Oh! sudah 5 hari saya tak menulis. Sudah 5 hari juga saya tak dengar komen komen dari pengikut pengikut dan pengunjung pengunjung saya yang semuanya baik hati belaka. Syukurlah dapat anak buah macam kamu semua.
.......barangkali pakcik Hashim tu sakit agaknya, manalah tau kok darah tingginya naik. Atau sudah ketandusan idea, dah tak ada benda nak tulis lagi. Maklumlah orangtua, mudah lupa, tak ingat. Lagipun orangtua mana boleh cepat cepat, laju laju buat itu buat ini. Kalau disergah lagilah... Biarkanlah dia. Kalau didesak desak sangatpun susah juga, tersungkur nanti, siapa yang susah. Kalau dia tak kecil hatipun sudah mujur........
Hai! maklumlah hujung hujung minggu begini, banyak hal. Hal kenduri kahwinlah, kawan kawan berkunjung ke rumahlah. Lepakpun satu kerja juga sebenarnya. Dari kerja lepakpun boleh dapat banyak idea, banyak cerita. Cerita cerita politik dunia ( luar negeri, dalam negeri tak main ) dan cerita karut marut, aduh! Dekat rumahpun ada orang kahwin. Kawan si Pipi, tapi dia sendiri tak balik, tak raiikan kawannya kahwin.
Hal no.1 ialah anak bongsu saya, adiknya si Pipi, si Darwis ada balik hujung minggu dari IKM Pekan. Bila dia balik komputer jadi miliknya. Entah apa dia buat, ala teruknya. Kalau buat assignment ok lah. Ini dengar lagu, main guitar pun guna internet. Masya Allah...
Ini Darwis, adik si Pipi adalah anak saya yang paling bodoh, paling malas, paling nakal, paling tak dengar kata dan semuanya paling tidak, tidak, tidak. Nak tau, dari dia masuk sekolah sampai SPM dan sekarang masuk IKM, saya tak pernah tengok keputusan peperiksaannya berwarna biru melainkan merah belaka. Kalau adapun hanyalah pada subjek subjek kemahiran, lukisan, Bahasa Melayu ( bahasa sendiri ) pun dia tak pernah lulus. Saya pun dah tak heran dengan dia lagi. Tak ambil hal lagi dengan dia punya keputusan. Mesti hancur punya. Tak ada harapan langsung. Saya kira anak bongsu saya itu sudah kena sindrum /sawan terkejut, sebab ibunya meninggal dunia takala dia baru masuk sekolah darjah satu. Yang peliknya, keputusan PMR dia dapat masuk Sek.Teknik / Vocational, tapi suruh duduk asrama tak mahu. Naik bas, bila terlambat saya yang kena hantar.
Bila orang ( ibu bapa ) bercakap tentang keputusan SPM anak anaknya, saya langsung tak ambil tahu, sebab saya tahu si Darwis pasti gagal, pasti tak boleh bawa balik satu warna biru pun untuk abahnya. Dengan keputusan SPM yang saya tak pernah ambil tahu itu, tiba tiba dia ditawarkan masuk ke IKM Pekan, Masya Allah...Saya tanya kakaknya (cikgu), macammana dia boleh dapat masuk IKM, kakaknya kata, BM lulus, BI lulus dan Sains / Math lulus, cukup makan. Ha ha ha saya tergelak dan semua orang dalam rumah tergelak.
Dia buat dirk je...

Salam PakNgah,
ReplyDeleteoh namanya Darwis? baru masuk IKM ?
masih jauh lagi perjalanan dia Pakngah, masih banyak ruang dan masa untuk dia berubah.
Pengarah IKM Sik sekarang (bekas Boss saya dulu) adalah bekas pelatih IKM juga. Malah ramai lagi bekas pelajar IKM memegang jawatan yg tinggi dalam MARA.
Yang jadi Biznessman , memang tak boleh nak kira gan tangan. Arwah adik saya juga , manja yg amat...dah tahap Anakku Sazali dan mak selalu menangkan dia, tapi bila difikirkan dia adik bongsu yg jadi anak yatim masa umur 5 tahun , malah ada penyakit jantung berlubang... kesian tu datang juga. Dia memang malas , pernah juga saya berputus asa dengan dia ,
tapi selepas masuk beberapa kursus motivasi dan
terpengaruh dengan ucapan Boss saya sekarang ,
saya mula ubah pandangan saya padanya,
saya fikirkan yg baik2 sahaja , saya dah kurang marahkan dia , saya pernah beli buku motivasi untuk dia dengan harapan dia berubah. Dan dia juga ada membacanya,
saya bersyukur 2 minggu sebelum dia meninggal , dia banyak habiskan masa bersama kami . Pagi terakhir dia pergi kesekolah , dia bersiap lebih awal dari saya , tak perlu dikejutkan.
Pengalaman saya mengajar pelajar IKM Alor Star selama 5 tahun , juga mengajar saya untuk tidak berputus asa dengan masa depan anak murid saya.
