Jambatan yang menghubungkan bandar baharu dan bandar lama Kuala Lipis.
Kuala Lipis sebuah daerah yang dahulunya dibanggakan, ditatang bagaikan minyak yang penuh, kerana Kota Kecilnya yang tak pernah tidur yang boleh menghiburkan seluruh manusia yang gelojoh dan serakah dari seluruh nusantara. Kini setelah kemahkotaanya di rampas dan dipindahkan ke Kuantan, ia adalah sebuah bandar kecil yang terpencil dan terpinggir .
Justeru, orang orang disini sering berkata, diwar-warkan sebagai tidak termasuk dibawah arus perdana pembangunan di Pahang. Dalam ertikata lain ianya dianaktirikan.
Soalnya sekarang, siapakah yang meminggirnya, siapa yang menganaktirikannya dan siapa pula yang merasa kecewa itu. Yang meluahkan rasa kecewa ini ialah orang melayu, orang melayu sahaja. Orang bukan melayu akur sahaja. Membangunkah atau merendahkah, mereka tidak peduli. Apabila bandar baru dibangunkan ada pula suara suara sumbang mengatakan ia akan menghimpit orang melayu yang berhampiran. Mana satu yang betul?
Yang jelas, orang melayu disini kurang siasat, tidak meneropong disekeliling mereka, lantas mereka tidak nampak apa yang jelas telah dibangunkan. Mungkin orang orang besar melayu sedar, tetapi orang orang kecil melayu masih tidak. Sebenarnya Kuala Lipis telah membangun dan ia akan jadi syurga dunia bagi orang orang bukan melayu yang tidak dilihat melalui kacamata melayu.
Kuala Lipis telah melalui beberapa era pembangunan, pertama zaman rumah rakit, kedua zaman pembalakan negara dan yang ketiga ia bakal jadi syurga dunia orang bukan melayu. Mereka (bukan melayu) telah bekerja keras siang dan malam mengumpul dana untuk membangunkan Kuala Lipis. Tetapi orang melayu tidak sedar.
Orang melayu masih tidur , mimpi dan terus bermimpi. Pemimpin melayu juga tidur dan bermimpi.
Era seterusnya ialah apabila pengundi bukan melayu akan mengatasi pengundi melayu melalui migrasi, kerana mereka (bukan melayu) telah menyediakan seluas luas tempat untuk kaum mereka tinggal nanti, disini. Mereka telah memiliki tanah yang banyak disini samada secara alocation, jual beli dan haram. Rumah rumah besar akan terdiri disekitar bandar baru. Rumah rumah besar itu tentulah milik mereka.Orang melayu yang miskin yang tak sedar diri akan dihimpit dan dikuis ketempat lain. Dalam masa sama orang melayu akan berpecah kpd beberapa pecahan melaui arus politik perdana yang sekarang sedang rancak. Orang melayu yang bodoh dan orang melayu yang dibodohkan oleh pemimpinnya akan merempat di tanahairnya sendiri. Pada masa itu nanti Bandar Lipis akan menjadi sebuah kota metropolitan yang tidak akan tidur tidur.
Apakah tidak mungkin perkara perkara ini terjadi? Tansportasi KL junior ke KL senior cuma memakan masa 2 jam high speed. KLipis - Ipoh sekadar 3 jam via Gua Musang. K. Lipis - Cameron Highlands via Port Betau lebihkurang 1 1/2 jam. Apa lagi?. Jawablah.
Salam pakcik,
ReplyDeleteSaya pernah ke bandar Lipis 2 kali je..saya tak perasan sangat pembangunan di sekitarnya...lagipun kali terakhir pegi pun 5 tahun lepas..kot.
