Followers

Monday, October 19, 2009

Sepanjang hayat 103 - Di Kuala Lumpur.

Salam bahagia, salam hormat semua sobat-sobat, kawan-kawan, adik-adik dan anak-anak sekalian.

Sudah lebih tiga minggu saya tidak menyentuh komputer. Bukan kerana saya malas, fed-up, tak sihat atau sebab-sebab lain. Alhamdulillah saya masih sihat dan segar bogar. Yang tak sihatr,malas dan letih barangkali ialah komputer saya.

Saya berada di K.Lumpur sejak 17 Okt.yg lalu. Esok 20 Okt. saya akan ke Shah Alam meraiikan anak kedua akhir ( No. 9 ) berkomvo di UITM si Irdawati adiknya si Pipi. Lepas tu baliklah ke KL ( Lepih ) semula.

Malam pertama di KL saya menginap dirumah anak No.4 Hasbullah ayah kepada Hariz & Haraz kembar seiras itu. Malam kedua di rumah Kak Long mereka di Kinrara dan malam ketiga di rumah Kak De mereka pulak di Damansara. Hari kelmarin 18 Okt. meninjau rumah si bujang anak saya yg ke 7. Masya Allah bujang yang serumah dengan Otam, Razip dan Fadli itu bernama Ariful Fadhillah, macam kapal karam. Selepas berucap tak sampai lima minit saya keluar tak tahan melihat keadaan mereka. Teruk bebenor. Si Firdaus Abdillah tinggal berasingan demikian dengan abang mereka si Zafrullah yang berkerja sebagai Handyman kepada abang iparnya di Old Town Enterprise. Tak kuasa saaya nak pergi.

Kali ini di KL adalah diantara masa paling lama di sana, barangkali kerana menginap berlainan rumah. Aduh! kalu dah berumur ni memang tak sehati serasa meninggalkan rumah sendiri sekalipun bertandang ke rumah anak cucu sendiri. Aokme esok bila dah beranak cucu atau orangtua aokme le ni tentu tak ubah macam saya Kalau ke rumah anak cucu pastinya tiga malam dah terasa miang nak balik. Ha ha ha...

Esok 20 Okt. lepas konvo si Etek, ( sesi dia pagi ) saya nak balik juga. Rimas duk kat KL ni. Panas miang rasanya.

Kita jumpa di Lipislah, rumah sendiri, laman sendiri dan gelangvgang sendiri.

16 comments:

  1. Salam Pakngah,
    tahniah di atas kejayaan si Etek itu , bongsu perempuan dah abes belajar, hati pun dah terasa ringan dan berbunga - bunga kan ?

    eh tak tunggu sehingga Maskara Shorties ke ?
    bila lagi nak tengok anak Pakngah berlakon ?
    apa ? hari - hari sipipi berlakon ?
    saya pun syak macam tu jugak...........
    kikikiiiii....

    ReplyDelete
  2. apa kelas KL besar. KL kecil lagi seronok kan.


    *KL kecil=lepih

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Hashim..semoga selamat pergi dan balik..

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Hashim!

    Tahniah! Atas kejayaan anak pakcik..

    Kalo pakcik 3 hari dah miang2 satu badan...

    Yang dah bertahun2 kat KL ni..ibarat dah berkurap satu badan...

    Selamat Pulang!

    ReplyDelete
  5. salam pakcik,

    sempat jugak pakcik bagi ucapan dalam 5 minit kat rumah bujang anak pakcik tu eh. hahaha.

    duduk kl memang miang pakcik. banyak sangat kuman, bakteria, parasit segala bagai. kampung jugak yang aman.

    Lipis dengar cerita asik hujan aje. Siap-siap perahu pakcik. Itu musim sudah mari....

    ReplyDelete
  6. oh kuala lumpur, oh kuala lipis, oh aur oh tebing

    ReplyDelete
  7. ben, salam,

    kelas kelas KL besar, bandar orang. Bandar kita KL juga tetapi lebih hendy, kita boleh pusing kemana-mana ikut suka hati, ha ha ha

    Esok atau lusa kita pasti minum bersama, ha ha ha

    ReplyDelete
  8. relevan, salam,

    Mudah-mudahan selamat

    ReplyDelete
  9. abdultalib, salam...

    Agaknya itulah orang kata, alah bisa kerana biasa.
    Pakcik ni tak biasa dan malas ndak membiasakan. K Lumpur untuk orang-orang muda, ha ha ha...

    ReplyDelete
  10. bobo, salam,...

    Tak sampai 5 minit dengan ucapan yang ringkas, padat dan pedas, ha ha ha...padan muka...

    Aduh! tak tahan pakcik duk KL.

    Biarlah Lepih banjir, Pahang banjir. Biarlah hujannya besor-besor penumbuk sekalipun sedap duk Lepih juga... ha ha ha...

    ReplyDelete
  11. Huzaiba, salam pakngah...

    Kuala Lumpur Kuala Lipis,
    bagai aur dengan tebing,
    biar luntur biar kalis,
    yg lain pakngah tetap geleng.

    bagai rokok dan candu.
    ketagihnya dah sebau,
    ha ha ha.

    ReplyDelete
  12. terra, salam pakngah,
    Si Etek, rezekinya baru kat situ. Tak tau lah pakngah, kalau-kalau dia boleh mengolah hidupnya selari dengan usahanya selama ini. Jangan tak menentu macam Pipi yang dah menjadi seniman jalanan. Sampai kemana jalan yang bisa dan bakal diukurnya yang akan dilaluinya dan kemana setesen tempat singgahnya nanti...Jangan jadi jalangan sehingga hidupnya hilang pedoman, tak terlerai dan tak terlarang...

    ReplyDelete
  13. Kuala Lumpur Kuala Lipis,
    Bagai aur dengan tebing,
    sebuah rentetan yang tidak akan habis,
    mana lagi maukan berpaling...

    ReplyDelete
  14. salam pak ngah,

    kita nie org kampung, mana betah dok lama2 kat kolumpo...kita dah biase dengor kokok ayam tiap subuh mana betah dengor deruman enjin...

    ReplyDelete
  15. seronok berjalan ke KL tu. tok mat KLCC dok pergi lagi tu...

    ReplyDelete
  16. haha..

    cool nya ayah si Pipy nih!

    ^_^


    *org kg....dok kg..cium udara kg...doh sebati dohh..

    ReplyDelete