Followers

Monday, April 13, 2009

Sepanjang hayat 58 - Kuala Lipis dahulu dan sekarang , Penggal 3.

Ekoran dari entri yg lalu, saya teruja dengan pandangan sdr sdr Chaklam, Bobo, mdsuak, rahimin idris, hai dan lain lain.

Seperti ada kekecewaan dalam tanggapan mereka mengenai perkembangan mentaliti orang melayu yang cuma berkisar pada hal hal yang streotype dan bersifat one track minded pula.

Orang melayu yg ada kelas. survival mereka adalah untuk mendapatkan kemudahan hidup diri dan keluarganya,lalu sanggup memijak kepala orang lain. Kalau orang lain membuat sesuatu yang berlainan dan boleh mencabarnya kedudukannya pula, akan diugut dan dilaporkan kepihak atasan. Pemimpin pemimpin Politik pula yg berteriak dan melaung atas nama Nasionalis - bangsa, agama dan tanahair, sekadar membaca dan mengira-ngira tempoh YBnya akan bersambung atau tidak. Pemimpin dipihak pentadbiran pula kebanyakannya bukan orang tempatan, mereka lebih mementingkan untuk mencari jalan selamat. Cari makan. Jadi filosofi mereka tidak kurang dan tidak lebih dari "Eat what you can and cann what you can't".

Justeru, selagi perkara perkara ini tidak diselaraskan, selagi para cendikiawan kita tidak mahu turun padang, selagi kita tidak membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat maka selagi itulah orang melayu tetap beku dan duduk ditakuk lama. Tidak progressive.
Tidak survival. Yang kaya maintain kekayaan, yang berpangkat tinggi tetap ranggi dengan perolehannya. Yang cedikiawan sekadar menulis rencana dan essay dari atas meja yang tidak dimengertikan atau difahami oleh rakyat jembel yang bodoh alang.

Orang kecil, orang miskin dan orang bodoh bukan tidak ingin mahu maju, tetapi mereka tidak diberi jalan dan peluang. Mereka sekadar digula gula, dicok cok macam anjing lapar, kemudian bila dikejar, top top benda yang dikejar itu dah habis. Berkotik kotik sajalah ekornya sambil menjilat bibir.

Demikian juga dengan miskin tegar. Satu hari Tn DO bertanya Penghulu W.Hamid:
DO "Ada lagi ke orang miskin dikawasan Tok Penghulu".
Penghulu, "Ada tuan".
DO, "Penghulu lain cakap kawasannya tak ada".
Penghulu, "Tak tahulah saya tuan"
Suatu hari Tn DO ajak Penghulu W.Hamid melawat kawasan lain, memeriksa betulkan cakap Penghulu bahawa kawasannya sudah putih miskin.
Penghulu, "Tak mahu tuan, bukan kawasan saya".
DO, "Ah marilah kita jalan jalan".
Tak jauh setelah melewati kawasan yg dituju, Penghulu WH menunjukkan sebuah pondok buruk yang usang seusang reban ayam.
Penghulu, " Itu tuan penghuninya". seorang perempuan tua baru sahaja naik dari sungai berkemban kain buruk tanpa nampak corak batiknya lagi.
DO, "Sudah, jong kita balik".

16 comments:

  1. salam tuan,
    -mari kita sama-sama mengira di lipis ini berapakah jumlah gerai/kedai milik orang tempatan berbanding dengan gerai orang luar terutama dari plet D?
    -mari juga kita mengira berapa ramaikah di lipis ini yang bekerja di jabatan kerajaan termasuk sekolah-sekolah yang terdiri dari orang tempatan berbanding dengan orang yang berasal dari plet D?
    -saya ada masa bila pergi makan di kedai terasa seolah-olah berada di Kok Lanas, bukan di Kuala Lipis..

    ReplyDelete
  2. Salam,Pak Hashim, saya lihat Pak Hashim cuba membawa menyelam arus daya pemikiran yang begitu dalam hingga kedasar kedudukan dan cara berfikir org2 kita , tapi berapa kerat yang benar menyedari bahawa di dasar lubuk di Sg.Lipis itu berbagai spisis ikan yang berbeza-beza, ikan kelah dengan cara kelahnya ikan patin tak lama lagi akan pupus kecuali patin sangkar yang rasa tanah ?? jelawat semakin susah di dapati kerana sudah kaya raya, kan baung tetap menyelinap di celah rumpun kayu hanyut, ikan lampam tak berapa berselera kerana kekenyangan makan benda hanyut warna kuning...yang jelas nampak hanya ikan perol dan sepat yang hidup di lopak dan bencah bekas sawah yang terbiar..??????