Saya boleh bayangkan apa yang pakcik cuba sampaikan....saya pernah rasa terpegun melihat kg. Sg Ruan.Dulunya memang sebuah perkampungan yang jauh dari bandar Raub.Tapi sekarang,di sekelilingnya kawasan kg melayu,tiba2 wujud sebuah 'pekan 'yang dibangunkan oleh masyarakat mereka ni.Saya di fahamkan ada dikalangan mereka memiliki tanah 100 ekar.(tak tau camna diorang boleh dapat).Dgr2 citer kaw. ni dulu kaw. hitam.Bagi golongan pekebun,mereka mempunyai persatuan yang mengendalikan/ memasarkan produk mereka sendiri tanpa bantuan kerajaan.Durian Sg. Ruan cukup terkenal,peniaga2 menjual nama 'durian Raub' mereka hingga ke luar negeri pahang.Kg. melayu di persekitarannya tetap macam dulu.Pada pendapat saya,mereka ni juga mengambil kesempatan membangunkan kaw.tersebut kerana terdapat beberapa kaw.Felda disitu.Tak de arah la,orang kite juge le yang tukang mengayakan golongan mereka...dah tu pakcik,orang kita asyik nak meniaga bende yang sama,asal ada orang maju sikit jual grg pisang,minggu depan ada la makhluk yang jual grg pisang kat sebelah kita..pakat gitu lah,org kita ni tak kreatif langsung, tak abih dengan hasad dengki.Malas saya nak citer,akhirnya kita dok pi mai pi mai tang tu le jugak....
ooo...rupa-rupanya rumah rakit tuh tempat....hehehehe. nape dulu takde sape penah cite kat saya. oh ye, pasar khinzir tuh mesti ade lagi kan?
ReplyDeleteya betul. banyak tanah kuala lipis dapat kat ah meng benta jaya tu. dan seorang lagi yang kerja kat pejabat lawyer tu. buka melayu. entah apa nama tu. tanah yang jual kereta terpakai dekat simpang bt 2 tu, orang melayu punya. katanya tergadai sebab hutang kereta je. sedihnya...
ReplyDeletekalu tanya YB Lipis tuh, ape jawapannya?
ReplyDeleteSalam, Maaf lari tajuk sikit…
ReplyDeleteSekadar mencelah & menambah & bagi pendapat yang tak bernas:
Bagaimana hendak melimpahkan pembangunan di Negeri Pahang?
1)Pindah Ibu Negeri Pahang ke Bandar Pusat Jengka. Sebab, kedudukan di tengah-tengah negeri Pahang.. Buat bandar baru seperti Shah Alam, Selangor. Penduduk mesti 100% anak tempatan dan Melayu. Boleh juga dibina lapangan terbang lebih besar & Kem tentera lebih besar. Beri nama baru Cth: Bandar Kota Gelangi atau sebagainya.
2)Kuantan jadikan pusat perlaburan/kilang-kilang seperti di Klang, Selangor
3)Kesan daripada itu, Daerah berhampiran Jengka (Jerantut/Lipis/Raub/Bentong) akan membangun dari segi infrastruktur. Saya melihat bagaimana perancangan yang baik di Shah Alam, Selangor sehingga memberi kesan terhadap Subang, Damansara, Petaling, Puchong & Kelang seperti yang ada sekarang..
4)Harap inilah transformasi yang perlu dilakukan oleh pihak yang berwajib untuk Negeri Pahang. Bukan slogan, tetapi berbuat..
5)Saja-saja luahkan, bukan ada orang yang peduli. Tak gitu?
hai, salam...
ReplyDeleteLima tahun yg lalu, bandar baru Seberang bandar Lipis belum lagi dibina. Bandar baru masa itu cuma sederek kedai Bangunan LKNP di atas kawasan bekas tapak Balai Polis lama. Bagaimanapun, MRSM, sudah ada,Maktab Perguruan sedang dipindahkan dari Ktn.Jambatan Sg.Jelai dan jalannya dibina merentasi Felda Kechau merupakan jalan alternatif ke Gua Musang.
Sg.Ruan duduknya di Raub. Ia bekas kurungan cina zaman dharurat, telah menjadi sebuah bandar cina yg hebat. Hasil penghidupan mereka ialah getah, koko dan buah buahan, terutama durian. Di.KLumpur sebut saja durian Raub mari adalah dari Sg.Ruan. Jangan beli. Musimnya tiga kali setahun berbajakan racun. Mereka meneroka tanah haram di Sg.Ruan, tidak menjadi kesalahan kpd Pej.Tanah. Jika dihukum denda sekalipun, orang cina tiada masalah menjelaskannya.
Bobo, salam...
ReplyDeleteEra rumah rakit sudah berlalu. Saya percaya ia tidak akan berulang lagi, kecuali bentuk lain.
