Followers

Sunday, September 27, 2009

Sepanjang hayat 102 - Berhari Raya dengan anak cucu

Pakngah dan Makngah.
bersama dengan sebagagian anak cucu
Anak-anak dengan saudara sepupu mereka

Pipi dengan sepupu sebelah ibunya
Mandi-mandi di hari raya
Budak kembar ni kesejukan.


Gambar-gambar di atas adalah sebahagian daripada suasana beraya yang dapat dirakamkan.

Semua anak, menantu dan cucu sejumlah 30 orang termasuk saya dan isteri (makcik mereka), telah berhari raya bersama di rumah saya. Riuh rendah dengan sorak sorai disulami pula bunyi mercun, jeritan bermain bunga api dan tak kurang pula dengan suara tangisan, terpekik terlolong, berkelahi, merenget dengan pelbagai kerenah, menjadikan suasana hari raya kali ini amat meriah.

Diantara cucu-cucu yang ramai itu Muhammad Harriz dan Muhammad Harraz kembar seiras itu telah berjaya menambat hati semua orang kerana keletahnya yang nakal, buas dan ganas. Aduh! Atuknya tak terkata apa, ha ha ha....

Tambah lagi dengan kunjungan 7 orang adik beradik yang masing-masing membawa anak cucu menjadikan hari raya meningkat ke tahap kemeriahan paling tinggi. Tak ambil kira sahabat handai atau tamu lain yang perlu diraikan,padan dengan anak cucu, adik beradik dan anak-anak saudara dan cucu-cucu saudara sahaja.

Terima kasih kepada Teman blogger Sdr. Enam degrees dan isteri kerana sudi singgah berhari raya ke rumah saya.

Syawal masih panjang, teman-teman blogger kalau sampai ke Lipis jemputlah ke teratap saya. Serdak kueh dan kerepek masih ada. Kueh-kueh dipenghujung ni semakin sedap rasanya.

Selamat hari raya, maaf zahir batin.

31 comments:

  1. merioh btul beraye di lepih..

    selamat hari raye maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  2. pakcik, selamat hari raya dan maaf zahir batin. maaf tak datang ke rumah. tahun ni beraya di kota bharu. tapi sempat jugak jumpa pp, dd, zaiba, semua kat kuantan main futsal pada malam zairi kahwin.

    all the best dengan kehidupan ini. viva@!

    ReplyDelete
  3. Salam , Pak Hashim..
    ramai weh anak cucu balik beraya kat lepih..Ada juga godong2 lama koi di tempoyang.. mcm Pak we derih, pak cik usop bas sekolah.. tapi entah ada lagi ke tidak.

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Hashim

    Terima kasih layan saya sekeluarga, mee kari tu mmg terbaik!

    ReplyDelete
  5. salam pak hashim,

    lama weh cutinya..
    selamat hari raya, maaf zahir batin

    ReplyDelete
  6. Salam Aidil Fitri buat Pak Cik sekeluarga.

    Semoga Syawal ini membawa kemenangan dan kegembiraan.

    Amin!

    ReplyDelete
  7. Waahh..Pak Hashim nampak muda lah..tahniah Pak Hashim, mudah2an akan terus muda dan ceria selalu..

    ReplyDelete
  8. Salam PakNgah,
    wah hari raya kat sana buleh bermandi
    manda ?patutlah anak cucu tak sabar nak balik kampung,
    lepas makan kenyang, badan dah mula rasa panas dan mengantuk , memang sedap la terjun sungai...
    hahahaaaa...
    err saya juga menyokong kenyataan Mdsuak di atas, pakngah nampak muda dan ceria kikikiiii...

    jom sambung puasa enam :)

    ReplyDelete
  9. salam pakcik,

    weih, meriahnye raye... syok gile ade family yg besar. hahahaha. pakcik, ape rahsia nampak muda? hehehehe

    ReplyDelete
  10. Mazru, salam,

    Selamat, selamat hariraya Idilfitri
    datang lagi dan lagi setahun sekali,
    mudah-mudahan dapat kita rayakan lagi...

    ReplyDelete
  11. AMMOSHAM, salam,

    Pelik betul, malam Zairi kahwin tu awok orang boleh main futsal. Masa kenduri tu tak nampakpun. Apa terus kelik Ganu ko? saing deme kahwin kat Basrah tu dok gi ko?

    ReplyDelete
  12. endiem, salam...

