Followers

Saturday, June 13, 2009

Sepanjang hayat 83 - Lepak.

Lepak, borak dan meraban adalah satu rumpun yang membawa makna nagatif. Ianya adalah amalan amalan yg tidak memberi menfaat, lebih banyak kepada membuang masa, berborak mengenai hal hal yang tidak penting dan tidak hairan kalau ia boleh pula menjangkau kepada gossip dan mengumpat.

Kalau berborak dan meraban tak sah kalau tidak melepak. Lepak memerlukan borak dan raban, baru kena gaya, baru kaw, kata orang.

Namun, sekiranya lepak ini diadakan ditempat tempat yang khusus, seperti adakan kelab, persatuan atau wakaf wakaf, adakah mahu diorang ni kesitu? Misalnya, jom kita melepak, jom kita berborak dan jom kita meraban, maka secara automatik kita akan ke kelab lepak, rumah lepak atau wakaf wakaf lepak. Sekiranya hal ini boleh menjadi kenyataan, saya rasa tidak hairan disuatu masa nanti Lepak akan jadi sebuah institusi. Institusi lepak namanya, ha ha ha...berbaloi bukan?...

Bangsa bangsa yg sudah maju perkara seperti lepak, borak dan raban ini juga turut maju, ikut masa dan mereka sudah ada klas.

Walau apa apapun, Pelepak, Pemborak dan Pemeraban kita pada saya tak ubah seperti kucing. Kucing berilah makanan sebaik manapun dan hidangkan diatas pinggan emas sekalipun, kucing tetap tarik makanan itu keluar ke atas lantai.

Jom kita melapak!!!

14 comments:

  1. salam pakcik,
    iktikaf dalam masjid tu boleh tak kita samakan dengan melepak.

    lepak masjid jom...

    ReplyDelete
  2. Salam dari saya...no comment,

    semoga Pak Hashim senantiasa dalam sihat sejestra, jumpa lagi..

    ReplyDelete
  3. Salam PakNgah,
    masa belajar dulu , saya biasa juga melepak sambil makan ais krim bersama rakan2. Nak masuk restoren makanan segera , macam tak berbaloi pula bayar caj perkhidmatannya.
    Petang2 pun melepak juga, selepas makan malam dalan jam 6... sebelum magrib , kerja saya tiap2 hari melepak juga. Nak hadamkan makanan sebelum mandi hahaha.. Semua orang ada agenda masing2 untuk melepak, melihat gelagat manusia yang pelbagai pun boleh menginsafkan diri.

    betullah kata Pakngah , golongan pelepak ini sudah maju...
    sebab walaupun kerajaan negeri contohnya negeri Kelantan dan Kedah sudah lama menyediakan wakaf2 untuk melepak... tapi sambutanya tidak mengalakkan...sebab remaja sekarang sudah mampu masuk ke restoran yg berhawa dingin sambil makan2 daripada melepak di luar sana.

    tentang kucing tu... ada betulnya hahaha...

    ReplyDelete
  4. Salam.. Pak Hashim.
    Lepak bukan setakat di wakaf, kelab dan bas stand tapi kat shopping komplek pun ramai anak muda lepak.. Tapi kalau kat Kuantan tu orang2 besar dan pemimpin2 lepak kat kopitiam..

    ReplyDelete
  5. kat kerayong ni kome selalu lepak di kedai makan..tp skrg dah kurang aktvt tu pak ngoh,banyok melepak kat umoh pulok..bole ke gitu pak ngoh nye?melepak ngan anak bini...

    ReplyDelete
  6. pak cik hashim,

    saya tunggu buku pak cik hashim. moga-moga berjaya. penulis kalau tak ada buku, macam satu cerita sedih pula rasanya. berusaha!

    ReplyDelete
  7. AMMOSHAM, SALAM,...

    Iftikah adalah iftikah - kita beramal.

    Jom lepak masjid. Lepak dianjung atau kakilima, sambil borak borak hal macam macam termasuk agama.
    Ada gok faedahnya...

    ReplyDelete
  8. Ida, salam...

    Setiap masa berehat tu bolehlah kita katakan melepak. Melepak lepas makan utk seruhkan makanan biar compact. Berhenti lelah macam lepak juga. Omputih kata leisure time, tidak ada agenda tertentu.

    Tadi, pakngah baru balik lepak kat bas stand, ada orang kata, bags juga lepak dan borak. Kekadang terjumpa kawan lama boleh tanya khabar, boleh tumpang kirim salam ke member lain . Untuk satu detik yg berguna, lepak dan borak ada faedahnya. Jangan sampai meraban...

    ReplyDelete
  9. endiem, salam...

    Lepak kat shopping komplek yang harunya. Buat menyebok je. Org besar lepak kat kopitiam kenalah juznya. Deme duit banyak, lagipun siapa nak marah

    Lepak kat wakaf free of charge tapi ada pulok yg bawa daun terup, lagi haru...

    ReplyDelete
  10. Koi (9m2mzr), salam...

    Orang melepak mana mana aje. Klu di kedai takut tokeh bengang. Minum segelas teh tarik duduk berjam jam, aduh!.. Klu dirumah bukan lepak nama
    nya, itu dah jadi bekurung pulok.

    Lepok kat rumah tak sedap, tak kena kaki....haha ha.

    ReplyDelete
  11. rahimin, salam...

    Nanti org kata pcik ni dengki kat Pipi ha ha ha...
    Biorkan le...

    Skrg ni dah ada 100 lebih muka. Agaknya sesebulan lagi siaplah. Terima kasih atas dorongan...

    ReplyDelete
  12. saya pun suka melepak.
    makan+minum di kedai mamak sampai pening!
    :)

    ReplyDelete