Memang rumah rakit Lipis pusat persundalan terbesar,diketahui semua orang dan menjadi rahsia umum.
Tanya YB masalah Lipis. Saya tak percaya dia tahu semuanya. Pada saya yg merosakkan orang melayu dan memberi terbanyak kpd bukan melayu ialah pihak Pentadbiran.Pihak Pentadbir patut dipersalahkan. Rasuahlah puncanya.
rahimin, salam...
ReplyDeleteBetul tetapi bukan itu saja. Masih banyak lagi bahkan ada yg berstatus datuk pun termasuk dalm sendikit meneroka tanah haram.
Chaklam,salam...
ReplyDeleteSaya tak pandai hendak mengulas pandangan tuan, bukan bidang saya. Bagaimanapun itu satu cadangan yang baik.
Salam pakcik,
ReplyDeletesaya rasa pandangan caklam ada baiknya,kerana Pahang ni lemah dari segi kreativiti pimpinannya.Pahang memiliki segala khazanah alam yang tidak dimiliki negeri lain,malangnya kita lambat membangun.Kuantan nak membangun setara ini pun...fuh makan masa.Hinggakan kuantan tidak ada tempat yang beridentiti bagi tumpuan org luar seperti yang terdapat di Trengganu atau kelantan,Cthnya Pasar Payang,Pasar Siti Khatijah yang secara tak langsung dapat menjana ekonomi masyarakat melayu.
Saya memang tak teringin makan durian sg.ruan tu,diorang pun tak makan,sebaliknya dia beli durian kg.org melayu gak.Pasal tanah tu, memang byk peliknya.....
Saya teruja dengan artikel ini dan buah fikiran sdra Cak Lam...kalau lah YB2 lipih punya vision sedemikian...baru lah meriah menjadi wakil rakyat.Maaf cakap YB2 kita cuma mampu membela periuk nasi kontraktor2 sahaja.Sehingga di pekan kecil lipis ini para kontraktor sudah menjadi golongan elitas...sukurang2nya itu yg mereka perasan.Saya juga melihat golongan guru2 lebih suka berniaga daripada fokus kepada kerjaya dan anak2 murid...yg di sedihkan budaya rasuah telah menjalar ke dalam sekolah2.
ReplyDeletehai, salam...
ReplyDeleteItulah sayangnya, pemimpin kita di Pahang kurang berwawasan. Identiti tempat berbading Kedai Payang dan Pasar Khadijah, wujud mereka sama tua dgn bandar itu sendiri, tidak spt Kuantan yg masih baru dan masih kurang dr segi kependudukan. Kalau pindah ke Jengka, kita kena "start all over again"
Kita tunggulah wasasan baru ini yg meletakan "Rasuah" sebagai musuh utama.
ubilepih,salam...
ReplyDeleteKrateria YB kita tak seimbang. Yang mesera rakyat tak sek tinggi. Yg sek tinggi tak pula mesera rakyat. Itulah percanggahannya. Oleh kerana orang melayu tidak ada wawasan, mereka suka pd yg mesera rakyat, biarpun tak sek tinggi. Sebab senang jumpa, senang minum teh tarik dan sembang sembang dgn kontrktor class F. Pihak Pentadbir pula wujudkan contractor F tak padan dengan bandar, projek dan duitnya.
Mengenai kaum cikgu pula, kita tunggulah bila lesen berpolitik diluluskan nanti. Akan jadi lebih besarlah perniagaan mereka nanti, ha ha ha ...
Salam Pakngah,
ReplyDeleteSaya tak tau pasal Lipis, tapi Kg Sega Tat / Jeruas... nampaknya bertambah 'semak' .
Yang tinggal hanya orang - orang tua sahaja.
Pokok buah - buahan arwah Aki tiada siapa yang jaga, setiap kali musim buah, beruk/kera sahaja yang berniaga di antara mereka...
nak buat macamana , kami ni diibarat orang asing, nak 'kompelin' bukan tanah kami...
jalan nak masuk ke rumah Aki pun dah tak ada, padahal ianya terletak disebelah sekolah yang bakal menyambut ulang tahun yang ke 100.
