Dianjung rumah.
Mat Jan tersandar dikerusi berselimut kain pelekat yang dipakainya itu sambil merenung paya luas yang mulai digenang air dihadapan rumahnya. Terlepas paya itu mengalir Sg. Lipis yang sentiasa mengeteh-tarik dan kini semakin ledok dan kedu warnanya. Dibibirnya terpacak sigret cap bola. Asapnya mengepul malas menerobosi udara yang lembap
Dalam hatinya berbeka-beka.
Semua kerja dah beres. Atap bocor sudah dibaiki lebih kurang. Tabir layor yang dimasuki tempias sudah dibetulkan. Semua benda-benda yang berselerak disekeliling rumah, dibawah rumah sudah dikutip habis. Cangkul penggali parang puting sudah disusun diatas para reban ayam. Basikal buruk sudirman, tong dan pam racun dan segala aneka barang sudah diikat dan diselamatkan. Hujan kali ini lain macam, kata hati kecilnya. Kalau banjir sampai menyapu laman, semua barang-barangnya sudah dikemas dan disimpan baik-baik. Tak mahu lagi jadi macam tahun lepas, barang-barangnya habis dihanyut air bah.
Tiba-tiba Teh bininya yang baru siap meregang tali rapiah dalam rumah, dari anjung sampai kedapur bergayutan dengan kain baju lembap macam keluang sedang tidur, tercegat disampingnya. Mat Jan mengerling, nampak bininya berkemban. Dahlah rambut gerbang herot petot, perut pulak terboyot-boyot.
"tak sejuk ke aok ni" tegur Mat Jan.
"yang aok tu bercenkernge ( berselimut) dengan kain pelekat tak berseluar baju matnya?"
Hujan berdesir sejak lepas zohor reda sikit, ada gaya hendak berhenti.
"haah, ujan dah berenti ni, kata aok nok gali ubi kayu"
Mat Jan diam tak menjawab.
"sambal tumis itam belimbing rebus dah keh siap"
"keh ni bercinta".
Dalam pada itu air liornya seakan mercik bila mendengar sambal itam.
" Bercinta keh nok turun mencabut ubi tu. Sejuk amet. Kena air ujan tu sikit, terangkat punggung. Amboi! sejuknya Teh", sambil memaut pinggang Teh yang tak berpinggang tu.
"laahh, aok juga yang bercinta nak makan ubi kayu rebus.
"kita bercinta ajelah Teh".
Tiba-tiba hujan turun semula.

asalamualaikum pak Hashim..
ReplyDeletehehehe,koi cinta nak bangun pagi musim pejur nih..brr sejuuukkk.
Salam Pakngah,
ReplyDeletealamak saya buleh baca ke entri ni ?
hahahahaaa....
wah heronya Mat Jan, semua kerja sudah di uruskan
Mak Teh pula , tak kurang rajinnya.
Pasangan yang serasi.
tapi mereka berdua sahaja kah ?
dimana anak - anak ?
eh macam satu pasangan di Taman Permai
kan ? kikikiiiii....
p/s saya tengah fikir nak pakai apa ke pejabat nanti, rumah saya sudah dilanda banjir 2009 bil 2, paras aras paha.
Kiranye musim pejor adalah musim bercinta...kome setuju amat pak Hashim..kome pun bercinta nak masuk kebun..jalan berlonor..
ReplyDeleteRalit het kash membaca kisoh org bercinta...mmg syahdu peh...bercinta tengke hujan maru...
ReplyDeletesambunglah pak hashim...
ReplyDeleteujan pejor ni di gelor juga ujan tak celik mata...pekena ubi kemili sedap juge weh
ReplyDeletesalam pak ngah,
ReplyDeletelain macam jer citer nie...hahaha
sedap tido cuaca mcm ni. tengahari pun rasa mcm pagi.
ReplyDeleteBercinta musim pejor ni memang best weh.. Jangan cengkelit dlm sungai jelai dah lee..
ReplyDeleteMazru, salam...
ReplyDeletejangan bang sambil baring dahlah, he he he...
Ida, salam...
ReplyDeleteanak-anak Mat Jan dan Teh @ Uteh @ Puteh tidur, kesejukan. yang jantan nakal tu main ujanlah dia kerjanya,tak reti sejuk.
Jadi, banjir pusingan ketiga nanti, kena pindahlah gamoknya. ke rumah pakngah ajelah kok gitu, he he he. pakngah tinggal bedua aje.
salam relevan,
ReplyDelete...sakit kalau bercinta hari ujan. lebih parah dri bercinta dgn makwe... he he he
YASSIN,salam,
ReplyDeletejangan ralit hek, kang tekedu, manalah tau. bukan ada orang lalu, he he he
Salam endiem,
ReplyDeleteInsya Allah endiem, pabila ujan reda, rakit tak karam, perahu tak tenggelam, he he he
ubi, salam
ReplyDelete'hujan tak celik mata'
satu peribahasa
pekena kemili pule
aduh! nekmatnya,
ha ha ha...
Fadh salam,
ReplyDeletelengoh-lengoh bercinta
pada duduk aje
buatlah cerita
sekadar penglipur lara.
ben, salam
ReplyDeletejangan sampai senja, kang teringat nak pegi kerja.
Pengembara sila, salam
ReplyDeleteBercinta musim pejor nie biar betul
kalu nak mandi celup-celup aje cukuplah
jangan sampai cengkelik, he he he...