Followers

Tuesday, May 19, 2009

Sepanjang hayat 74 - Ke IJN

Isnin petang 18 Mei saya bertolak ke Lumpur kerana esok 19 Mei ada appointment dengan IJN. Anak lelaki saya No.6 Cai, bawa saya naik keretanya. Dia pandu kereta laju. Tolak lepas magrib belum pukul 10.00 dah sampai, terpacak dekat Restoran Ali Maju Ukey Perdana. Anak saya No.8 si PP dan No.5 si Pu tunggu dekat situ.

Telepon berdering, anak No.4 tanya, abah kat mana? Kami sedang makan di Restoran. Kamu tunggulah dan setengah jam lagi sampai. Saya tidur di rumah anak No.4 Bullah, bapa kepada cucu kembar jantan saya yang sudah berusia 2 tahun. Sampai dirumahnya, kembar dua itu belum tidur. Kami kena main bola dulu. Dua lawan satu. Aduh! Atuk kalah.

Di IJN selepas 5 bulan saya bawa balik hampir 1 kilo ubat. Saya makan kalau tak silap cuma bekalan sebulan sahaja. Selebihnya berlambak dekat rumah. Lepas ambil darah, kena tunggu 3 jam. Sementara itu, kami pergi sarapan di Kg.Baharu. Lepas sarapan pergi jumpa anak saya No.1 Kak Jun di Island & Peninsula di Setiawangsa. Sekejap saja, kerana Bullah (N0,4) hendak pergi kerja di pejabatnya di Mid Velly. Tak lama di IJN, selepas pemeriksaan doktor, lagi satu kilo ubat untuk bekalan selama 6 bulan. Encik kena datang semula untuk pemeriksaan selanjutnya pada 10 Nov.2009. Saya diberi satu laporan kemajuan penyakit saya dalam bahasa hospital, manalah saya tahu baca. Ambil dan simpan.

Jam 12 .00 selesai, saya pergi ke rumah anak No.3, Ila. Anak No.9, Etek ada disana. Kak Ila sediakan nasi ayam. Aduh! kami makan nasi ayam dan sekenyang kenyangnya baru balik. Jam 6 ptg tolak dari Bandar Baru Damansara ke Lipis.

Ya, satu perjalanan yang ringkas tetapi padat. Semua anak boleh jumpa sekaligus dalam masa yang pendek. Bagi saya itu sudah cukup. Sudah cukup mengembirakan dan sekaligus dapat jumpa anak cucu. Itulah syurga Jannatul naim bagi saya...

Memikir dan memandang wajah anak anak dan cucu, timbul dalam hati bahawa balik ini saya kena makan ubat dengan betul mengikut peraturan. Mudah mudahan saya terus sihat dan dapat bersama dengan anak cucu, selamanya dan ikutlah selama mana yang boleh.....

10 comments:

  1. Salam,

    Harap pakcik terus sihat dan terus menulis dalam blog ni. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam Pakngah,
    Makan di Restoran Ali Maju Ukey Perdana tu PiPi yang belanja ka ?
    Dengar cite, dia tengah sibuk kira keuntungan KACIP :D

    anak bongsu Pakngah pun akan bercuti panjang lepas ni kan ? peringkat diploma , minggu depan dah final exam , kalau peringkat sijil mungkin sama kot ?
    harap2 lepas ni ada jadual penggunaan komputer/internet dirumah.. hahaha

    dan saya doakan juga PakNgah dan Makngah dipanjang umur untuk beribadat dan terus hidup bahagia dengan anak cucu.

    :)

    ReplyDelete
  3. Salam,
    seronok dengar citer pakcik,harap2 saya pun sempat merasai suasana begitu..anak saya 7 org,kekadang tersasul juga bila org tanya ni anak ke berapa?senyap kejap,kira..hahaha..
    apa2 pun,semoga pakcik di panjangkan usia dan sihat selalu.Siapa tau, sempat menimang cicit pulak.

    ReplyDelete
  4. Salam Sejestra Pak Hashim..Hai apa yg meraban ke IJN tu..Pah Hashim sakit apa sebenarnya ?? Hospital Lepeh kan dekat ? nampak Ok aje..boleh buat lawak, ketawa sakan dengan cucut cicit..what's about your lutut..?? you look great..

    ReplyDelete
  5. Bobo, salam....

    Harap begitulah. Namun harapan tetap ada. Kita jangan mengalah sebelum kalah, he he he...

    ReplyDelete
  6. Drbubbles, salam...

    Doa manusia sebenarnya sangat makbul. Saya ucapkan terima kasih tak terhingga di atas doa tuan tuan. Misal, bila kita berjumpa seseorg kita selalunya bersalam dan mengucapkan selamat maju jaya, pnjang umur dan murah rezeki. Itulah sebaik baik doa berbanding dengan bacaan yg melerek lerek yg kita tak reti maknanya.Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Ida, salam...

    Agaknya dia sdg mengira ngira keuntungan, ha ha ha sehingga tak ada duit serpih ataupun dia kena respect the senior, ha ha ..

    Si Darwis baru tamat tahun satu, setahun lagi utk dpt sijil.Dia dah beri amaran dia akan balik cuti. Dia akan jadi hero lah.

    Kamu pun cuti juga, amacam tak balik ke Sega. Boleh cari belimbing rebus, tempoyak, asam rom, keladi kemahang, cemang kepayang, dodol bekukus,
    dll.

    Jgn lupa singgah kat rumah sementara p,ngah sihat ni.

    ReplyDelete
  8. hai, salam...

    Tujuh baru? tiga lagi samalah dgn p,cik. Boleh lagi kot! ha ha ha

    Beranak banyak ni, susahnya masih depa kecik aje.Dah besar macam p,cik ni sebenarnya suka sesangat, gembira Allah hu Akbar. Jagalah anak baik baik ya, itulah rezeki kamu dunia akhirat...

    ReplyDelete
  9. Mdsuak, salam...

    Dlm hidup ini kita kena lalu byk penyakit. Mula2 sakit org muda,lepastu macam macam sakit sebelum sampai ke penyakit orgtua. Tapi p,cik rasa sakit sebelum tua atau ape? sakit meraban, haah itulah paling kena jga sekali. Sakit spt yg anda sedang rasa sekarang ni ha ha ha...

    P,cik ada darah tinggi. Dr kata kalau tak jaga boleh melarat ke jantung. Alhamdulillah, skrng ini maintain. P,cik ambil ubat tradidi dan ambil food supplement.Boleh tahan, cuma lutut/ betis sebelah kiri kurang kuat.

    Yg lain lain tu, badan jo domam, ha ha ha...

    ReplyDelete