Followers

Wednesday, May 27, 2009

Sepanjang hayat 76 - Kalah

Kalah bukan bererti menyerah dan terus jadi arang. Saya kalah selama 6 hari sahaja.Dan sekarang saya balik mengatur strategy untuk terus menulis, menulis untuk entri entri saya seterusnya. Walau bagaimanapun saya tetap kalah, kalah oleh keadaan dan masa dan akan terus kalah...

Saya kalah oleh anak saya yang ke sembilan, kakak pada si Darwis, adik pada si Pipi yang bernama Etek, nama penuhnya Irdawati. Etek baru tamat dari UITM, sedang mencari kerja. Dalam masa 6 hari dia balik kerumah, Komputer jadi miliknya. Dia menggunakan komputer 12 jam sehari. Aduh! saya takde can langsung. Tak usahkan hendak menulis, nak jeling jeling blog dan Malaysiakini pun kena curi pagi pagi benar. Adaptasi saya mengenai salahsilah Tok Baginda Demu untuk saya jadikan noblet separuh sejarah yang kini sudah mencapai 80 muka surat turut terganggu.

Saya ni memang pengalah sangat orangnya. Itupun cucu belum balik. Nantilah cuti sekolah ini kalau mereka balik saya langsung tak boleh usik komputer lebih lebih lagi kalau jantan kembar itu ada. Atuk kalah, kedua duanya bertepuk tangan sambil tersengih sengih dan terlompat lompat, atuk mesti kalah punya.

Sayang ke anak, sayang lagi ke cucu.

Bukan kita tak tahu bahawa cucu itu anak orang. Jadi itulah lumrahnya. Lebih lebih lagi bila sudah tua. Orangtua seperti saya akan kalah oleh anak anak dan cucu cucunya.

Nota// Minggu ini, minggu sekolah cuti dan minggu ini minggu kahwin. Hari sabtu dan ahad, 5 kad jemputan sudah menanti. Ndak pegi ke tidak, ndah pegi ke tidak.?....ha ha ha...

11 comments:

  1. tok mat tempoyang ada ajak tak pakcik?

    ReplyDelete
  2. Salam PakNgah,
    hahaahaaaa.. itu baru yg pompuan , kalau Hero yang balik , mesti 24 jam komputer dalam genggamannya.

    Sayapun sama gak , kalau anak sedara ada kat luar bilik , nak tak nak ,broadband celcom yg dibayar untuk kegunaan 'unlimited' pun kena tinggalkan juga.
    Sudah tentu kehidupan realiti jauh lebih bermakna dan bernilai dari apa yg ada dalam alam maya kan ?

    Saya juga tengah tunggu musim cuti sekolah,
    bukanya apa , nanti boleh bertolak lewat sket ke tempat kerja... jalan pun 'clear' ,
    apa yang ada...sinaran matahari dan kabus pagi yang sebelum ini memang susah untuk dinikmati...

    ReplyDelete
  3. salam
    Koi memang terasa sunyi kalau pak hashim tidak menulis. Apa kata sebelum cuti ini sekolah ini cubalah keluarkan 2 atau 3lagi.

    ReplyDelete
  4. TKasih banyak.Pak Hashim, jawapan yang membuatkan saya tersengeh. Baiklah sambung lagi ….cuba Pak Hashim sebut “ MERABAN“ 2 x lepas tu sebut “ RABAN “ apa jadinya ?? satu perkataan dengan makna yang berbeza….! ” RABAN “ “Memang kacau “ Haru Biru “ memang tak tau nak buat apa ..panik serba tak kena, cuba ‘ JERKAH ‘ pada orang latah apa akan jadi ??? akan ‘MELALUT’ majlis kenduri “KENARA” akan jadi gamat …silap-silap gaya ada yang tekehel “ TERKEDU “ kepala lutut ..!!

