidak kalih dari keindahan dan kemasyhuran. Ramailah orang datang dari pelbagai ras dan kelas membawa pelbagai hadiah, buahtangan dan cenderahati. Tidak kurang yang merayu, meraih kasih, menjalin asmara dan berjanji untuk sehidup semati dengan taburan emas dan rial sekendak hati.

Justeru Kuala Lipis terus hidup dan survive.

Berbekal dan bermodalkan rumah rumah rakitnya yang berderek disepanjang sungai Jelai di Jelai Street dan warong warong di Jalan Silang serta Hotel Hotel murah tanpa bintang, kegiatan bisnesnya terus maju dan menyerlah. Orang datang dan orang pergi. Orang dari sekecil kecil pangkat dan darjat hinggalah kesetinggi tingginya semua telah dipelawa berkunjung ke rumah rumah rakit yang di hias indah dengan kelik kelik lampu minyak tanah diwaktu malam. Sesiapa sahaja yang berkunjung kesini, tidak sah kehadirannya kalau tidak berjeruk dengan air Sungai Jelai. Oleh kegiatan ini, bandar kecil terus hidup sampai ke pagi. Orang tidak bisa tidur, peniaga gerai dan warong juga tidak tidur, penunggu penunggu bilik juga tidak tidur, dan semua orang yang ada urusan dengan malam tidak akan tidur. Penghuni penghuni rumah rakit juga tidak tidur, lampu kecil minyak tanah terus dengan kelik kelik cahayanya sampai pagi. Orang turun dan naik ke rumah rakit tidak berhenti, silih berganti dan semuanya ingin melihat, ingin merasa dan ingin menyatakan sesuatu yang indah indah . Aduh! betapa intimnya malam malam yang syahdu begitu sepanjang masa dan sepanjang mengalirnya air berkeluk kelik yang akan membawa ceritanya sampai ke laut.

Bagi penulis, pengarang, pelukis disinilah ilhan mereka, disinilah bakat mereka terasah dan disini jugalah seni semakin terukir dan terpahat lalu membait baitkan rangkaian syaer dan pantun. Bagi sasterwan yang hilang menterjemahkannya sebagai Kota Kecil Yang Tak Pernah Tidur. KKYTPT ini telah mendewasakan saya sebagai manusia perasa, manusia pencinta,manusia pelihat, manusia pencari dan manusia yang perhatin terhadap alam dan keindahannya yang disayangi dan akan dikenang sampai mati.

Kini Kuala Lipis bukan sahaja seorang janda yang tidak dimakan usia, malah adalah pelacur tua yang setia. Sekalipun segala kepunyaannya telah punah ranah oleh kerakusan manusia, namun ia masih tetap memiliki kekayaan dan keindahan yang kini semakin menjadi rebutan pula oleh manusia durjana dan serakah.

Pada penghujung tahun lapapuluhan menjangkau awal sembilan puluhan, Kuala Lipis di sanjung sebagai pusat pembalakan negara. Lantas sekali lagi Kota Kecil ini menjadi pusat segala kegiatan menumpaskan segala khazanah kayu kayan yang ada. Segala pelesit, lintah darat, jin, syaitan dan segala yang berbentuk bencana itu berkumpul disini. Tugas mereka bukan lain untuk menjahnamkan segala tumbuhan dan mempadang-tekukurkan segala hutan, tidak kira kawasan itu larangan atau bukan. Tanpa belas kasihan batang batang kayu yang hidup beratus ratus tahun itu dikorbankan untuk mengisi nafsu dan tembolok mereka yang kapitalistik. Mereka berteriak dengan gelak ketawa apabila melihat sang merbau, jelutung, meranti dan sebagainya itu tumbang lalu menyembah bumi.

Akan berhentikah, akan bersarakah, akan bertaubatkah segala malaun yang sentiasa menghimpit janda tua yang bernama Kuala Lipis ini? Oh! tidak. Selagi ada syaitan yang bernama Azazil yang sentiasa membisikkan kesyaitanannya ke setiap insan insan yang tidak beriman itu, selagi itulah jada tua ini akan digoda, akan digoda sampai mati.

Ikuti kisah seterusnya di entri yang mendatang.

11 comments:

  1. salam tuan,
    -seronok dengar cerita lama nih (walaupun saya bukan asal dari pekan lipih- saya membesar di budu)
    -masa kecil-kecil dulu saya anggap lipih ni satu bandar yang gah! bila datang ke lipih rasa kampung sangat...eheh
    -kalau boleh letak la gambar-gambar lama lipih
    -saya selalu masuk blog tuan,cuma sebagai 'silent reader'
    -teruskan memblog..i like...hehe

    tq ..:)

    ReplyDelete
  2. pakcik, macam mana asalnya lipis pernah jadi ibu negeri pahang?