    ReplyDelete
  3. SUNGAI JELAI 2
    Sajak: Arisel Ba


    Sungai Jelai,
    malam ini masuklah ke dalam mimpiku
    riakmu menari tari arusmu ulitlah
    bagai aku diuliti
    riakmu bagai jemari
    desah arusmu yang gelisah
    bau nafasmu yang lohoh

    sesekali sebarau menjerabar anak seluang
    sesekali belibis melayap arus berbuih
    sesekali senekah melompat dahan medang
    sesekali deru keretapi dari selatan, sepi memecah

    Sungai Jelai
    pagi ini aku berenang di arusmu
    lenggangnya masih seperti dulu
    kini jambatan merintangi tebing
    simbol kemajuan telahpun datang

    Sungai Jelai
    ada panorama silam telah hilang
    tiada lagi dara berkemban bermandian
    tiada lagi nelayan sungai menjaring ikan

    1998
    De'Rakit, Kuala Lipis

    ReplyDelete
  4. benludin, salam...
    Sangat benar, apa yg tuan luah dan saksi adalah benar belaka.Dlm entri saya dulu pernah highlight hal ini tetapi ada org yg terasa. sensitif. Lipis adalah transition ke Kelantan.

    Satu refrendum perlu dibuat untuk mengetahui kedudukan sebenar.

    ReplyDelete
  5. mdsuak, salam....
    Tuan sangat observe dlm hal ini. Sebagai sebuah kota kecil Antarabangsa yg lacuh dan lucah, orang nya tidak lagi dapat merasa rasa sebenar ikan kelah, patin dan jelawat. Ada yg kata tak sedap, pahit dan banyak tulang. Ironinya, orang sini tak yg cerdik.Kalaupun ada slengnya sudah pelat, lenggoknya lenggok kota besar. Yg tinggal adalah one eyed jack is a king.

    ReplyDelete
  6. Arisel, salam....
    Sungai Jelai telah dengan sendirinya bercerita:
    Jelas dan terang
    anak anak wayang yg gampang
    menyandarkan moral untuk penebus dosa silam.
    Lalu dia sekarang bukan lain dari
    seorang sinis yang melaram.

    ReplyDelete
  7. Salam Pak Hashim.

    Saya selalu berfikir, apa akan jadi pada bandar-bandar transit jika dibuat terus lebuhraya ke Kelantan tanpa melalui bandar-bandar tersebut.

    ReplyDelete
  8. bandar tuh maybe akan hilang secara perlahan-lahan. tapi, kalu ade inisiatif dari pihak 'atasan' mende tuh takkan jadi.

    banyak je tempat menarik kat lipis. zoo mini lipis, rumah rehat, taman rimba kenong (klu x silap), bandar lipis sendiri, sg.jelai tuh buatlah acara sukan air ke ape ke.

    tapi sayang, beberapa tmpt yg disebut tuh, rasanya tak dijaga dan diurus dgn sempurna.
    haih.............

    ReplyDelete
  9. tuan,
    -maaf juga kiranya pendapat saya diatas menyinggung perasaan sesetengah pembaca blog ini
    -saya sampaikan dari apa yang saya nampak
    -saya amat 'merindui' suasana Lipis yang sebenar termasuk makanan dan loghat orang kita
    -bila saya ke bandar..menu/resepi masakan bukan original Pahang lagi
    -begitu juga bila berbual. loghat pahang itu sendri semakin sepi.yang banyak saya dengar ialah loghat plet D..

    :)

    ReplyDelete
  10. Salam Pak Ngah,
    errr.... bila saya masuk pasaraya Tunas Manja Raub, alahai ramai nyer budak2 kelantan bekerja disitu. Ada yang dari Tanah Merah , ada yang dari Pasir Mas..
    Mereka sanggup merantau dengan gaji yang
    rendah ?
    Sedangkan di KB , kalau setakat nak kerja supermarket banyak lagi tempat kosong.
    Apa yang dicari pun saya tak tahu ?
    Tapi mungkin , orang kelantan dah ramai disitu, jadi kos hidup mereka boleh dikongsi bersama..
    mungkin ...

    Tentang potensi diri individu pula..
    saya terpanggil untuk berkongsi cerita tentang kehebatan buah - buahan...
    sekiranya durian dikatakan raja segala buah, mengapa ada sesetengah orang tak boleh tahan dengan baunya ?
    adakah lemak buah durian , rasanya selemak buah mangga Siku diraja ? atau semanis buah strawberry dicicah pula dengan coklat ?
    tak akan sama langsung...
    semua orang ada potensi diri masing - masing...
    jadilah lah orang yang terhebat dalam posisi masing - masing...tak perlu merendah diri...
    atau sombong tak tentu hala...

