Followers

Saturday, April 25, 2009

Sepanjang hayat 65 - Perkasakan DPMP.

Timbalan II DPMP Negeri Dato'Zainuddin Jumaat menekankan agar DPMP Kawasan Lipis diperkasakan. Saya disasarkan kerana saya orang lama DPMP yang menetap di Lipis supaya bergerak semula.

Bukan kah Lipis sudah ada DPMP Kawasan, kata saya.
Tidak aktif, tiada apa apa laporan ke Negeri, jawab Dato Timb.II.

Saya dah tak daya, umurpun dan banyak, tak lama lagi nak mampus, sedangkan sembahyang bang belum buat cukup, saya tempelak balik.

Kon ni, aok ingat muda sangat? Dato" Timb.II macan naik angin pulak. Saya pun diam.
Dia senyum dan saya pun senyum.

Kerana itu ia perlu diberi semangat baru, disuntik dengan ubat dan jika dibawa ke pawang kena lunus dengan kain hitam.

Tadi petang ada dua orang anak muda bertanya saya tentang badan penulis di Lipis. Kami sudah lama mencarinya tetapi tidak berjumpa. Saya syorkan DPMP, mereka kepalang gembira.

DPMP yang ditubuhkan pada tahun 1957 sepatutnya telah lebih awal mencatat kejayaan dan kewibawaan terunggulnya, tetapi malangnya,tidak banyak yang dapat dibanggakan. DPMP tidak berupaya melahirkan zuriat yang ramai . Jangan tanya dimana silapnya. Oleh itu mari kita bantu dia, kita kerjakan dia agar ia dapat melahirkan lebih ramai lagi orang orang yang berjaya di bidang seni, apa jua seni dan segala seni, lebih ramai dan lebih berkualiti.

Orang politik tidak mampu membawa DPMP ke tahap perjuangan yg lebih besar, lebih bermakna mengikut acuan yang kita mahu kerana situasi dan scope mereka sangat luas dan tidak terhad. Kita cuma seni. Tak kiralah seni untuk seni atau seni untuk masyarakat.Ayuh! mari, kita sama sama berjuang dalam DPMP. Di dalam hal ini ketepikan fahaman politik masing masing, OK!!!

Pada 28 April 2009 Selasa malam jam 8,30 di Bilik Mesyuarat kecil Lipis Hotel Centrepoint, satu perjumpaan bersama Timbalan II DPMP Negeri Dato' Zainuddin Jumaat akan meneruskan usahanya menyatukan seluruh penulis di Lipis. Penulis nobel ke , cerpen ke , sajak ke, drama ke, lakunan ke, wartawan ke penulis rencana ke termasuk peminat dan simpatis seni, ke dalam satu badan NGO bernama DPMP.

Tuan, puan, saudara dan saudari, tak kira politik apa adalah dengan segala hormatnya di jemput hadir.

4 comments:

  1. Saya doakan DPMP Cawangan Lipis berjaya diberi nafas baru. Nasihat saya, jika nak dengar, jangan lantik Tokoh Politik jadi peneraju kerana DPMP perlukan semua orang tak kira rupa bangsa dan suku kaum atau apa fahaman politik mereka, apa yang utama mereka mendaulatkan bahasa dan sastera Melayu. Itu aje...maaf

    ReplyDelete
  2. Arisel, salam...
    Harap harap begitulah. Nasihat sdr amat jujur dan adalah menjadi harapan supaya tidak ada org politik yg bakal lolos nanti. Selama inipun kemalapan kaw. ini kerana penerajunya orang politik.

    ReplyDelete
  3. Salam PakNgah,
    cikgu2 sekolah tak berminat ke dalam DPMP ni atau kebanyakkan mereka orang luar dari Lipis ?

    Saya ni, pada asalnya memang lemah dalam penulisan , masa belajar peringkat ijazah , tak banyak tugasan memerlukan karangan , masuk alam pekerjaan inilah saya baru berminat untuk baca apa saja supaya mudah nak buat kertas kerja , laporan , teks ucapan ataupun surat menyurat.

    Susah juga kalau tiada bakat dalam bidang penulisan , saya menulis hasil dari pembacaan , sedangkan penulis sejati menulis dari jiwa ...
    hehehe betul ke ?

    ReplyDelete
  4. Ida, salam....
    DPMP tidak memilih, siapa saja boleh jadi ahli, asalkan ada minat dlm penulisan (Sastera melayu) dlm bahasa melayu.

    Pakngah ni kebetulan org lama DPMP, digesa agar Lipis ada Kawasan/cawangan. Itu saja. P,ngah bukan prolifik, sekadar menulis sikit sikit selebihnya hanya minat. Bolehlah jadi sumbu kalau nak nyalakan pelita.

    Seorang penulis kena ada bakat. Bakat semula jadi. Harap PP boleh jadi seorang penulis. Penulis lazimnya adalah sebatang lilin, membakar dirinya untuk menerangkan orang lain.

    ReplyDelete