Followers

Sunday, October 25, 2009

Sepanjang hayat - 104 - Ambil Upah

Saya sekarang mengambil upah menulis surat-surat orang. Surat mintak hutang ke, tangguh hutang ke, rungutan kerana air tak sampai walaupun paip sudah pasang, api tiba-tiba padam dan apa-apa sajalah. Kalau ada orang suruh buat surat mintak cerai, tuntut nafkah dan rayuan dan mengadu pada Tok Kadhi pun boleh. Ada yang mintak selesaikan masalah longkangnya tersumbat, lalang tak bertebas, saya boleh tolong panjangkan kepada pihak berkuasa tempatan. Dan kalau ada yang minta tolong tuliskan surat cinta yang ramantik, berbunga-bunga dengan khayalannya sekali sama ada panjang atau pendek, saya setuju juga. Cuma kemana nak buang anak, nak letak di masjid surau ke atau kat tong sampah dan tinggalkan surat wasiat, hah! yang itu saya tak sanggup.

Sebarang petisen mengenai Pejabat Kerajaan, YB Wakil Rakyat dan sebagainya, lagi sedap saya tulis. Mesti laju punya.

Kalau nak isi borang pun, saya ada typewritter roller panjang. Besar mana borang pun boleh masuk, pasti.

Silalah datang ke No. 2A Alamanda 27200 Kuala Lipis dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari. No office after 2.00 pm.

Upahnya tak mahal. Saya tak minta banyak. Saya bukan nak banyak sangat kira-kira cukup untuk belanja harian saya seperti berikut:

Rokok paul mall sekotak saiz 14 batang = RM 5.80
teh tarik dan roti canai sekeping = RM 2.00
petrol Rm 10.00 untuk setiap 2 hari = RM 5.00
luar jangka (belaja kawan-kawan - bukan hari-hari ) = Rm 7.00

Itu saja, ha ha ha....

22 comments:

  1. salam pakcik,

    bisnes baik ni pakcik. buat bawah pokok atau dekat-dekat kedai kopi lagi molek rasanya. hahaha.

    ReplyDelete
  2. salam pakcik,
    bisnes yang sudah jarang kelihatan dikala ini tetapi mendatangkan hasil yang berbaloi sebenarnya. Pakcik ada bakat menulis, memang sesuai sangat la..

    ReplyDelete
  3. salam pakcik,
    jadi pesuruh jaya sumpah sekali pak cik! hehe

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Bagus benarlah bisnes pak hashim tu, tak payah guna kederat, tak payah pening kepala pikir pasal pelanggan, pasal hutang piutang dan sebagainya. masuk zohor tutup kedai.

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Hashim...

    Dua tiga hari ni saya asyik terjumpa blog orang-orang Pahang. Leka saya di buatnya. Saya kagum dengan kegigihan Pak Hashim berblog. Saya dah lama berblog..adalah hampir 6 tahun. Dah lama berblog, dah macam tak tahu apa lagi nak diblogkan. Tapi, bila baca blog Pak Hashim, saya jadi macam teruja pulak.
    Insyaallah, dengan berblog, hidup kita akan sentiasa dikelilingan dengan rakan taulan walau pun secara maya sahaja.

    Berkaitan dengan tugas Pak Hashim sekarang, wah! begitu santai sekali. Elok sangatlah tu. Orang pencen tak perlu gaduh-gaduh nak kejar duit sana sini...pencen kan ke ada, tak masuk lagi yang diberi anak-anak...lumayan jugak kan? Kerja yang Pak Hashim buat tu, selalu masuk rezeki sesikit, dapat pula kawan-kawan dan masa tidak berlalu sia-sia.

