Followers

Saturday, May 2, 2009

Sepanjang hayat 67 - Berceloteh dengan Dato'.

Saya berpeluang bertukar tukar fikiran dengan Dato' Abdul Razak Atur, bekas Pengarah Pelajaran Pahang, Johor dan Sarawak dan sekarang telah bersara. Kami kebetulan berjumpa dalam satu majlis - mesyuarat agung Persatuan Sejarah Malaysia - PSM Kaw. Lipis pada 28 Apr.09 yg lalu di Dewan Hotel Centrepoint Kuala Lipis.

Kami telah berbincang, bertukar fikiran, cerita menceritakan kisah keturunan masing masing dan salasilahnya. Yang menariknya ialah kami dari keturunan yang sama - Tok Baginda Demu Raja di Yong. Menurutnya ada tiga keturunan yang besar sebagai teras kepada orang Lipis iaitu Keturunan Perba Jelai, Tok Baginda Demu dan Tun Ibrahim keturunan Hang Semaon. Anak cucu cicit merekalah yang mendiami Lipis sejak itu.

Keturunan Tok Demu yang berasal dari Istana di Perak, datang ke Pahang memohon izin Sultan Pahang untuk membuka kampung halaman di Yong tidak jauh dari kampung Pasir Emas disebelah hulu Batu Kurap Kuala Lipis. Keturunan ini akhirnya berpusat di Kampung Pagar, Penjom. Dari Kampung Pagar mereka berhijrah atau berpindah randah memudik Sg.Lipis lalu membuka kampung di Tg.Aur, Bukit Tersan, Kuala Atuk, Kuala Renggul (Sega Lama) Sengkela hingga ke Semantan, Batu Talam dan ada yg berhujrah semula ke Perak terutama ke Sungkai dan Selim. Tidak kurang juga yang berhijrah ke hilir seperti ke Temerloh dan Pekan. Malah ada yg ke Kelantan dan Trengganu. Keluarga ini sangat besar. Sekiranya hendak disatukan ke dalam satu perhimpunan raksasa ianya akan memakan belanja yang banyak dan masa yang panjang.

Pada ketika Perang saudara di Selangor, ramailah orang orang dari Lipis yang dikerah untuk membantu termasuklah Imam Perang Rasu ( Tok Gajah). Seorang lagi daripadanya ialah datuk kepada Dato' Abdul Razak bin Atur, bernama Tujuh Lapis ( Ibrahim ) Tok Ibrahim dikatakan melompat dengan sekali hambur sahaja hapus kubu yang yang dibina
sebanyak tujuh lapis demi untuk membantu dan menyelamatkan Pengelima Mat Tahir yang terkorban. Itulah asal nama Tujuh Lapis sedangkan nama sebenarnya ialah Tok Ibrahim. Manakala Atur itu nama sebenarnya ialah Mokhtar lalu dipelatkan menjadi Atar dan akhirnya Atur.

Moyang saya bernama Tok Mat Amin, cicit kepada Tok Baginda Demu, membuka kg. Tg.Aur / Kg. Tersan, mangkat disitu lalu disemadikan di Bukit Tersan. Makam tersebut dikatakan keramat. Lalu dinamakan Makam Keramat Bukit Tersan.

19 comments:

  1. Saya minat juga bab sejarah ni,dan ada membaca buku bingkisan sejarah Raub.membaca sahaja agak sukar untuk difahami dan perlu juga penerangan secara lisan.Terdapat salasilah keturunan di situ,sayangnya mereka semua ramai yang telah meninggal dan waris2 telah berhijrah keluar,maka agak sukar untuk mengenalpasti dan mengikat semula hubungan persaudaraan tersebut...agak2 dapat difikirkan cara yang bagaimana??

    ReplyDelete
  2. aha! itulah asal usul nama tuk tujuh lapis..terima kasih pakcik. perbanyakkan lagi cerita sejarah pahang pakcik. memang menarik.

    ReplyDelete
  3. Salam Pakngah,
    Aki saya termasuk jugakah dalam sejarah di atas ?


    p/s Gambar makngah saya belum zahirkan lagi, Insyaallah saya cuba hantar dalam minggu ni. Ada majlis konvokesyen pelajar minggu lepas , sibuk sedikit. Adik bongsu pp ,bila nak konvo ?

    ReplyDelete
  4. hai, salam....
    Kalau kamu orang Gali, pasti bukan lain dari orang Rawa (RAO). Hubungi Subari Ahmad (arisel ba) di blog TEROMBA AR RAWI atau URANG RAO PAGAR RUYUNG.

