Followers

Wednesday, May 13, 2009

Sepanjang hayat 71 - Resepi

Saya pernah dua kali jadi orang bujang. Sebelum kahwin dan selepas kahwin. Sebelum kahwin tak payah cerita, umum, semua orang tahu. Bujang selepas kahwin ialah apabila isteri meninggal dunia. Saya jadi orang bujang selama kira kira 8 tahun ( 1996-2005)

Si Darwis baru 3 bulan masuk sekolah sesi petang di Sek.Ren.Clifford. Hari hari kena hantar dan ambil. Kakaknya cikgu Masmawati mengajar di Clifford Menengah dan dia dengan adiknya Irdawati (kakak terus pada Darwis) di sekolah yang sama. Firdaus di Sek.Men.Sains (SAMSAS) Kuantan. Ariful Fadhilah di Sek.Men. Setiawangsa sebelum ke Teknik, pergi sekolah naik basikal. Saya keseorangan di rumah. Hari hari saya kena masak nasi. Lauknya kekadang saya masak selebihnya tunggu cikgu balik dari sekolah. Dia orang semua balik selepas jam 2.00 ptg. Mana saya boleh tunggu mereka,saya makan dulu dan saya masak sendiri. Darwis makan nasi 3 hari sekali dan boleh cukup dengan roti, mi, nugget dan makanan segera. Berikut dibawah ialah resepi saya:

Resepi 1.
"Sambal BINI BENCI KE LAKI" adalah diantara yang saya suka.

Bahannya:
1. Lada kecil / cili api mesti ganjil 7 , 9 ,11, 13, , 15 ulas ( campur merah dan hijau)
2.Garam secukup rasa,
3.Ikan bilis dibakar ( goreng dlm kuali tanpa minyak)
4.Belacan dibakar.
Cara membuatnya: bahan masukkan sekali dlm. lesung batu. Tumbuk jangan hancur, sekadar pecah perut saja. Hidang dan makan dengan ulam jering muda/ semai, petai, kerdas atau bunga keladan.

Nota: Sambal bini benci ke laki boleh di bahagikan kpd. dua kategori.
1. Lada garam berasamkan tempoyak.
2. Campur belacan dan ikan bilis berasamkan limau nipis. Boleh juga berasamkan nenas masak, bacang masak atau tomato.

Resepi 2
Singgang Mamang campur daging.
Bahannya:
1. Mamang (sayur berdaun muda) seikat. Dipasar harganya singgit atau lebih seikat.
2 Daging - daging cincang ( yg ada lemak atau selodeh ) lebihkurang 200 gram.
3. Bawang putih dihiris lebar (2 ulas )
4. Bawang merah kecil 2 ke 3 ulas belah dua.
5. Halia seruas jari hiris lebar.
6. Lengkuas seruas jari di herap lebar.
7. Asam keping (gelugur) 2 keping
8. Lada kecil / cili padi kurang dari 10 ulas.
9. Garam.

Cara:
Mamang di siang dibasuh dan perah sehingga keluar air hijau.
Daging dipotong ikut suka hati.
Masukkan mamang dalam belanga diikuti dengan daging dan bahan spt di atas. Masukan air 1 pain dan garam secukup rasa. Biarkan air /kuahnya sampai surut dan jangan dikacau. Bila surut dan masak, hidangkan. Pastikan daging jadi empuk jika belum tambah lagi air.

Nota: makan singgang bagi saya biar cukup masing dan masam. ( Barulah berasa asam garam)

selamat mencuba.

7 comments:

  1. salam pakcik,

    hahaha. sambal bini benci laki... hahahaha. makcik saya pernah pesan. kalau nak buat sambal, cili api kene nombor genap. jangan ganjil. nanti pedas. hehehe

    ReplyDelete
  2. Hahaha..Pak Hashim ada ada aje dengan resepi sambal bini benci lelaki.

    Bercakap tentang resepi ini, saya teringat restoran Ah Kow di Bangunan UMNO Lipis.Dulu kalau ke klinik gigi,ayah saya selalu rasuah nasi lemak telur goreng Restoran Ah Kow itu.

    ReplyDelete
  3. Salam Pakngah,
    ohhhh... Firdaus
    di Sek.Men.Sains (SAMSAS) Kuantan <- saja ulang sekali lagi,kasi timbul sket...hikhikhik.

    apapun tiap kali balik Sega , saya mesti tumbuk ikan bilis , lada dan belimbing yang dah disimpan/jeruk sehingga kehitaman.
    Kalau jumpa sambal ni, tiada kuah atau lauk lain pun tak pa.
    macamana nak perap belimbing itu sampai hitam ?

    Daging dipotong ikut suka hati ?
    hahaha... anak gadis tak boleh ikut ni :)

    ReplyDelete
  4. pertama kali saya dengar sambal bini benci ke laki,mgkn pedasnya tu nak membunuh laki kot!
    Sebelum ni saya penah dengar gulai lanun je..
    saya setuju ngan terrarosa,Sambal yang dimaksudkan tu dipanggil sambal hitam,rupa buruk ngat tapi makan, malas nak cakap,best!!!
    Belimbing tu direbus dengan garam saja,sehingga menjadi hitam..bukan diperap...tapi saya tak penah la buat...

    ReplyDelete
  5. adakah maksud pakcik mamang tu,sayur maman yang di buat jeruk...kalau betul,kiranya maman ni begitu unik,kerana boleh dimasak pelbagai...sebelum ni yang saya penah makan maman jeruk,di gulai lemak dan direndangkan dan hari ni di singgangkan dengan daging lagi..cukup menarik...

    ReplyDelete
  6. salam pakcik,
    teringat plak sya dulu2..abah sya merupakan seorg pesara n skrng dah jd penoreh getah berjaya dan selalu balik dr menoreh dlm pkul 11..abah sya rajin memasak dan pandai memasak...kiranya sya membesar dgn air tgn abah la...rindu plak nak rasa masakan abah sya ni..maklumlah dah lama x balik rumah...tp skrng mungkin abah dah jarang masak sbb mak dah bersara dan tugas memasak dah jadi tugas mak sepenuhnya... dulu2, sebelum bersara..mak sya x kisah pun nak tinggalkan sya adik bradik dgn abah kalau ada sebarang kursus, sbb abah boleh diharapkan...bak kata en pipi, mkn nasi bila lapar...cam 2 lah abah sya..

    saje jer kongsi pengalaman, dah lama x balik rumah ni...rindu plak kat family dan masakan rumah

    ReplyDelete
  7. Terra,
    hai,
    Norhasyima
    bobo &
    drbubbles,
    salam....

    Sila ikut entri ke 72 mengenai singgang maman dan sambal hitam, ok.

    ReplyDelete