Followers

Thursday, November 5, 2009

Sepanjang hayat 106 - KUALA LIPIS MUSIM TENGKUJUH

Gemerlap Kuala Lipis tidak lagi ceria seindah Februari, Mac,April,Mei,Jun,Julai, Ogos dan September, walaupun sesekali ada gerutu takkala temasya tanpa pawang mencemar bumi Orang Kaya.
Dengan iringan lagu petir,kilat dan guruh, sebentar lagi akan turunlah hujan musim tengkujuh, maka merintihlah segala kehidupan bergelar nyawa yang akan hilang semua.

Keluk-kelik air yang menyapa intim berkurun lamanya tidak lagi mesra,
acara tahunan adalah guruh, petir dan kilat sabung meyabung bersekali hujan tanpa kasihan belas, bagai naga kurang jamu, tanpa budi menghanyutkan segala.

Aku yang tanpa hulu ini telah sampai diperbatanganmu wahai Jelai, tempek si Lipis di kuala, mari kita bersatu,
Ya! aku yang kehilangan muara tetap bersamamu, sudah cukup sedia merentap apa saja, ranapkan apa juga demi kualaku.

Aduh! apakah itu dendam?
saban tahun telah berkurun Lipis dan Jelai merintis jalan, meluaskan perkhabaran, menuntut kebenaran yang hilang pedoman
satu tanpa hulu
satu lagi tanpa kuala

********

Sehingga berlalunya monsun
keadaan kembali reda, ratapan demi
nyawa dan hartabenda
sesyahdu airmata.

15 comments:

  1. Salam Pakngah,

    Rumah saya memang banjir setiap tahun, cuma apa yang saya doakan ianya tidak teruk sehingga semua bahagian rumah dinaiki air...
    biarlah ada ruang untuk kami baring dan betulkan urat pinggang yang mula terasa bila kena angkut banyak barang... macam ni la nasib kami yang sayangkan rumah peninggalan arwah ayah saya,
    kereta saya pula terpaksa bermalam jauh dari saya untuk keselamatannya....

    tapi disebalik itu, ada juga kedengaran doa - doa kecil terbit dari bibir anak sedara saya yang mengharapkan ada air bertakung , untuk mereka bermain air sekali setahun....
    dan biasanya doa mereka termakbul hahahaaaa.....

    ReplyDelete
  2. Lipis dan jelai bersatu,
    satu tanpa hulu,
    satu tanpa kuala ,
    membuat kome di hilir ni tak berapa jenera tidur.

    ReplyDelete
  3. Bila Lipis dan Jelai bersatu..Jerantut menanti membawa ke Temerloh..akan memenuhlah Pekan...

    ReplyDelete
  4. salam pakcik,

    selamat menyambut musim tengkujuh. utamakan keselamatan diri, keluarga dan harta benda. anda mampu mengubahnya.

    saya ingat nak balik kampung juga sekejap. tapi, dengar cerita sana dah start lain macam punya hujan malaslah pulak. hahaha

    ReplyDelete
  5. Salam pakcik,

    di selatan pun begitu juga..hutan dia bertalu2.. nak basuh kereta pun fikir 2 3 kali.. harap xbanjir macam beberapa tahun yang dulu..

    ReplyDelete
  6. salam pak ngah,

    antara lipis dan jelai,
    telah banyak nyawa terkulai,
    ditelan arus yang membadai.

    antara jelai dan lipis,
    ada harapan yang kian menipis,
    dalam rintik hujan yang tak tertepis.

    antara lipis dan jelai,
    kami di hilir menanti,
    tibanya gelombang membadai.

    antara jelai dan lipis,
    redha kami menadah doa,
    moga pejur kali ini,
    tiada airmata yang berjurai.

    FADHLUR RAHMAN
    Kg Kerayong,
    7 Nov 2009
    8.13 am

    ReplyDelete
  7. Ida,salam...

    Banjir adalah meriah di KB - jadi acara sukan air tahunan. Keluar beramai-ramai mengaruk air sambil singsing kain hingga menampakkan betis dan peha. Mungkin ada agenda tersembunyi, barangkali.

    Rumah ayah rumah kenangan,
    tidak akan dimakan zaman,
    zaman kemajuan zaman gemilang
    Namun ia bukan penghalang.

    Jadi pindah sajalah ke tanah tinggi, atas bukit misalnya. Ke kampung Bukit kan ada...

    ReplyDelete
  8. endiem salam,...

    Lipis dan Jelai bersatu
    satu tanpa hulu
    satu tanpa kuala
    sejarahnya dah begitu
    tiada siapa yg tahu
    Ahli Sejarah pening kepala.

    ReplyDelete
  9. relevan salam,...

    Air Tembeling tak kurang gila
    salamnya di sambut semantan
    akupun apa kurang, berkata Bera
    sama-sama kekuala menghadap sultan.

    ReplyDelete
  10. bobo salam,...

    Sudah sampai masa kita mengubahnya
    tetapi orang-orang kita masih leka,
    Jangan dikejar musibah, apa jadahnya
    Nanti malang merundung hilanglah segala.

    ReplyDelete
  11. Prodigy, salam...

    Kami di hulu ini sekadar berdoa dan berharap, semoga bencana alam tak melata. Mudah-mudahan tak ada hujan di selatan kali ni...

    ReplyDelete
  12. Fadh, salam...

    antara hiba dan tangis
    demi mu Jelai dan Lipis
    algojomu menjadi puitis.

    antara hiba dan tangis
    demi mu Jelai dan Lipis
    banjirmu amat kritis.

    Zalimkah engkau dimusim-misim begini duhai Jelai dan Lipis ku?
    Jika begini, redakanlah sedikit bengis mu itu,
    demi doa dan restu
    biar tiada lagi airmata dan tangis
    yang penuh sendu dan syahdu.

    ReplyDelete
  13. pak cik, jom la kita buat buku sajok banjir ni ramai2. handal2 belaka orang pahang ni bersajok rupanya haha

    ReplyDelete
  14. Alahai Rahimin, kah ni aok tau ajelah. Menyambung cakap orang pandai. Buat sendiri tak semenggah. Itulah kurangnya kah ni.

    Menari ikut gendang
    jangan sampai tak berpalu
    kalau orang bergebang
    juak-juak menumpang lalu.

    ha ha ha...

    ReplyDelete
  15. biasa bile air di hulu tu nak turun ade kawan dari lipis akan call koi menceritakan bahaya yg menanti di hilir ni,macam tahun 2007...muge tahun ni tak berulang lagi.

    ReplyDelete