Di musim banjir yang penuh dukacita ini,
walimatul'urus sana sini
Sekolahpun cuti panjang
anak-anak kepalang riang,
keputusan UPSR dengan peratus cemerlang
Dua cucuku turut dapat keputusan gemilang
Aleeya dan Paris tersayang
meskipun seorang A nya satu kurang.
Seminggu lagi kita berlebaran
Takbir Hari Raya Kurban
kita rayakan sambil bermaaf-maafan
Insya Allah, mudah-mudahan.
Lusanya selepas beraya sakan
Atuk akan ke IJN lagi
doktor nak sahkan atuk punya kesihatan
yang masih tak puas hati,
katanya atuk tak ikut jadual ubatan
Masya Allah matilah atuk sekali ini.
Tak apa, Atuk masih kuat dengan amalan
disamping doa anak cucu sekalian,
jika umur atuk Allah panjangkan
nescaya atuk akan jadi orang terbilang.
Demikianlah corat coret saya untuk kalian
dalam menharungi pelbagai dugaan
antara dukacita dan lebaran
penghujung tahun 2009.
indah nukilan ini..
ReplyDeleteapa2pum, tahniah buat cucu2 atok..
Harung kedukaan bersama naiknya air..Begitulah resam duniawi ada pasang surut..
ReplyDeleteSalam kurban Pak Hashim..
salam pak hashim..
ReplyDeletesemoga sihat selalu..
salam pak ngah,
ReplyDeletemoga pak ngah sihat sejahtera sokmo more.
salam pakcik,
ReplyDeletetahun ni nampak gayanya dapat lagi la tengok pengantin berarak dalam banjir... hahahaha
makan ubat kene ikut jadual pakcik. rokok, dos kene kasi kurang. baru doktor tersenyum girang!
hahahahaha
salam pak hashim..
ReplyDeletemuge sentiasa ceria disamping cucu dan keluarge tercinta,dan sehat selalu..
tahniah buat dua cucu pak hashim tu
Salam Pakngah,
ReplyDeleteNasib baik kena jumpa doktor lepas raya, buleh kejor lembu untuk lupakan segala duka .
Amacam ? hahahahaaaa
Di KB, hujan masih tidak berhenti , saya baru lepas alihkan kereta, haaaah baru lena sket tidur kami berdua heheheee..
Macam ni la kehidupan saya selagi tengkujuh belum reda, bahagian dapur rumah saya kena tutup selama 2 bulan tu, sebab kat situ air akan sentiasa naik sama ada air banjir atau air hujan.
apapun.... hari ni dah makan obat ?
iringan doa sejahtera dari saya juga
ReplyDeleteSalam Prodigy,
ReplyDeletenukilan yg tak seperti
buat pengganti diri
tima acih, kata cucu atuk.
Salam relevan,
ReplyDeleteya resam duniawi
bah setahun sekali
buat kita megerti
kebesaran Illahi...
Salam endiem,
ReplyDeletedengan doa yg seikhlas itu
buat pakcik amat syahdu,
Terima kasih endiem.
Salam Fadh,
ReplyDeleteberkat doamu itu, Fadh
pakngah sentiasa segar dan sihat
jaga dirimu juga
semoga sejahtera, bahagia dan berkat.
Terima kasih...
bobo salam,
ReplyDeletegelihati tengok pengantin berarak dalm hujan,
bajunya baju pengantin,
seluarnya kain basahan
tetamu pulak, lelakinya berbaju dan seluar basan,
orang perempuan banyak berkemban.
jamuan dihidang dalam perahu
dalam kesejukan bergegar dagu
dua mempelai tersipu-sipu
atuk dan nenek pasti segera dapat cucu.
ha ha ha...
mazru salam,
ReplyDeleteTerima kasih mazru, terima kasih tak terhingga. saya amat terharu!...
Ida salam,
ReplyDeleteKamu nak berseloka
mana boleh lawan kita.
lembu orang punya
kejor nok buat apa?
Korban?
ngh! udah banyak pengorbanan...
pakngah sian betul dengor dapur rumah deme berendam selama dua bulan.
Itu juga pegorbanan...
ubi, salam...
ReplyDeletesama-samalah berdoa kita
itu sajalah yg kita ada
mudah-mudahan kita tidak lupa
kada Tuhan yg maha esa.