Followers

Thursday, April 30, 2009

Sepanjang hayat 66 - PSM Kaw.Lipis & DPMP Bersaing...

Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Lipis ( PSM Kaw.Lipis) dan Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) Kaw.Lipis adalah dua NGO yang sedang rancak bersaing di Lipis. Bersaing maksud saya bukan berdahulu kemudian atau berlawan siapa akhirnya akan menang, tetapi bersaing dalam konteks ini ialah bersama seiring jalan menjalankan aktiviti masing masing.

Pada hari yang sama, siangnya jam 3.00 petang PSM KL. mengadakan mesyuarat agung yang dihadiri oleh semua ahli ahli Persatuan Sejarah itu yang dirasmikan oleh YB Dato' Wan Rosdy Wan Ismail Exco Kerajaan Pahang. Dalam ucapan perasmian biasalah semua tokok berucap dengan puji memuji, angkat mengangkat, membetulkan yang tidak betul dan menyalahkan yang tidak salah. Biasalah. Bercakap tentang sejarah, sejarah tidak boleh ditipu, tidak boleh dipinda, sejarah tetap sejarah. YB Exco Pahang turut menyatakan sejarah Tanahair kita adalah hasil kerjasama orang Malaysia yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Alangkah bengkak rasa hati.....

Sebelah malamnya, Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP ) Kaw.Lipis tidak mengadakan mesyuarat agung tetapi, sekadar hendak menyusun semula kedudukannya yang sekian lama tidak bergerak. Penggeraknya sangat sebok. Biasalah sekiranya penggeraknya itu seorang tokoh, hai! seboknya, amboi bukan kepalang.

Kedua dua NGO ini membawa message yang sama iaitu menulis. Kalau seorang penulis itu hendak menulis tetapi tiada bahan yang hendak ditulis, dia akan gagal. Demikian bahan yang hendak ditulis itu ada tetapi tidak tahu menulis, dia pun gagal juga. Jadi eloklah kedua dua NGO ini berkongsi tugas dan berkerjasama dalam banyak hal dan perkara untuk cepat sampai ke arah yang dituju, melahirkan sebanyak mungkin bahan bahan yang berbentuk artikel samada yang berupa sejarah atau nobel, cerpen, puisi, rencana dan sebagainya. Sementara itu perbanyakkanlah ahli dan berilah penerangan secukupnya agar NGO ini tidak akan menjadi beku atau dimiliki oleh satu orang sahaja.

Jadi itulah saya gunakan perkataan saing, bersaing. Bersaing seiring jalan.

Jika hendak berdahulu kemudian, DPMP pasti kalah, sebab ahlinya tak ramai dan tokoh Penggeraknya tiada gelaran yang molok molok sebelum namanya. Jadi orang tidak bertitel, kalau bercakap biasanya tidak berapa didengar orang. Cakap cakapnya kurang bisa, alunan suaranya tidak merdu, walaupun wawasan dan kebolehannya amat murni dan ada inteletualisma.

Mudah mudahan dengan adanya banyak aktiviti di Lipis, Lipis tidaklah malap sangat. Anak watanya tidaklah teragak agak menyebut nama tempat lahirnya, tidaklah malu sangat bercakap dalam loghatnya dan akan keraplah berkata, "Moh weh kita balik ke Lepih". Ha ha ha...

4 comments:

  1. salam pakcik,

    satu perkara yang menjadi subjek penting dalam gerakan NGO olah kesukarelaan. nak cari manusia yang betul2 sukarela join sesuatu NGO ini merupakan satu pekara yang sangat susah sebenarnya. sebab tu dulu ada satu istilah dipanggil prepaid sukarela. ada duit boleh call, tak ada duit duduk diam2.

    tapi saya hairan dengan komuniti-komuniti NGO dalam negara moden terutamanya eropah dan amerika. tak silap saya komuniti seperti JKKK ditubuhkan disana secara sukarela dan tidak dibayar oleh pihak kerajaan.

    sebenarnya saya rasa subjek kesukarelaan perlu diajar di sekolah-sekolah kepada anak muda. walaupun saya rasa kesukarelaan itu sebenarnya satu comman sense tapi ia perlu diajar. sekarang ni serba serbi perlu diajar sebab kapitalisme yang wujud di negara kita ini membunuh comman sense orang-orang melayu.

    adat menerima dan menjemput tetamu yang datang kerumah pun kita kena ajar jugak nampaknya....hahaha..

    ps: teringat masa dulu-dulu, nak ajak pp jalan2 naik motor pun berdebar....

    ReplyDelete
  2. Salam Bong Hashim. Tahniah atas usaha gerakkan DPMP Lipis. Semasa saya kerja di Kuala Lepih tahun 1974 hingga 1977, saya bersama Tok Perba Jelai Dato Wan Rahman dan lain-lain telah tubuhkan DPMP Lipis tu, lepas saya tukar ke Bentong tahuin 1978, DPMP Lipis khabarnya lesu, moga dengan adanya Bong di sana, DPMP Lipis akan segar. Cikgu Syeh Ahmad menantu Dato Wan Ahmad rasanya boleh tolong.

    ReplyDelete
  3. AMMOSHAM,Salam...
    Pendapat: Sukarelaan berasal dpd. "berderau" atau gotong royong. Org dulu apabila hendak melakukan kerja besar, spt nikah kahwin, memdirikan masjid surau,membina titi utk meyeberangai sungai, turun ke paya, menuai padi dll dilakukan secara berderau atau gotong royong. Sikap ini sudah di bayangi oleh upah seraya,lepas tu upah duit, lepas tu beri duit dan lepas tu rasuah.

    Amalan gotong royong telah dibunuh oleh Kerajaan 50 tahun. Dan saya bimbang kerajaan "satu Malaysia" akan menambahburukkan lagi gejala ini.

    ReplyDelete
  4. arisel ba, salam...
    Satu penyusunan telah dibuat. Mesyuarat agung akan diadakan sebelum mesyuarat agung Negeri, bln Mei ini barangkali. Lipis akan menghantar 5 org wakil nanti ke mesy.agung Negeri. Harap kita dapat berjumpa disana.

    ReplyDelete