Followers

Tuesday, April 14, 2009

Sepanjang hayat 59 - Kuala Lipis dahulu dan sekarang Penggal 4.

(1) Paklong Kasim (aruah) seorang yg bertuah masa hayatnya. Seangkatan dgn JP Thong yang kerap kali dapat kawasan balak, kira kira sama banyak.

JP Thong jadi orang kaya. Anaknya labor duit bangunkan bandar baru K>lipis. Paklong terus melepak kat kedai Mat Roti sampai padam hayat. Rumah masih tak berganti tetap atas tanah lesen dipinggir Sg.Jelai dan bila musim banjir menagih bantuan.

(2)Haji Wahab kali pertama buat permohonan kawasan balak jumpa Dist.Forest Officer (DFO) dengan berkain sarong, baju melayu dan berserban. DFO tanya,"macamana nak masuk hutan dengan kain sarong begini". Esoknya TnHj.tu datang lagi lengkap dengan seluar panjang, baju kemeja dan berkasut tapi serban tak tinggal. Dari hari itu, dgn hasil duit balak, Tn Hj tukar profession menjadi penanam geharu terbesar di Lipis. Kini memiliki 25 ekar kebun gaharu dgn nisbah 800 pokok seekar. Kalau nak anak geharu sila jumpa Tn Hj, harga sepokok RM10.sepolybag.

(3) Khaidir, lobi punya lobi, naik office turun office, kepit kertas kerja kulu kilir lulus satu kawasan TOL 50 ekar, konon nak ternak Napoh. Naik Kuantan, turun K.Lumpur, balik Lipis, pergi semula, naik semula dan balik semula, dengar dengar dah lulus RM300,000/. Mari kita sama sama dengar dan lihat, bolehkah si Khaidir ni berjaya dengan ternakan Napoh terbesar di Semenanjung. Saya tetap berdoa agar dia berjaya.

(4) Dengan wujudnya Perusahaan melombong emas di Empang Jaleh, tak payah tanya siapa punya, membuka satu peluang kepada anak anak muda yang menganggur dan sedang mencari kerja. Memang prioriti diberi kpd orang tempatan. Setelah berkerja dan dapat gaji lumayan, tiba tiba nak cari lebih, songlak emas, bawa masuk dadah dan segala macam mischievous itu lalu terbuang kerja. Sekarang siapa pekerja disana? Orang orang tempatan gigit jari.

(5) Koperasi Desa Wira Tas Berhad (KODEWITAS) memohon tanah TOL seluas 50 ekar untuk projek koperasinya. Kakitangan Pej.Tanah kata, datanglah selepas 3 bulan untuk mengetahui kedudukan. Selepas 3 bulan, pergi pula setiap bulan. Lepas itu setiap dua minggu dan selepas itu setiap hari jumaat (Jumaat hari mesera pelanggan), CC kata permohonan tersebut sedang buat "charting" . Kerja charting Pejabat Tanah Lipis untuk kawasan 50 ekar, sudah lebih satu tahun lamanya belum juga siap.

Nasib koperasi , Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang belum sangkut dgn mana mana Kementerian setelah Kementeriannya digugurkan, bawah pemerintahan Najib.

Apa akan jadi dengan orang melayu di bawah pemerintahan melayu!!!!.

6 comments:

  1. Salam pakcik,
    Saya begitu tertarik dengan sebuah buku karya malungun(Crative Enterprise)Yang berjudul MAT GONG.Penulis cuba menggambarkan betapa orang melayu mudah diperbodohkan hanya dengan imbuhan yang tak seberapa.Rasuah dlm bentuk wang dan seks,telah lama berlaku dikalangan orang kerajaan dan tuk penghulu ketika itu memainkan peranan sebagai orang tengah yang sanggup menggadai maruah dan tanah,hak orang melayu demi kepentingan diri dan nafsunya.kisah yang kononya berlaku sebelum merdeka itu,amat menarik dan saya percaya ianya menggambarkan sebuah kisah sebenar yang seakan2 sama seperti entries pakcik.

    ReplyDelete
  2. salam!
    Bapak saya pun turut mendoakan kahidir sukses...tapi kita ni nak buat sesuatu biarlah dengan ilmunya....tapi dia bertuah dengan airliur dia pandai mendapatkan peluang..tapi sayang penghujungnya jadi macam arwah pak long kassim.Saya selalu impikan cerdik pandai lipis,ada betul2 berjuang dan berusaha menolong memajukan anak2 warga lipis.jgn asyik tengelam dalam glamour politik yg bodoh2 sokmo.sekarang org makan isi kita hanya makan kuah.

    ReplyDelete
  3. hai, salam....
    Agaknya kehidupan orang melayu sentiasa berkisar dalam dilemma kemiskinan, rasuah, tamak haloba & mencari kesempatan. Rialiti ini dapat dilihat oleh pejuang pejuang nasionalis tulen sahaja.Oppoutunist tetap dan terus mengambil peluang daripada gejala ini dan sukar dihapuskan sekalipun melalui agama.

    ReplyDelete
  4. ubilepih,salam...
    Tahap dan status Pak Long itu ada dimana mana dlm masyarakt melayu. Khaidir jika tersalah golek, dia yang tergolek. Bila banyak sangat penasihat, akan jadi tak sehat "Too many cook will spoil the soup"

    ReplyDelete
  5. Bong Hashim, aku akan berada di Kuala Medang pada 17 - 18 April 2009 dan 19 April 2009 berada do Dong, Raub. Ada tughas rasmi KKLW.

    ReplyDelete
  6. arisel, ba, salam,...
    KKLW tu apa.

    19 Apr. 09(ahah)kawan kena melayan Dato'Zainuddin Jummat.Dia kata nak pergi Sg Tui ajok kawan sama. Jam 3ptg. dekat hotel Centrepoint/coffee house,sembang sembang DPMP katanya. Klu auk senang dtg lah ke Lipis. Pun kita dah lama tak ketemu.

    ReplyDelete