Followers

Sunday, November 1, 2009

Sepanjang hayat 105 - Apa kata pengupah...

Diantara yang datang minta tolong buatkan surat ialah seorang tokeh besar. Pengarah Urusan the Lipis Centrepoint hotel & Restaurant. Aduh! makan besarkah aku atau terlayankah aku dek orang ini!!!

Seorang peniaga, seorang orang bisnes atau taukehlah cakap mudahnya, dalam kepala hotaknya tiada lain, melainkan memikirkan soal untung semata-mata.

"En. Hashim, tolong betulkan surat saya ni, kasi buat cantik-cantik dan sekejap lagi saya mari"
"Ok" , saya ambil deraf dia, baca dan faham maksudnya. Dengan segera saya menghadap skrin dan terus mengetik.

Rupa-rupanya bisnes dia merosot apabila Majlis Daerah Lipis mengadakan saingan hebat dengan membuka sendiri bisnes yang sama di Rest House Bukit Residen, Rest House Tanjung Lipis, Guest House Bukit Bius, Lipis Velley Inn dan Pahang Club dan mengadakan sebuah Tourist Information Centre (TIC) di Pejabat lama MDL. Suratnya dialamatkan ke YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Untuk Perhatian Biro Pengaduan Awam meminta dasar Kerajaan Tempatan di semak semula dengan salinan kepada YAB Menteri Besar Pahang, Persatuan Perniagaan China, hotel dan restauran dan kawan-kawan chinanya yang berkaitan.

Sekali imbas MDL juga tidak patut, menutup rezeki orang lain. Dimanakah letaknya Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan?

"Ok,siap?"
"You baca"
"Good, how much?"
"My minimun is only RM 10."
"Alright, I pay you RM 20."

Saya tersenyum, Dua puluh ringgit Malaysia sudah cukup untuk saya punya satu hari belanja. Bagaimana dengan hari-hari yang tak berpengupah. Debit saya tak boleh cover credit. Ini macamkah berniaga? Nampaknya kalau dalam dua bulan lagi begini, bisnes ini akan saya tutup.

Lepas dua bulan ni, lu orang kalau mahu bikin surat , lu orang fikirlah sendiri....



18 comments:

  1. salam pak hashim,muge sehat-sehat hendaknye

    lama betui koi tak menulis surat..selalu baca surat kabor je.

    ReplyDelete
  2. salam pak hashim,
    jgn lupa buat iklan.saya tolong masukkan dlm paper pun ok...:)

    lepih ada empayar perniagaan terbaru....tak lama lagi mungkin mereka berniaga bengkel kereta, ada syarikat bas, ada emporium....perghh dasyat MDL!!

    *pantang ada tanah kosong, kedai akan dibina.lepas tu kutip sewa....pencapaian diuTAMAKan, rakyat didaHULUkan ahaha!

    ReplyDelete
  3. salam pak ngah,

    jgn cepat putus asa...mcmna melayu nak maju klau camne?

    ReplyDelete
  4. Pak hashim..
    bajet depesit takleh jadi..kena tambah produklah.. tulis surat, photostat, kertas kerja, macam macam lagi.

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Hashim..memang betul..Rakyat diULU kan..pencapaian di uTAMAKkan.. hehe..
    Kat pej imigresen ramai penulis surat petisyen ni..kat depan mahkamah Temerloh ada sorang duduk berpayong..adakala income lumayan adakala nak beli rokok sebatang pun tak boleh..

    ReplyDelete
  6. salam,
    seronok jugak selain dapat upah dapat kenal ramai orang....tak le sunyi sangat!!

    ReplyDelete
  7. Salam Pakngah,
    wah saya amat memerlukan kemahiran menulis surat rasmi ni, sehinggakan saya ada membeli buku tentang cara menulis surat dan laporan.
    Hah apakata pakngah tulis buku tentang Jenis - jenis surat menyurat dalam sektor awam/swasta. Ada jer orang macam saya sanggup beli heheheee orang nak buat rayuan pergi Haji awal pun mudah hahahaaa...

    tapi sebelum pakngah tutup kedai, apakata pakngah 'goreng' puisi atau pantun untuk dicetak dekat kad kawin . Buleh ?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Pak Hashim.... Saya nak cari satu orang yang bernama Encik Zul yang pernah menjadi pengurus felda di kechau. Sebelum itu dia kerja sebagai pengurus di felda keratong sebelas sehingga tahun 2000. Dia memang asal orang Pahang dan berkahwin dengan seorang wanita Kelantan (Rantau Panjang).Kalau dapat no telefon dia pun dah cukup sebab saya memang dah lama terputus hubungan dengan dia. harap dapat tolong.Ada apa-apa maklumat boleh call saya 0199376510 (Cikgu Mat )

    ReplyDelete
  9. Mazru, salam,

    Insya Allah, mudah-mudahan saya sihat. Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. ben, salam...

    Dia raja di Lipis ini, akan bermaharajelelalah dia. Orang lai peduli apa.

    Untung diutamakan, rakyat biarlah dikemudiankan. Barangkali sudah menjadi dasar Kerajaan Tempatan.

    ReplyDelete
  11. Fadh, salam...

    Kalau dah sampai air lior berlenja,
    nak makan benda tak ada.
    Tiadalah jalan lain lagi
    melainkan cabut lari,
    ha ha ha...

    ReplyDelete
  12. endiem, salam...

    budget defisit dah terjadi,
    modal nak gagau dimana lagi,
    tengoklah minggu depan,
    harap-harap kuda berlari kencang...

    ReplyDelete
  13. relevan, salam...

    "rakyat diulu-ulukan, pecapaian diabai-abaikan"

    Begitulah nasib penulis surat petisen. Macam rezeki harimau....

    ReplyDelete
  14. AMMOSHAM, Salam,...

    Ya, syok kerja tulis surat ni kalau ramai orang mengupah...

    ReplyDelete
  15. hai, salam...

    Dapat upah, dapat kenal orang, jadi banyaklah kawan. Duitnya tak segone. Sekali sekala nampak macam ayam bertelur - telurnya sebiji aje tapi riuhnya sekampung. Macam pak kaduk, menang sabung kampung tergadai. Akhirnya jadilah macam si luncai terjun dengan labunya. Itulah saya...

    ReplyDelete
  16. Ida, salam...

    Ala mudah aje. Kalau orang tak sekolah betulah susah, sebab itu diorang mengupah.

    Buku jenis ni banyak dalam B.Inggeris. Beli dan terjemah aje. Kalau tak boleh juga, buat entri (deraf) bior pakngah semak.

    Kamu cakap aje, bila nak kahwin, pakngah kasi percuma aje. Buat business malas. Takut berniaga buluh kasap.

    ReplyDelete
  17. Cikgu Mat, salam...

    Saya akan hubungi Cikgu melalui talipon nanti. Tunggulah ok!...

    ReplyDelete