Setiap kali ada majlis konvokesyen , setiap kali itulah saya dapat suntikan baru untuk terus menolong pelajar saya . Terkenang semula , saat2 hati sakit ketika menghadapi perangai mereka .Tapi semua itu berbaloi apabila melihat kesegakan dan keyakinan mereka berkonvo.
Kalau mengajar pelajar semester satu , hati lagi syahdu dan pilu , sebab ada diantara pelajar2 ini ,parut luka tercalar bukan hanya ada ditangan , malah dikepala juga...
kadang2 nak nangis pun ada, apa lah nasib dan kehidupan mereka dirumah...
mungkin diIKM dan di Kolej saya lah tempat mereka mencari kedamaian dan keseronokan hidup berkawan dengan tanpa sebarang 'label'. Ada juga pelajar datang dari keluarga yg susah, dapat makan sedap , sebab tinggal di asrama. Duit elaun bagi dekat keluarga untuk bayar bil elektrik (ini kisah benar yer Darwis jika aok ada membacanya)
Tidak , saya tak salahkan PakNgah sekeluarga , sebab dugaan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk, saya juga tak rapat dengan adik bongsu sebab kerja luar dari Kelantan , sempat rapat dengan dia masa arwah ayah masih ada. dan kenangan itulah yg sentiasa menjadi perubat rindu.
Esok 13 Mei, cukup setahun Arwah adik meninggal.
dan hari ini saya masih dikolej , ada program siaran langsung RTM 1 jam 9 .
Kalau Pakngah ada kelapangan boleh lah tengok anak murid saya jadi panel.
Boss saya sekarang orang Pekan(orang kuat Najib tu..) pernah jadi pengetua IKM Pekan selama 5 tahun. Darwis tak sempat kenal kot, sebab dia ke Pasir Mas dihujung tahun 2007.
Saya tak tahu macamana PakNgah bersabar dengan Darwis , tapi Darwis sepatutnya bersyukur dengan kasih sayang yang Pakngah berikan , sebab....
saya mengaku , kasih sayang di antara adik beradik memang tak sama langsung dengan belas ehsan dari kedua ibubapa.
salam..
ReplyDeletebetul ckp terrarosa tu..
maseh jauh lagi perjalanan..
xsemestinya dia tidak pandai dlm pelajaran dia xada kelebihan lain..
Salam pakcik,
ReplyDeleteSaya ada seorang anak "dysleksia",dia mula pandai membaca masa darjah 3.Dia mmg ada masalah kesihatan sejak lahir.Sekarang,alhamdullilah!Dulu saya pernah tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap akademiknya,tapi saya terkejut bila dia boleh dapat kptsn UPSR 1A1B3C.sedangkan saya bayangkan dia mgkn hanya dapat C,D atau E.
Saya tertarik dgn ceramah motivasi,dari seorang kaunselor,Raja Ismail Raja Shahadan.(mgkn pakcik kenal).Dia kata anak2 mempunyai banyak potensi,kalau tak dapat mengusai akademik,mungkin mereka lebih berjaya dibidang kemahiran dan tidak mustahil akan lebih berjaya dari graduan universiti..Rezeki mereka kita tak tahu....hanya doa kita yang dapat mengiringi kejayaan mereka...anak saya akan mengambil PMR tahun ni...saya ingin melihat sesuatu..
Salam Pak Hashim...semoga sihat sejestra,
ReplyDeletesaya ikut semua ceta Pak Hashim cuma beberapa siri tentang DPMP saya tak minat ikut..sorry Pak Hashim
Salam pakcik,
ReplyDeletepada pendapat saya result periksa bukan satu ukuran yang tepat untuk tentukan macam mana masa depan seseorang. apa yang penting macam mana dia nak melangkah ke hadapan, tempuh semua cabaran, motivasi diri dan yang penting keinginan untuk berjaya menggunakan segala apa pengalaman yang dia ada. hehehe.
pakcik, apa kata pakcik buat entry loghat pahang. sure menarik punye...
Salam,
ReplyDeleteKemasukan anak pakcik ke IKM tu adalah satu perkara yang baik dan bijak. Kerajaan mendirikan kursus kemahiran untuk pelajar pelajar yang tidak bagus mempelajari teori.
Matlamatnya untuk menyediakan pekerja mahir dan pekerja separuh mahir. Masalah tanggapan orang terlalu memandang rendah kepada pelajar kemahiran. Saya pasti anak pakcik akan di buka peluangnya untuk bekerja apabila habisnya pengajian beliau.
Antara masalah yang dihadapi pelajar ini merasa merendah diri, satu jenis penyakit orang melayu yang tak menentu. Harap anak pakcik akan berjaya dan saya percaya dia boleh berjaya dengan belajar di IKM.
Oh ya, selepas menuntut di IKM dia boleh sambung diploma dan degree di universiti MARA, sebagai contoh: UNIKL.
