Followers

Friday, November 13, 2009

Sepanjang hayat - 108 - HUJAN TADI, BUAT ESOK BANJIR LAGI.

Sekalipun teduh, hujan tidak turun lagi
bukan bererti bah sudah berhenti,
edah pejor luputnya belum diketahui
justeru itu, hati-hati.

Awas! kamu anak-anak yang berlari-lari,
hantu air sedang lapar dahaga bak jenggi
usah biarkan ayah bunda menjeruk duka,
Justeru itu, jaga-jaga.

Idiladha bakal datang kira-kira seminggu lagi
sambutlah setulus hati,
antara bah, mercun, bunga api dan rally
usah takwin lebaran, mencatat ngeri
jangan salahkan takdir @ diri sendiri
tuhan tidak peduli.

bait-bait gila ini,
salam untukmu saudara & saudari,
jangan tidak dimengerti
hujan tadi, buat esok banjir lagi.

23 comments:

  1. banyok perkataan keh tak paham weh...

    ReplyDelete
  2. PAK..Lama doh keh tak dengor perkataan pejor.. Dengor tadi siang ada orang eksiden di keledek? Siapakah gerangannya?

    ReplyDelete
  3. saya tambah kosa kata baru hari ni.
    terima kasih~

    ReplyDelete
  4. ramalan mengatakan Pahang akan dilanda banjir..kita tunggu dan lihat

    ReplyDelete
  5. betul sekali pak hashim,

    jangan lalai, jangan lupa,
    jangan malai, jangan lepa,

    sekali air bah,
    sekali gelabah,

    ReplyDelete
  6. salam pak ngah,

    masih boleh digunapakai lagi tak pepatah dulu yang mengatakan "mendung tak bereerti hujan"?

    ReplyDelete
  7. Kadang2 hujan panas kadang2 hujan sejuk..ada suara dilembah sana yang kian tengelam timbul tengelam timbul..begitulah skandal antara hujan dan panas..

    ReplyDelete
  8. lingkup rantai dek karat,
    pedas pengat dek cili,
    iduladha dah dekat,
    sematkan semangat korban dihati.

    ReplyDelete
  9. Mr.Jones,

    perkataan orang ulu
    bukan ada nahu
    tuturnya cepat dan laju
    bak arus melanggar batu

    kalau tak belajar tak tahu...he he...

    ReplyDelete
  10. Pengembara silam, salam...

    Pejor cakap orang kampung
    tengkujuh cakap orang bandar.

    Ada eksiden? bukan sebab banjir kok!!...

    ReplyDelete
  11. Green, salam...

    ha ha ha, simpanlah buat perbendaharaan.

    ReplyDelete
  12. Mazru,salam...

    begitulah saya dengar tadi
    cakap TV, hujan 4 hari
    rangkum semua negeri
    Lepis terkecuali...he he he

    ReplyDelete
  13. endiem, salam...

    lalai, lupa, malai, lepa
    memang bahasa ibunda
    dah jadi darah daging kita
    nak buat gone...

    banjir aje, gelabah.
    kekadang nak sukapun ada...

    ReplyDelete
  14. Fadah, salam...

    kalau mendung zaman dulu, hujan belum tentu turun, sebab pawang kita boleh alih.

    mendung zaman sekarang, lain
    kalau takde payung jangan tunggu
    kuyup habis
    ozon dah nipis...

    ReplyDelete
  15. relevan, salam....

    Scandal hujan panas
    rampas apa saja, tak kira hak siapa
    akibatnya
    apabila ini berlaku, maka terasalah sejuk panas
    bak kata, di dalam air badan berpeluh.

    ReplyDelete
  16. Oranglidi, salam...

    lingkup rantai dek karat
    pedas pengat dek cili
    Idiladha semakin rapat
    berkorbanlah seikhlas hati
    tak semestinya sapi ke unta
    jangan terkorban dek niat
    padahnya berat berganda
    kembalilah ke hukum dan adat.

    ReplyDelete
  17. Salam Pakngah,
    Bagi kami sekeluarga , berapa gelombang yang melanda itu sudah tidak penting lagi, cuma apa yang kami harapkan ianya tidak seteruk banjir 2004, tenggelam kita yang tua dan tak tahu berenang ini....

    apapun hati kena beringat selalu setiap bencana yang melanda mesti ada rahmat disebaliknya.

    ReplyDelete
  18. salamm.. wah.. lagi mendalam sambungannya tu. trima kasih2.

    ReplyDelete
  19. rahmat hujan. banjir pun rahmat, menduga iman...

    ReplyDelete
  20. Ida, salam...

    kalau pakngah katakan "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai" sangat tidak patut. Tetapi beginilah keadaan hidup orang melayu kita semakin hari semakin terdedah kepada pelbagai bencana alam. Kemanapun kita lari, kita terus redha pada, kerana ada "rahmat disebaliknya" seolah-olah kita kurang pedoman.

    dari zaman dulu lagi, orang melayu kita tinggal ditebing-tebing perairan sebegini, tetapi bencana yg mereka terima tidaklah seteruk sekarang. Dalam masa yg panjang itu, kerajaan terus membelanjakan jutaan ringgit untuk pembangunan tapi mereka tidak melihat banjir yg memporak-perandakan keadaan sebagai tanggung jawab mereka. Mereka yg bijak, yg alim dan segala-galanya itu, masih terus menyesatkan
    rakyatnya sampai bila-bila. Menyuruh orang redha kerana ada rahmatnya.....

    aduh! berkhutbah pula orangtua ni...

    ReplyDelete
  21. Firol, salam...

    maka segala yang terduga itu, kena redha kerana ada rahmatnya semata-mata untuk menimbulkan bahawa iman itu sesuatu yg kadim lalu rahmat hujan itu jadi banjir yang nikmat. Nikmat kpd yg tidak terlibat tetapi laknat kpd. yg menerima kesannya.

    Bala yg Tuhan tutunkan itu kerana sebab satu orang, tetapi yg binasa satu kaum.

    Bagaimana seharusnya penyebab bala itu tidak ada dikalangan sesebuah kaum....

    ...cuba tunjuk pandai, ah! mengarutlah saya ni...sori

    ReplyDelete
  22. bah jangan di gah...musim pejor di tak kering padi di jemor....pekena ubi kemili dengan kopi o sedap pepalih

    ReplyDelete
  23. ubilepih,

    Keh bercinta nak menggali ubi bila pejor begini, sejuknya sampai ke tulang seni. sambal ikan bilis dgn belimbing rebus pun sedap colek dgn ubi...

    ReplyDelete