Kesian sekolah itu, banyak berjasa .. tetapi tak banyak penghargaan yang diberikan...
tak banyak juga perubahan di KG Sega Tat / Jeruas itu... harapkan jalanraya jer bertambah luas, luas untuk pengguna asing,
pembangunan yang lain tiada.
Namun demikian saya suka suasana paginya yang masih suci , yang masih berkabus...
sesuai untuk ber'jogging' :)
SUNGAI JELAI
ReplyDeleteSajak: Arisel Ba
jumpa lagi Sungai Jelaiku
dengan lenggangmu yang dulu
mengasuh aku membenam pilu di jantungmu
sedang ada dara menghanyutkan cintanya
membasuh luka di rakit tua
kubenamkan sejuta resah
di lubukmu yang kian tohor
ikan-ikan tidak bercempera lagi
di deras arus buih berputar
lalu aku penagih malammu
bersama dara di pengkalan kasih
tiba-tiba desah nafas dan suaramu
meleraikan peluk berahi kami
dan disebalik perbukitan purba
ada ngaum harimau, sinar kilat dan awan hitam
Sungai Jelaiku
jangan anggap aku pendusta dan pembenci
lari dari sejuta payahmu
mengalirkan darah dan air mata
mimpikan wajah pembangunan di tebingmu
bilakah menjadi realiti?
31 Mei 1981
Teater Kotamas. Raub, Pahang
(Akhbar Utusan Zaman, 21 Jun 1981)
terra ida,salam...
ReplyDeleteItulah kampungku, kampung kita yang tertinggal dan terbiar.Banyak orang cerdik dkampung itu. Tapi cerdiknya, cerdik kedai kopi, bagai anjing menyalak bukit, ekornya tetap bercawat juga. Ha ha ha...
Arisel, salam...
ReplyDeleteJelaimu Jelaiku jua
resahnya tetap melanda
jiwa jiwa yg seksa.
Ia lucah kerana siapa
Ia melacur untuk apa
tiada tanya, tiada pembela.
Atas nama syahdu
Jangan orang tidak tertipu
kembalilah kepangkuanku
sepanjang waktu.
lipis oh lipis....
ReplyDeleteDulu sy seorang lipisan skrg dh ubah jadi Raubian..mmg byk kenangan di Lepih nie, zaman budak2 yang tinggal di bandar tapi masih mengamalkan kehidupan berjiran yg kuat..dulu ada pawagam dh roboh jadi pusat komersial(KFC)..dulu astaka sempoi je kt Padang MDL, skrg dh ada Stage yg ok la...dulu umah sy quartes hospital mmg rilek jer, skrg dh jadi menarik sikit..kenangan lepak kat Pahang Club mmg besh tapi skrg dh taktau camner lagi...sebenarnya Lepih ni boleh maju seperti Raub (in progress) tapi sayang, anak2 muda yg berpelajaran tinggi sumanya dh beralih ke kota besar yang tinggal, generasi dahulu yg sentiasa setia dgn Lepih..same goes to Raub even dh maju tapi kebanyakkan nyer org Cina yg majukan..mmg diakui ramai org melayu di Raub tapi yang berniaga besar-besarab adalah org cina..Org cina berniaga untuk duit org melayu kemudian duit itu digunakan untuk melabur kepada kaum mereka..sebab itulah org cina makin maju..mana perginya cerdik pandai melayu yang ditatang oleh ibu mereka dia Lepih n Raub...hilang kemana mereka tuh...kenapa golongan muda Cina sanggup idup di Bandar kecil sedgkan anak muda melayu sebok majukan negeri org..Sori to say, kampung org tua saya (umah nenek) ada kt chenua yg sentiasa mundur dari masa ke semasa..bukan salah org besar, bukan salah org kg cuma anak watan kita yg lahir di sega, chenua,sg rambai, sg ansah, sengekela, ulu renggol hilang entah ke mana..kalau di ikutkan tanah org melayu banyak sesangat banyak tapi yg menghuni...kayu getah yg tunggu nk tumbang, semak yg tinggi melaung n tak lupa haiwan primat yg berkampung...kemajuan tu takleh diminta tapi perlu diusahakan..anak muda di bandar balik ke kg terkejut tgk semak menggunung tapi segan nk bukak wallet upah org tebas semak..
ReplyDelete