Followers

Monday, May 4, 2009

Sepanjang hayat 68 - Tempat jatuh patut dikenang...

Kerancakan mengaktifkan NGO di Lipis teruja bila Sinar Harian melaporkan DPMP Kaw. Lipis kembali aktif. Dalam masa sama Persatuan Sejarah Malysia (PSM) Kaw,Lipis yang mengadakan mesyuarat agung baru baru ini, walaupun baru berusia dua tahun telah nampak aktif bila diukur dari diari tahunannya.

Adalah menjadi harapan kita agar kedua dua persatuan ini yang mendukung penulisan sebagai objektif atau wadah utamanya, berjaya dalam bidang masing masing. PSM akan mengumpulkan bahan sejarah dan penulisannya. Demikian DPMP yang menumpu kpd penulisan umum pada keseluruhannya.

Senikalnya, kedua dua NGO ini tidak lagi diboskan oleh tokoh tokoh politik yg bergelar YB atau Dato', sebab kita tahu merekalah diantara penyebab sesebuah persatuan itu tidak aktif, kerana kesibukan mereka diperingkat tinggi atau diperingkat pembuat dasar. Mereka sepatutnya menyedari hakikat ini, jangan jadi Pak Kaduk. Menang sorak kampung tergadai. Apa yang kita perlu dan apa yg persatuan mahu dari mereka adalah galakan semata mata, perlindungan dan bantuan moral dan material sahaja. Dan sudah semestinya mereka memahami ini, kerana ini adalah tanggungjawab mereka sebenarnya sebagai pemimpin yg mendukung Kerajaan. Berikan peluang kepada mereka (kami) yang berminat dan tahulah mereka (kami) melaksanakannya.

Namun, kita tidak menyekat tokokh tokoh yang bergelar pemimpin kecil ini untuk naik ke atas. Kerana NGO yang kecil inilah yg akan menjadi antara mata tangga untuk pendakian mereka. Pun memang itulah motif mereka, hakikat mereka sebenarnya ingin pergi lebih jauh lagi hingga ke tahap DUN dan ADR., menggunakan persatuan sebagai alat. Itu hak mereka. Bagi Persatuan pemimpin pergi pemimpin datang. Jangan jadikan persatuan, apabila telah naik kelak ibarat bunga disunting batangnya di pijak. Jadilah orang bijak, tidak bongkak dan jadikanlah persatuan itu tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain....




14 comments:

  1. salam pakcik,
    bagi saya aktif dan tak aktifnya persatuan tu bukan terletak pada siapa pengerusinya. yang sepatutnya yang memainkan peranan aktif ialah setiausaha dan juga para ajknya.

    anggap sahaja pengerusi yang berstatus YB dan datuk yang dilantik persatuan sebagai tak wujud. bagi saya terlalu bergantung kepada pengerusi dan ydp dalam hal2 persatuan ini boleh menyebabkan kemalapan pada persatuan.

    kalau setiausaha dan AJK aktif saya rasa tak ada masalah nak handle persatuan.

    kalau dah tahu datuk atau Yb yang dilantik tu boleh melemahkan persatuan buat apa dilantik. saya tahu kebanyakan persatuan mahu yb atau datuk memegang jawatan supaya persatuan itu akan kukuh dari pelbagai sudut terutamanya kewangan.

    ReplyDelete
  2. Lagu untuk Pak Hashim...

    http://www.youtube.com/watch?v=uGMaU0uvpcw

    ReplyDelete
  3. Salam Pak,

    Ini masalah yang takkan dapat diselesaikan kerana masyarakat kita masih berpaksikan kepada semangat berkepimpinan feudalistik.

    Saya teringat kenangan semasa baru sahaja tamat SPM.Balik ke Jerantut kononnya untuk aktif berpersatuan untuk menabur bakti kepada masyarakat setempat.

    Tetapi bila hadir di mesyuarat agung Belia 4B cawangan di Jerantut itu, baru saya tau yang realitinya persatuan seperti ini tempat jadi batu loncatan dan cara senang nak dapat duit dari bajet KBS.

    Sampai sekarang saya tidak menganggotai mana-mana persatuan belia kerana akur ianya hanya persatuan mengisi aktiviti senggang (feel good) dan bukannya bergerak komited untuk mengubah nasib atau membantu masyarakat.

    Alhamdulillah, kini saya lebih senang bergerak dalam INGO tempat saya bekerja kini untuk membantu orang lain.

    ReplyDelete
  4. EMMOSHAM, SALAM...
    Pakcik tak berapa faham mengenai komen anda. Rasanya macam tak berapa kena aja dengan maksud p,cik tu.

    Sila baca komen drbubbles terhadap entri p,cik tu. T.k.

    ReplyDelete
  5. Mdsuak, salam....
    Terima kasih di atas cadangan itu. Tapi kalau Bengawan Solo pakcik fahamlah.

    ReplyDelete
  6. saya tak online 2 minggu. tapi ada di lipis hari tu. check facebook ada kumprinx bagi tau. apa pun, kalau dpmp atau siapa sahaja betul2 berhasrat untuk bangunkan penulis2 pahang khasnya dan malaysia amnya, saya doakan semoga berjaya.

    ReplyDelete
  7. drbubbles, salam...
    Terima kasih kerana bertandang ke laman P,cik. P,cik setuju dgn pandangan tuan itu. P'cik org 4B masa muda dulu. Kini 4B tidak kelihatan lagi.Kena selsema babi kot.
    P,cik ni gian berpersatuan. Tak boleh kalau takde. Jadi kena cari yg sesuai. Spt tuan juga. Kena buat sesuatu yg boleh beri faedah ramai.

    ReplyDelete
  8. rahimin, salam...
    Harap harap kumprinx dapat buat sesuatu yg terbaik utk aktifkan DPMP di Lipis. Dia banyak kawan masih muda dan banyak stamina. Boleh kerja kuat sikit. Kumpulkan kawan kawan, baca puisi, tulis essay, buat rencana, diskusi, bengkel dll.Kita kena ada permulaan untuk satu kesudahan.

    ReplyDelete
  9. Tahniah,semoga usaha bapak dan rakan2 beroleh keberkatan dan kejayaan

    ReplyDelete
  10. Weh Rahimin, takkan berdoa je? Aok kena turun padang sekali la...

    ReplyDelete
  11. Salam PakNgah ,
    Kumprinx dan rakan2nya dapat jadi AJK DPMP Kaw. Lipis kah ?

    ReplyDelete
  12. Semoga lipis dapat melahirkan sasterawan hebat satu hari nanti....

    ReplyDelete
  13. Daerah Lipis memang dah lahitkan ramai sasterawan yang hebat seperti Ahmad Kotot, Ibrahim Omar, Baharuddin CD, Badaruddun MZ, MZ Alias, Zahrama, Arisel Ba dan lain-lain, penulis muda pun ramai tapi rekod tak ada pada saya.

    ReplyDelete
  14. arisel ba, salam...
    Kehadapan ini kita kena buat rekod malah documentasi penulis dan akan kita pahatkan pada dinding jambatan yg menghubungi bandar lama dan baru itu nanti.

    ReplyDelete