Shafik Shaaban.
besor dah aban..;)
ReplyDeleteHehe..Pak Hashim.Hari ini saya tergelak-gelak baca entri Pak Hashim tentang Darwis.
ReplyDeleteoh oh...ini kalau abah saya punya blog, dan saya adalah "darwis", tentulah saya kecik ati....uhuhuu...
ReplyDeleteSetiap org ada kelebihan dia Pak.Tuhan tidak jadikan sesuatu itu dengan sia2.
ReplyDeletesetuju dgn kawan-kawan yg lain.Kelulusan tinggi bukan menjamin masa depan yang cerah.
ReplyDeleteBukti?
Tgk je kontraktor-kontraktor melayu di Lipis..:)
Ida,
ReplyDeletevchentaMAYA,
hai,
bobo,
Shafik,
benluden,ubulepih,
Salam semuanya....,
Terima kasih diatas semua ulasan anda mengenai Darwis, adiknya si PP anak bongsu saya.
Begitulah keadaan dia dan persekolahannya. Saya bersyukur kerana dia masih ingin belajar, mudah mudahan dia berjaya.Sekarang pun Darwis sudah cukup bertuah kerana menjadi adik bongsu. Kakak dan abangnya dalam marah marah masih mampu memberinya sesuatu. Apa yg dia tidak dapat?
Saya percaya dan teruja dgn pandangan anda bhwa kejayaan bukan terletak pd tinggi atau rendah nya kelulusan seseorg. Sudah banyak teladan yg kita tlh lihat. Ini semua adalah takdir, qada & kadar, anugerah dan pilihan Allah SWT. Namun semua ini menjadi,kerana dalamannya, hatinya keikhlasan,jiwa murninya dan dan dan...Terlalu sedikit org yg menjadi pilihan Tuhan bentuk ini.
Selebihnya adalah kerana kerja kuat.
Zaman ini adalah zaman ujian & pancaroba bagi gererasi seusia Darwis. Gejala sosial melampau sedang menghimpit mereka.Tersilap sikit saja mereka akan jadi mangsa keadaan. Inilah yg merisaukan semua ibu bapa. Kita tidak ada peangkis yg konkrit yg boleh menanganinya, termasuk elemen agama. Kita tidak ada pembasmian alternatif yg aktif yg pro aktif dan kalaupun ada ratio nya sangat kecil (Pusat Ikhlak). Sekadar berharap, sedangkan berharap itu bukan jln keluarnya. "Tuhan tidak mengubah nasib seseorg itu melainkan dirinya sendiri" Bolehkah belia seusia Darwis memikirkan hal hal setinggi ini. Mereka belum cukup matang untuk membina falsafah masa depan mereka. Mereka perlukan bimbingan bukan nasihat sebenarnya. Tetapi sejauh manakah pihak berwajib ( sekolah kolej Institusi )memikirkan hal ini sebagai penting?
Ibu bapa Islam yg ilmuan dan ada latatbelakang agama, sekadar berdoa dan bersembahyag hajat dll. Ibu bapa bukan Islam yg ekonominya kukuh boleh guna 'tuhan kedua' (duit) Bagaimana dgn ibu bapa miskin? Itulah perlunya Doctrine bagi sesebuah Negara yg berideology.
Serenity, salam...
ReplyDeleteKenal Darwis sebagai Aban. Pastinya sangat kenal kalau tidak ada pertalian...
Iskandar,
ReplyDeletePenagih Ayam Goreng, salam...
Kalau Darwis baca atau kawan kawannya beritahu, entri itu adalah satu motivasi buatnya.Harap dia baca, biar dia tahu tentang dirinya.
Mdsuak
ReplyDeletedan
bobo
Salam...,
Satu orang tak suka dpmp / persatuan. Satu orang lagi minta utarakah bahasa/loghat daerah.
Saya cuba cari jalan tengah.
Ha ha ha...
pakcik saya lulus IKM sungai petani
ReplyDeletesekarang sudah pakai alphard dan buka kilang baja di umah tok.
kontrak sana sini.
semua orang ada rezeki masing2.
hahaha budak bertuah tu!
ReplyDeletehahhaha!! tak mengapelah, saya pon pernah dimaki bodoh secara langsung oleh bonda.....hehehee....
ReplyDeleteSalam , nama pakcik sama pulak dengan ayah saya. Kelakar pulak bila baca selamba je ayah kutuk anak tapi anak buat tak tau.Agaknya misti ayah saya pun kutuk saya..Hehe..saya ni degil byk.
ReplyDeleteTakpe,mungkin rezeki dia bukan atas kertas.
Kawan saya sekolah sampai darjah 6 tapi sekarang mampu pakai beamer 3 series. Daripada jadi cleaner naik setapak setapak.Sekarang umur dia 30tahun dah ada cleaning company sendiri.
salam...
ReplyDeletedah rezeki darwis tu pak hashim... ALHAMDULILLAH. moga dia terus berjaya...
dear pakcik,
ReplyDeleteentri yg ini sgt comel.
:)