    Kalau kamu bersepupu dgn Ishak Abd.Rahim (aruah) sahabat p,cik zaman muda sealiran dalm bdang seni & politik, Ishak dari suku Jawa.Ibu Sahak bernama Chapah (aruah)keluarga Hj.Manan.

    Itulah saja cara yg p,cik boleh ajukan.

    ReplyDelete
  5. Bobo, salam...
    Itulah Atur (Mokhtar) bin Tujuh Lapis (Ibrahim).
    Kalau kamu bersaudara dgn Dato'Razak Atur, s'silahnya dari Imam Pamat bin Tok Ibrahim bin Tok Lil bin Tok Yob bin Tok Embong Pian bin Mohhd.Ali Jaafar bin Tok Baginda Demu Raja di Yong.
    Saya keturunan Tok Endit adik kpd Tok Embong Pian, keturunannya pergi ke Sega Atuk dll.

    ReplyDelete
  6. Ida, salam.....
    Kamu org Kelantan bukan org Sega.(org Kltn mkn budu).ha ha ha...

    Aki kamu benar org Sega. Yaakob bin Tok Gendut bin Tok Malik bin Tok Kuming bin Tok Mat Amin bin Tok Malik bin Tok Mat Salleh bin Tok Endit bin Tok Mohd Ali Jaafar bin Tok Baginda Demu. (org Sega mkn pede)ha ha ha...

    Makngah kamu asyik tanya gambar aje,bila senang hantar lah. Adik PP, Darwis setahun lagi baru konvo.Salam p.ngah pd semua.

    ReplyDelete
  7. hihihi...pakcik,saya ni cicit hj.manan...aruah chapah tu,dulu kalau jumpa saya mesti dia cium...kira manja jugalah saya ni ngan family diorang.maksud saya sedara jauh2 yang dah jarang balik kampung.cthnya,cam aki radio ktn tu,abah saya kata dia waris dekat la jgk..haritu kat satu majlis,suami saya tanya, kenal tak org tu,saya kata x tahu.kata sedara tapi x kenal..cam mak marlia musa,dia 2 pupu abah...tapi saya tak pernah jumpa pun...

    ReplyDelete
  8. Salam Atan.
    Kas ni orang kulatok ntak nya.Kas ada buat slasilah moyang mat amin tu. Kalau nak Bole kita jumpa kas bawok benda tu.
    Salam sayanLi

    ReplyDelete
  9. keturunan aruah Hj Mohd Noor (Bekas Penghulu Budu) juga dari Datuk Badinda Demu, sungguh ramai anak cucu Datuk Baginda Demu ini di Raub, Lipis, Lanchang (Temerloh) dan di negeri Perak sendiri.jika boleh kita buat perjumpaan, bersekali dengan puak-puak RAO/Rawa.

    ReplyDelete
  10. kaeh org kampung sengkela..xpernak plak dengar cerita ni...agaknye kaeh ni generasi baru kot..

    ReplyDelete
  11. Kalau berkesempatan boleh minta pengesahan hubungan antaraTok Temong di Perak itu dengan Tok Diyong. Tok Temong ada legenda dan bukti sejarah yg masih ujud. Manakala Tok Di yong ini seperti ada missing link.

    ReplyDelete
  12. Arwah Ayah saya keturunan keturunan Tok Temu la.. Ada buku silsilah di rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Salam Sdr Redz dan Tzar - sukacita jika sdr dapat memberi satu salinan SALASILAH TOK TEMU - saya boleh dihubungi via emel : warisanperba@gmail.com - WarisanPerba

      Delete
  13. Says juga kaitan ade pd saya duduk Damak nama badrul 01110810619....fb Aldo bista

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum.. saya cucu kepada abu talib bin tong dan asiah..yang menetap di tanjung besar...kami adalah keturunan dari panglima tujuh lapis... saya ingin mendapatkan no telefon Dato Abdul Razak bin atur... untuk saya mendalami salasilah keluarga... saya boleh dihubungi di nombor 0148381623...sekian terima kasih

    ReplyDelete
  15. Mengikut buku2 sejarah Pahang yang saya baca ramai penduduk asal Daerah Kuala Lipis dan Daerah Raub terdiri dari suku kaum Melayu Rawa (di Sumatra disebut Rao). Soalan saya; Adakah tokoh tokoh yang disebut dihalaman ini terdiri dari Orang Rawa atau Rao yang berasal dari Sumatra?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum..

    Ada sesiapa mengenali Bainah binti Imam Perang Cengkok/Bangkuk, isteri kpd Abd Rauf bin Tengku Muda, Penghulu Serendah. .

    Terima kasih...

    ReplyDelete