    Salam sejahtera. :-)

    ReplyDelete
  6. Boleh buat untung ni Pak Hashim.. :)

    ReplyDelete
  7. salam pak ngah,

    baik jadi YB jer terus he he he

    ReplyDelete
  8. Salam Pakngah,
    cukup ke upahnya tu ?
    sekali saya ke rumah pakngah , silap haribulan nak kena hidang ikan patin masak tempoyak dan sambal hitam. Oh ! Tidak lupa juga ulam kampung dan siput sedut masak lemak.

    hahahaa...amacam ? orang kata tak balik modal hahaaha...

    ReplyDelete
  9. Bobo, salam...

    Kalau cara yg ni tak jalan juga, pakcik buat mobile keliling bandar dan kampung, ha ha ha...

    ReplyDelete
  10. Prodigy, salam...

    "Bisnes yg kini jarang kelihatan tapi berbaloi" Syok bunyinya. Nak dapatkan lesen tak semudah diduga. Nak dapatkan pelanggan, buat poster berjela-jela. Hasilnya? aduh! kekadang tiga empat hari duduk saja. Sampai tertidur pun ada, ha ha ha...

    ReplyDelete
  11. rahimin, salam...

    Pakcik ni bukan apa, sekadar suka suka. Kalau 10 tahun dulu saya cuba, harum nama.

    Sekarang umur tua ni yg menyekat. Apa mintok semua tak dapat. Deme kata, aok dah tak larat...
    ha ha ha...

    ReplyDelete
  12. endiem salam,...

    9.00 pagi dah tercegat, 12 setengah kedai kena tutup rapat tapi 10 setengah minum teh sorang ke berkawan ke tetap kene. Apa susah, kira-kira tak berkunci. Buku a/c pun tak ada, ha ha ha... Hari Rabu pergi pasartani dah kena cuti separuh hari, kekadang sehari suntuk. Macam mana nak maju...ha ha ha

    ReplyDelete
  13. Auntie Yan, salam...

    Saya pun teruja dengan ajukan makcik tentang berblog ni. Akibat main-main, lama-lama jadi mainan. Ada kalanya leka, melalaikan...

    Megenai kerja santai (ambil upah buat surat) secara kebetulan belaka, bak kata main-main jadi sungguhan. Untuk buang masa, tapi makcik dirumah kata: buat kerja sia-sia. Dia keseorangan tu, maklumlah anak cucu jauh belaka. Itu fasal saya bisnes sekerat hari saja, ha ha ha...

    ReplyDelete
  14. relevan, salam...

    Rentak lagu melayu berbunyi: tak tak, tung tung tung, tidak untung. Sayu dan sedih je bunyinya.Tidak macam tempo cina, untung sepanjang. Orang Indiapun, kadang-kadang je untung, tahanlah sikit pada orang melayu.

    ReplyDelete
  15. Fadh, salam...

    Memang dah YB pun ( Yang Bersara )ha ha ha...

    ReplyDelete
  16. balqissy, salam...

    Idea baru?
    ntahlah, pakcik tak perasan...

    ReplyDelete
  17. balqissy, salam

    Idea baru?
    Ye ke, pakcik tak perasa...

    ReplyDelete
  18. Ida,

    Namapun ambil upah, ikutlah ikhsan orang berapa diaorang nak beri. Ikut orang yang mengupah. Macam rezeki rimau. Adakalanya banyak dan ada masanya langsung tak merasa...

    Bak ikan patin masak tempoyak, sambal hitam kecuali siput sedut (musim tengkujuh mana nak gagau) you're welcome my niece. Just say hello, everything will be alright, ok!

    ReplyDelete
  19. suatu masa jika kelapangan saya ingin ketemui pakcik.. nk menuntut ilmu hehe.. boleh kan pakcik..

    ReplyDelete
  20. Muhammad Faiz mahayudin, salam...

    Tuntutlah ilmu sampai ke liang lehad atau ke negeri China, atau India atau UK AS dan keseluruh dunia sekalipun, namun murid itulah cikgu sebenarnya. Guru sekadar penunjuk jalan...

    ReplyDelete
  21. bagus jika manfaatkan pengalaman yg ada...

    salam ponn ponnn....

    ReplyDelete