    Barangkali endiem dah lama tak datang ke Lepih.
    Pakwe Derih (ayah I.O Kamaluddin) dah lama meninggal. Demikian Pak Usop bas. Sekarang diganti anaknya Azmi bas.

    Sering-seringlah jenguk kami di Lepih nih...

    ReplyDelete
  13. enamdegrees, salam...

    Sekadar mee kari je...air rabena tak ada, ha ha ha...

    ReplyDelete
  14. aku, salam...

    Selamat, selamat berhari raya. Rajin-rajinlah singgah yek...

    ReplyDelete
  15. abdultalib, salam...

    Semoga syawal ini membawa kemenangan dan kegembiraan yang tak terhingga.

    Saya menang dek besarnya keluarga
    dan kalah dek cucu-cucu yang manja...

    ReplyDelete
  16. ubi, salam...

    Pose nam belum bermula. Kalaulah tak belaga dgn rumah terbuka, Insya Allah melemang saya, ha ha ha...

    ReplyDelete
  17. relevan, salam...

    Memang meriah. Sesungguhnya sampai tak terkata apa, ha ha ha...

    ReplyDelete
  18. mdsuak, salam...

    Terima kasih mdsuak,
    nampak kat luar aje muda,
    kat dalam entah berkarat entah apa,
    ha ha ha terima kasih...

    ReplyDelete
  19. Ida, salam...

    Macam-macam gaya bila dah ramai tu Ida. Banyak kepala, banyak ragamnya. Mmg lah agaknya kepanasan belaka lalu pegi mandi manda.Pakngah tak kosa, malas ikut ragam mereka, padan di rumah aje.

    Jangan terikut cakap mdsuak tu, nanti sempena mulut, melalut pakngah nanti baru dia...

    ReplyDelete
  20. bobo, salam...

    Hah, kamu tengok depan mata macam mana pakcik punya besarnya keluarga. Kalau gitu, cepat-cepat kawinnnnnnnn...

    Rahsia nak jadi muda, senang aje,
    lupakan segala duka nestapa,
    senyum bior sampai ketelinga,
    berzikir jangan leka,
    ha ha ha....

    ReplyDelete
  21. salam,
    memang meriah...nampak muka pakcik pon ceria je!!!tapi pasni ...mengadap muka makngah balik semula....terngiang2 suara bebudok menangis,bercuit capik,bertaki...ketawa ....sunyi balik.....!!!

    ReplyDelete
  22. hai, salam...

    Meriahnya sekejap aje
    habis raya habis segala,
    le ni dah tinggal berdua,
    bercuit capik bertaki dan gelak ketawa
    cucu kita anak-anak deme,
    habis dipunggahnya belaka,
    begitulah kalau dah tua,
    raya haji pulaklah, kalaupun ada,
    he he he...

    ReplyDelete
  23. salam pak ngah,

    aidilfitri setahun sekali,
    diraikan dengan gembira tak terperi,
    salah dan silap harap dimaafi,
    supaya tidak lupa diri.

    gembira sungguh di hari raya,
    sanak saudara berkumpul bersama,
    gelak ketawa pengubat lara,
    namun jangan dilupa pada yang tiada.

    ReplyDelete
  24. Salam Fadh,

    Idilfitri setahun sekali
    setelah sebulan berpuasa,
    salam bermaafan pegganti diri,
    menemui Fadh yang istimewa.

    Gembira sungguh dihari raya,
    bersama anak cucu dan saudara mara,
    jadikan Idilfitri penyambung suasana,
    silaturrahim kita tambah perkasa.

    Yang pergi tetap pergi,
    iringi mereka restu dan doa,
    dengan airmata sejernih idilfitri,
    lupa jangan Qulhu dan Alfatihah.

    ReplyDelete
  25. Sallam satu lepih En Hashim, ramai anok cucu En Hashim yerk...

    ReplyDelete
  26. Pakcik, tak terlambat ye nak ucap selamat hari raya untuk pakcik sekeluarga. Puasa 6 dah mula?

    ReplyDelete
  27. Salam PakNgah...
    errr...er.. saya dah buka blog baru,

    http://seiringdansejalan.blogspot.com/

    ada masalah keselamatan sket heheheee...

    ReplyDelete
  28. dah selesai segala bole lah kita berjupa pekena teh secawan dua...ha..ha

    ReplyDelete
  29. LIPISLADY salam,...

    Terima kasih kerana kerana singgah dilaman,saya.
    Bak anak cucu, kurrr semangat, ha ha ha...

    ReplyDelete