    ReplyDelete
  3. benludin,salam...
    Kalau membesar di Budu,maknanya org Lipis juga, sebab Budu dlm daerah Lipis.Saya pun org Budu juga sebelah emak.Saya akan cuba dapatkan gambar Lipis dulu & skrg utk ditampal nanti.
    Terima kasih kerana mengikuti blog saya tapi saya ni bukan org sek tinggi, faktor saya tidak akadamik. Pakai tanya tanya orang dan ingat saja.

    ReplyDelete
  4. Cg,..salam,
    Ya, semuanya sudah berubah. Berubah utk apa, sayapun tak tahu, ha ha...

    ReplyDelete
  5. Emblem of Purity,salam...
    Mula mula Ibu Neg.Phg di Pekan. Atas faktor ekonomi dipindahkan ke Lipis pada 1889 sebab bumi Lipis kaya dgn emas.Org putih memang menjajah kerana tamak. Apbila sistem Residen diperkenalkan di Phg mengikut Perak,Selangor & NS, kLipis lebih dekt dgn pusat pentadbiran British di KLumpur.Itu lah yg saya tahu.

    ReplyDelete
  6. Saya ini tanya Pak Hashim tentang " Jerekoh" Pak Hashim mungkin lebih arif tentang nama tersebut..saya pernah terbaca dalam satu blog yang saya jumpa secara kebetulan, blog tu di tulis oleh sorang yang saya dah lupa, nama yang di gunakan " AKU JEREKOH " bila saya cari2 baik blog tu hilang tak dpt di kesan..dlm blog tersebut banyak cerita2 lama ' very funny'bagimana beliau menurun cerung untuk menyewa rumah rakit,sebab katanya rumah rakit yang terapung di sg.Jelai tu murah cuma 4 ringgit saja semalam, semasa beliau menurun kebawa kakinya tergelasak kerana licin, apa lagi di jatuh none stop terus kedalam air, nasib baik tidak tersangkut pada buluh rakit,bunyi semasa di jatuh amat memgemparkan penguni rumah2 rakit lain yang berhampiran, al maklum sajalah kebanyakan yang sedang bergusti terpaksa bergegas keluar ingatkan Polis datang..yang sedehnya ada yang tak pandai bernang turut terjun kedalam sungai jelai telanjng bogel..punya lah sejuk air tak tau nak kata..suasana bertukar menjadi lebih gempar dengan orang lemas..kawan yang jatuh tadi terkebil-kebil di celah buluh basah kuyup..kejadian tersebut tidak siapa yang tau punncanya..bertapa gemparnya keadaan.

    ReplyDelete
  7. mdsuak,salam...,
    Kes kes seperti itu memang banyak berlaku, sengaja tidak dihebohkan. Kalau ada Sinar Harian pasti jadi headline. Kes sebegitu tidak terkecuali kpd orang orang tertentu juga tetapi tiada yg tertangkap basah. Sekadar Basah kuyup, luka luka kecil dan terseliuh kaki adalah perkara biasa. TST sudahlah. Ssemuanya adalah rahsia umum.

    Sekarang semua clear,sebatang buluhpun tak ada tak usahkan rakit. Bandar Lipis sudah bersih, bersih segalanya. Tetapi jangan sangka air yg tenang tiada buaya.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Salam PakNgah ,
    saya baru habis berkursus 4 hari,
    oh ada cerita Lipis hari ini...
    walaupun saya tak sempat bergambar di KKYTPT , tapi saya berpeluang bergambar dirumah
    PakNgah = tempat Pipiyapong membesar dan bermain :D

    alamak... saya belum letak gambar - gambar itu lagi. Tunggu.... nanti saya cuba masukkannya dalam entri terbaru saya.

    ReplyDelete
  10. DI TEBINGMU, JELAI AKU MENANGIS...
    Sajak olwh: Arisel Ba

    Suatu senja - suram
    aku seolah-olah dilambai
    ke arah murni tebingmu, Jelai
    lalu aku dekati
    dan melihat - memerhati
    tiba-tiba aku menangis

    malang anak bangsamu
    walau limpahan kemewahan
    di sini malang tetap ada
    tetap setia dipembaringanmu
    yang lesu tercalar noda demi noda
    lalu di tebingmu Jelai
    aku menangis...

    tanyakan pada rakit tua
    di pinggir tebingmu, Jelai
    berapa ramaikah turis malam?
    menjengah muka dan menabur dosa
    lewatnya sekuntum bunga
    layu terkulai
    sedang air jernihmu
    mengalir ke hilir
    dengan bening - sepi
    wabak semakin membiak
    lalu di tebingmu, Jelai
    aku menangis...


    (Akhbar Berita Minggu, 6 November 1977)

    ReplyDelete