Followers

Wednesday, June 24, 2009

Sepanjang hayat 86 - Hijrah.

Saya sedang menulis sebuah cerita kalau boleh saya nak jadikan buku berjodol Hijrah. Cerita ini adalah berasas kepada penghijrahan manusia dari satu tempat ke satu tempat. Membelek belek semula koleksi lama, saya terjumpa sebuah buku salasilah (family tree) peninggalan orangtua saya. Dalam salahsilah tersebut terjumpa nama saya,ayah saya, aki, nenek dan moyang moyang saya seterusnya datuk nenek mereka yang berasal dari keturunan Tok Baginda Demu. Salasilah ini menarik perhatian saya lalu saya 'adapt' untuk dijadikan sebuah cerita.

Bertitik tolak dari sini, penghijrahan telah berlaku dari sejak dahulu lagi hingga sampai ke hari ini. Pada hemat saya adalah perlu bagi seseorang mengetahui akan susur galur, salahsilah atau keturunannya, sekurang-kurangnya ketahap datuk empat moyang lapan
(telah saya ceritakan dlm entri terdahulu). Kebanyakan penghijrahan orang ke Malaya datangnya dari Tanah Seberang (Kepulauan melayu) seperti Minang, Rao, Acheh, Jawa, Bugis. Sedikit sangat cerita yang datang dari Utara seperti Thailand, Kembayat, Yunan dll.

Hari ini penghijrahan lebih mirip kepada migrasi, terutama dari Indonesia, China, India dll. Hijrah atau migrasi hari ini kebanyakan berpunca dari mencari rezeki, memulakan hidup baharu, lari kerana diusir, telah melakukan kesalahan, buangan politik dan berbagai sebab lagi yang kita tidak usul periksa.

Anak anak muda kita banyak yang berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki, mengubah cari hidup. Ada yang lari kerana telah melaku sesuatu yang tidak baik di kampung dan tidak sedikit kerana putus cinta. Bagi orang Indonesia yang sudah berpuluh tahun datang ke Malaysia hidup dengan berkerja keras di ladang ladang, buruh bangunan dll. tanpa memikirkan langsung kesahteraan hidup sempurna. Tidak dinafikan banyak yang menabung dan menghantar wang balik ke kampung. Tetapi dari segi lain, dari segi spiritualnya saya rasa ada sesuatu yang mereka sembunyikan.

Dalam cerita saya yang saya jodolkan 'Hijrah Tok Mat Amin' heronya ialah Tok Mat Amin sendiri. Mesej Tok Mat Amin ialah pertama, memanjangkan maksud hijrah yang dilakukan Tok Nenek Moyangnya. Kedua seorang yang bergelar hero atau 'gedebe' tidak boleh ada dua atau tiga setempat melainkan ia kena mencari lapang yang baru, ketiganya ialah untuk mengembangkan budaya, adat resam dan agama. Kempat untuk mencari rezeki atau kekayaan. Kelima untuk mengembangkan zuriat.

Sementara itu orang hijrah ( orang lari ) dizaman Baginda Demu kebanyakan menukar nama sebenarnya kepada nama lain apabila sampai ke tempat-tempat yang baru. Oleh hal yang demikian adalah sukar untuk mengenal identiti, asal dan keturunan mereka. Selebihnya orang orang kita tidak mahu mengambil berat mengenai asal keturunan kita. Akibatnya kita buta sejarah.

Tok Mat Amin ialah moyang saya dan beliau mungkin lebih daripada 'gamit' kepada Tok Baginda Demu.

7 comments:

  1. salam pakcik,

    memang patut buat buku tu. supaya generasi seterusnya tahu asal usul. boleh berbangga dengan keturunan sendiri.

    ReplyDelete
  2. salam pakcik,

    saya pun dah tak tahu. aki belah mak orang pintu padang. wan belah mak orang relong. belah arwah ayah belah2 lubuk kulit lipis tu la. mak kata keturunan rao hehehe. entahlah. tapi pakcik tulis je la. ada manfaatnya nanti.

    ReplyDelete
  3. Salam Pakngah,
    elok benar Pakngah keluarkan Hijrah sekarang , Kacip dah nak habis tu , jadi PiPi tak akan tertekan untuk bersaing dengan Pakngah hahaha...

    ok, sudah semestinya saya nak tempah Hijrah itu satu.

    Terima kasih di atas usaha pakngah mencari asal usul saya sebelum ini...

    ReplyDelete
  4. VchentaMaya, salam,
    Terima kasih, mudah-mudahan...



    Bobo, salam...



    rahimin, salam...

    Saya kata orang Minang, Arisel BA kata orang Rao
    Jadi belum mutamad.Mengikut cerita 'Hijrah':

    Tok Mansor Orang Bugis membuka kampung di Pasir Purun dekat Sengkela (Semgkela masih dlm Mk Sega tetapi bersempadan dengan Mk Semantan Ulu).

    Tok Kaya Ibrahim diandaikan sebagai Tun Ibrahim keturunan Hang Semaon menduduki Kg.Sega.

    Tok Demu datang dari Perak dipercayai orang Minang membuka Lubuk Yong dekat Batu Kurap K.Lipis. Anak cucunya berpindaj ke Kg.Pagar Penjom. Seorang dpd. cuit gamitnya Tok Mat Amin membuka Kg.Bukt Tersang. Tiga keturunan ini menjadikan orang Mukim Sega.

    ReplyDelete
  5. Ida,salam...

    Memang pngah sedang buat tetapi tak taulah boleh jadi ke tidak. Pngah banyak ketinggalan dari segi bahasa, membuat ayat tetapi boleh bercerita. Dan tak taulah sampai kemana cerita itu nanti. Kita tengoklah sekiranya siap. Ok...

    ReplyDelete
  6. Atan
    Saya rase saya ade juga bahan bahan jika di kehendaki sebab salasilah yg di saling oleh Long Yen (hj.Abd Rahim Zakaria ) tu ade pade saya. Boleh kongsi. Mungkin juge boleh pegi jengok2 ke Istana Kuning, KK tempat asal Tok Baginda Demu yg diriwayatkan itu. Tapi cube kita cari keturunan yg dalam lingkungan 120 tahun kebelakang tahun 2010 ini sahaje sbab sblum itu kita boleh meragui kebenaran nya...Bruce Li Ibrahim (fb and ari25021941@yahoo.com)....Terima Kasihlah weh.

    ReplyDelete