    Kesimpulanya :
    untuk PiPi..
    bersyukurlah dengan potensi dan kebolehan yang aok ada. Jangan berhenti menulis.
    (hahahaaa tempias tu mesti kena juga ...)

    ReplyDelete
  11. Enamdegrees, salam...
    Memang pd dasarnya lebuhraya tidak perlu merentas masuk bandar transit. Lihat saja Bentong & Raub bila musim perayaan, boleh jam sampai 4 ke 5 jam.Bukan saja menyusahkan org yg berjalan jauh tapi tempat terlibat sama.

    ReplyDelete
  12. Bobo, salam....
    Bagi saya, bandar Lipis cukup utk orang Lipis, dgn mini zoonya, Sg.Jelai utk carnivalnya, Dewan utk mesy.dan sekali sekala tempat kenduri kahwin, pdg bola untuk belia bermain. Majlis juga ada sedia gelanggang futsal, petanque malah golf.
    Ke G.Tahan paling mudah ikut Jerantut.
    Ke G.Tahan via Merapoh boleh terus ke Merapoh / G.Musang.
    Ke K.Medang (rakitton) boleh transit kat Raub atau terus ke K.Medang.
    Ke Rimba Kenong saja kena ikut Lipis. Jalan di luar Felda sdh upgrade dr tanah merah ke crusher run.

    ReplyDelete
  13. benludin, salam...
    Memang benar kedai makan taste org tempatan takde di bandar Lipis.
    Rasa makanan tempatan cuma ada di pekan sehari Benta yang terletak pada:
    Lemang,
    Dodol (dodol manisan kabung)
    Dodol berkukus,
    Kueh Apam,
    Tapai (bungkus daun keladi)
    Batang buruk,
    Lepat pisang / ubi,
    Tepong talam.
    Cemang kepayang dan kalau bernasib baik boleh dapat gulai keladi masak asam tempoyak. Juga boleh dapat jeruk petai + perah rebus.

    Sedikit masa lagi K.Lipis bakal jadi pengkalan atau lambang kacau bilau disegi:
    budaya & adat resam,loghat, lagak dan politik.

    ReplyDelete
  14. terra ida, salam...
    Memang orang Kelantan ramai disini di Lipis, Raub dan dimana mana.Bukan satu kesalahan atau kesilapan sebenarnya. Sekadar org Kltn tidak mesera bahasa dan adat org lain. Mereka tidak peka dgn."Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung"

    Kamu sendiri misalnya duduk di Kltn ikutlah cara org Kltn tapi bila balik ke Phg ikutlah cara org Sega. Ha ha ha..

    Durian Siam & Durian cina baunya memang menyakitkan kepala. Hilang tahak keraja-rajaannya. Cuba kamu rasa durian ini:
    Durian sangka,
    durian tembaga,
    durian daun,
    durian kepala gajah,
    durian terong,
    durian dengkel (nampak ulas)
    Durian siam & durian cina tak boleh /tak sedap dibuat tempoyak.

    ReplyDelete
  15. pak cik hashim,

    saya setuju juga dengan benludin. bukan bermaksud saya anti orang kelantan. saya pernah mengaji di kelantan. apa yang saya tahu (kalau tak silap), orang kelantan ada undang-undang yang orang luar tak boleh memiliki tanah di kelantan. tapi tempat kita mereka boleh ada tanah pula. lihatlah cara mereka mempertahankan hakmilik mereka.

    orang pahang pada saya lembut sangat sikapnya. sudahnya yang tak ada tanah sendiri pun berlambak. padahal negeri sikit punya luas. sampai orang singapura pun dapat tanah kat pahang.

    ReplyDelete
  16. hahahaaa...
    saya ni dah biasa kena tembak,
    hati dan perasaan dah lama berlubang - lubang ,
    tapi pemikiran masih tidak berubah.
    Bukan bahasa Sega sahaja,
    Bahasa Kelantan saya pun dah lari melodinya...
    Bertahun - tahun , orang Kelantan perli . Termasuklah Boss saya !
    Saya pun guna alasan yang saya ni asalnya Pahang. Jadi bahasa Kelantan tak pekat sangat.
    hahahaa... selamat !

    Nak ikut cara orang Sega ?
    kalau setakat makan tempoyak ?
    saya dah lulus
    hahaha...

    ReplyDelete