Dua resepi masakan kampung yg terdiri dari
1. Singgang Maman,
2.Sambal Hitam.
Singgang Maman campur daging seperti Entri 71 elok untuk makanan ibu ibu dalam pantang. Ada orang yang memasaknya terasa pahit. Untuk menghilangkan rasa pahit, daun maman yg telah disiang itu masa membasuhnya hendaklah diramas sehingga keluar air hijau daun itu. Tak perlu menggunakan maman jeruk. Resepi menjeruk maman adalah lain. Singgang maman tak perlu dikacau. Biarkan saja kuahnya surut. Kena rebus lama sehingga daging empuk.Lada kecil atau cili padi juga biarkan ia berulas. Lada hanya dipecah atau dipicit semasa makan sekiranya kita hendakkan rasa pedas.
Cubalah, kalau tak sedap, orang itu lidahnya pasti bukan lidah orang melayu, ha ha ha...
Sambal Hitam ialah sambal tumis menggunakan Belimbing Buluh berebus, ikan bilis dan lada kecil / cili padi. Cara membuatnya biasa seperti menumis yg lain lain juga, sekadar belimbing rebus perlu ditumbuk atau digiling lalu ditumis dengan ikan bilis dan lada yang juga ditumbuk halus.
Membuat Asam Belimbing Rebus:
Belimbing buluh hendaklah buah yang sudah tua ( bukan masak atau putik) Buah belimbing itu sebelum dibasuh dikerat hujung pangkalnya ( setengah orang tak buang).
Sudah itu, direbus dengan garam tanpa air. Garam kena banyak sebab lagi masin lagi baik dan tahan lama, tidak cepat berkulat. Nisbah segantang belimbing kira kira setengah kilo garam atau lebih. Tempat atau peruk rebusan hendaklah menggunakan tin minyak kelapa dan selepas itu tin tersebut tidak boleh digunakan lagi, buang, sebab kesan asid belimbing dan garam itu sangat sensitif, akibatnya periuk cepat karat dan pesuk. Masak dengan api yang sedarhana sehingga belimbing mengeluarkan airnya sendiri. Apabila belimbing bertukar warna kepada kehitam hitaman atau coklat ianya dikira masak dan boleh diangkat. Asingkan belimbing dengan airnya dan simpan didalam botol kaca. Air belimbing rebus boleh dimakan dan sedap rasanya dicecah dengan ikan bakar.
Sekian, selamat mencuba.

Salam Pakngah,
ReplyDeletewah susahnyer nak rebus belimbing tu...
nak kena guna periuk/tin pakai buang ?
hhmmm kena ada keberanian dan tahap kerajinan yang tinggi untuk membuatnya...hahaha.
dulu arwah Aki memang simpan banyak stok Belimbing tu. Ada ke orang jual belimbing hitam ni macam tempoyak di pasar pagi ?
Salam Pak Hashim,
ReplyDeleteSambal Hitam ini kesukaan saya.
Kalau saya balik ke Jerantut,saya selalu melencong ikut jalan Bentong-Raub-Lipis-Kerambit-Jerantut sebab nak singgah di Penjom (Batu 6) pekena sambal hitam di kedai makan depan SK Penjom.
Kalau di bulan puasa,inilah makanan pembuka selera waktu sahur.
Oh lagi satu, saya nak tanya, Rendang Mahmud ada lagi ke di Lipis?
pakcik sy pun pernah makan sambal hitam ni.. memang masakan tradisi pahang ek. tempat lain xde kan.. sy reti makan pun sebab housemate org jerantut buatkan.. :)
ReplyDeleteSaya memang tabik kat org belah2 raub,lipis, jerantut....tak sah kalau tak ada cili api..mak datuk,se pot cili api tu untuk 2-3 hari je..cirit dibuatnya..
ReplyDeleteapa2 pun saya lebih gemarkan masakan cara sana,mereka lebih kreatif dalam mempelbagaikan masakan.
Antara masakan kesukaan saya yg tak ada di tempat lain,gulai masam tempoyak keladi kemahang...pegh!
balik kechau sabtu lepas, sbb nak amik sambal itam yg mak buat
ReplyDeleterindu sgt
lama tak makan
:)
belimbing rebus tu dah boleh dibeli kt pasar. kecur bila teringat singgang maman & sambal hitam... sedapnyerrrrrr....
ReplyDeleteIda, salam...
ReplyDeleteNanti bila musim belimbing berbuah, p,ngah akan rebus, packing dan jual, ha ha ha...Agaknya kalau jualpun l.k 10 ke 15 ulas singgit, ha ha ha...
drbubbles,salam...
ReplyDeleteKalau Bt.6 Penjom, mestinya kedai Kudus.
Rendang tersohor di Lipis dah tak ada lagi. Kalau adapun itu bukan original. Belimbing berebus klu nak beli mngkn ada diPekan shari Benta (ahad) Dong (Rabu) Jerantut (Sabtu) Bandar Lipis (sabtu) Pdg.Tengku (Ahad) Relong (Rabu) Kerambit (khamis)
loo, salam...
ReplyDeleteSebenarnya itu adalah makanan org miskin. Org skrng pelbagaikan. Belimbing berebus bukan saja utk sambal hitam, ia boleh dibuat sambal mentah, dimasak dgn ikan (gulai masam. Buat sambal mentah campur ikan bilis dimakan dgn ubukayu rebus, alahan, bersiut sedapnya.
hai, salam...
ReplyDeleteSambal hitam sudah, gulai masam kemahang tempoyak sudah,singgang maman cmp.daging sudah. Apa lag yg belum? Hah...GULAI ASAM ROM kretiviti org B.Talam
Gulai ini kena cukup pedas. Sekali menggulai biji lada yg tertinggal dibuntut belanga hampir segenggam banyaknya.
Cara membuatnya, kena tanya org Batu Talam,Raub.
yani
ReplyDelete&
ASN SURVIVOR, SALAM...
Aok berdua ni org belah Pdg.Tengku. Belimbing rebus bukan asing. Lah tu, talipon aje ke emak, nya antorlah weh...
hahahah...saiye setuju pakcik hashim..linda mmg suke sangat makan sambal itam, pagi2 mok buat sambal itam mentah makn ngn nasi panas, ulam, n ikan masin pown dah cukop sedap..in fact, mase kat matrik and kat u , kalo bawak balik dari kampung bg kat kawan2 makan, mmg sume pon suke..rindunye nak balik kampong :)btw, linda pon org lepih, org benta..
ReplyDeletekalau dekat tempat saya, maman tu buat rendang dengan ayam telur yang liat dagingnya tu. kalau raya, bekalan maman kat kampung saya sampai kena import dari gemas. memang sedap. bila dengar nenek buat rendang maman, saya sanggup balik kampung dan dan tu juga!
ReplyDelete