    ‘MERABAN’ kali ini adalah tentang “ DEMAM KURA “ sejenis penyakit yang sering di hidapi oleh zaman budak2 kampung jenis keras“KENG” macam saya… bukan zaman kanak2 kalau kanak2 di panggil “MEGROYEH“ sakit perut cacing kerawit, saya pun tak tahu ‘ KEJADAH’ apa yang menjadikan ‘ DEMAN KURA’ begitu popular masa itu. Mak-Ayoh “KABO“ @kata kerana terlalu banyak makan asam mempelam atau makan buah ‘KUNDANG “ muda, kalau tidak pun “MELANTAK” buah ‘ MACANG’ @ “BACANG“ dengan “KELUBI “
    “ MA’SANG “@masam “BE’DAUNG. Penyakit “DEMAN KURA“ memang sejenis penyakit pelek yang tidak terdapat dalam bahasa perubatan, doctor jadi pening, mana ada istilah “ DEMAN KURA “ kalau kura-kura mungkin dia faham, ini “ DEMAN KURA “ ?? “ TURTLE FEVER “ mana ada ?? pelek betul ??? munking orang “ CHERUK “ Lepeh macam saya saja yang tahu...??

    Pekara “MERABAN” kedua berbunyi “ TEKELEHONG “ tak tau lah saya Pak Hashim faham ke tidak ? bunyinya hebat.. Saya rasa Pak Hashim sendiri jarang menyebut pekataan itu kecuali dalam keadaan terdesak itu pun kalau ada cuma suku sakat yang pandai mengunakan bahasa itu.!..betul tak Pak Hashim..? saya pernah bertanya dengan Datuk SHAHNON AHMAD sebab dalam buku kedua beliau bertajuk “ RANJAU SEPANJANG JALAN “ ada menyebut perkataan “ TERKEHIL “ namun jawapannya agak umum, bukan logat Kedah katanya, wah..aku berkata dalam hati orang “ Lepeh “ memang hebat sebab “ TEKELEHONG ” lebih menjurus kepada “ MELOPONG “ walau pun maana tak berapa kena tapi “ SIPI-SIPI “ ada lah… terserah pada Pak Hashim mungkin ada jawapannya yang lebih hebat dan tepat…

    Sekali lagi terima kasih saya pada Pak Hashim sbb sudi memberikan alamat email ..macam mana pun My familys Blog sedang di perbaiki..bila siap saya akan akses kan…mana tau mungkin kenal…


    Jumpa lagi…Wa’salam

    ReplyDelete
  5. Saya pun nak balik ke Tempoyang juga minggu ni. rumah mertua. Heheh...

    ReplyDelete
  6. AMMOSHAM,salam...

    Tok Mat (ayoh mong)dah ajak.Hari yg sama adik perempuan Otam (Lipis hardcore)anak sdr gua kahwin juga di Berchang. Tengoklah klu ada rezeki pakcik akan sampai ok...

    ReplyDelete
  7. Ida, salam

    Begitulah pngah ni.Hari semalam 27 sampai 29 Mei, Etek balik KLumpur submit dia punye paper, sinopsis drama 20 episode , p'ngah bolehlah menulis ni. Hujung minggu ni Darwis pula balik. Campur cucu ( sebab anak sdr.p,ngah - anak adik nok bekwoh hari ahad) boleh jadi semua anak anak p,ngah balik. Sendatlah rumah dan riuh rendah segalanya.

    Bagi p,ngah itu satu huburan...

    ReplyDelete
  8. gunx, salam...
    Nak balil ke Tempoyang! Tempoyasng belah mana? Carilah saya di Tempoyang - Tmn Permai fasa 1 No.34 atau Telephone o19-9790158

    ReplyDelete
  9. endiem, salam...

    Insya Allah. Cari cari dan curi curi masa. Berampas anok beranok, ha ha ha...

    ReplyDelete
  10. dekat Kg Charok Serdang.
    nama mertua saya. Ibrahim , orang panggil Pak Hitam. dulu keje Hospital Lipis bawa van. skang dah pencen tapi masih aktif berpancaragam bersama rakan2 lama dia. Kerap menjual keropok di sekitar pekan sehari sekitar Lipis.

    ReplyDelete
  11. Salam Pakcik. Anak orang pun, dalam darah mereka ada darah pakcik. Tu pasal ada rasa sayang.

    ReplyDelete