Followers

Monday, December 28, 2009

Sepanjang hayat 118 - Tahun yang pergi dan mendatang.

Sementara menunggu Mat Jan sembuh sepenuhnya, mari kita ucapkan selamat tinggal hijrah 1430 dan selamat datang 1431 walaupun sudah 11 hari berada di bulan Muharram.

Hari-hari mendatang dalam tahun baru ini harus diberi corak yang lebih berwarna warni demi pencapaiannya, sesuai dengan ungkapan 'hari ini lebih baik daripada hari semalam'. Untuk memfaatkan amalannya maka hari-hari yang berlalu dalam 1430 itu patutlah dijadikan teladan atau kayu ukur untuk dirialisasikan sesuai dengan azam, berbagai azam yang dinamik, yang berkobar-kobar yang telah digariskan untuk 1431 ini.

Hari-hari yang mendatang dalam hijrah 1431 selama 360 hari adalah masa. Masa itu ibarat jerat, maka kitalah pelanduknya. Masa itu juga bagai seekor ular besar yang sentiasa mengangakan mulutnya. Tersilap langkah kitalah mangsanya. Masa selama 360 hari itu juga tetap menunggu kita dengan amat sabar dan setia sekali dan salah satu daripada hari-hari itu kita akan berhadapan dengan pelbagai seperti mati, hidup, sakit, senang, kaya raya, hina dina, papa kedana dan berbagai-bagai lagi yang boleh mencatatkan detik, peristiwa. sejarah dalam hidup kita.

Sekiranya pencapaian hari ini telah kita rekodkan baik dari semalam atau lebih buruk maka persediaan untuk pencapaian hari esok yang kita belum tahu, eloklah dilandaskan kepada hari semalam atau hari sebelumnya.

Oleh hal yang demikian, sekembali saja kerumah pada sebelah petang hari ini, sebelum tidur diranjang atau dimana jua, renongkanlah dan imbaskan kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang hari dari pagi hingga pulang kerumah. Cek balik apa yang telah kita lakukan. Hasilnya, itulah asas untuk pencapaian hari esok. Buatlah setiap hari.

Mudah-mudahan hijrah 1431 akan memberi kita sesuatu yang baik. Selamat maju jaya.

Saya telah nasihatkan Mat Jan hal ini dan terpulanglah kepadanya sama ada dia setuju atau tidak.


14 comments:

  1. Marilah bersama menghayati dan muhasabah pemergian tahun 1430 dan melihat ke hadapan... Moga kita berjaya mencapai visi kita dengan misi yang betul~

    ReplyDelete
  2. Pak..Kawan bersetuju mat dengan mende yg pak cakap tu..Makin ke depan makin pening dunia arini..Mohlah kita perbaiki diri..

    ReplyDelete
  3. salam pak ngah,

    insyallah...sama2 lah kita berhijrah ke arah yang lebih baik...

    ReplyDelete
  4. Pantas nye masa berlalu..ada ketika rasa tak dan nak buat apa..masa terlalu singkat berlalu..tanda dunia berada dipenghujung..

    ReplyDelete
  5. bab ni bnyk org terlepas pandang..bab2 muasabah..

    ReplyDelete
  6. hijrah elok seiring dengan hati dan langkah. kalau takat di mulut, tak kemana. hahahaha.

    ReplyDelete
  7. Salam Pakngah,
    kalau dihitung masa yang diluangkan untuk kita mengadap Allah berbanding masa yang kita ambil untuk selesaikan kerja atau hal - hal dunia , nisbahnya amatlah sedikit.... jadi elok benar kita betulkan niat untuk jadikan setiap nafas dan langkah kita itu satu ibadat , kita sudah tiada masa :)

    - ida

    ReplyDelete
  8. Redz da Tsar,

    Bervisi dan misi yang betul yang manusabah dan tidak menyusahkan...
    - charity begins at home -

    ReplyDelete
  9. Pengembara silam,

    Moh kita perbaiki diri tapi jangan taksub.

    ReplyDelete
  10. relevan, salam...

    Dunia berada dipenghujung,
    tanahnya tempat kita berkunjung.

    ReplyDelete
  11. ubi, salam...

    atas sedar,
    bawah sedar,
    lalu kitapun sedar...

    ReplyDelete
  12. Bobo, salam...

    Seiring jalan,seia sekata da sehati serasa. Jangan seperti pantun:

    lain dimulut lain dihati, ya bobo...

    ReplyDelete
  13. Ida, salam...

    Maknanya kita nie jangan banyak buat salah.Kurangkan sikit. Sebab itu kita kena cek selalu. Solat tu tiang agama,satu perkara menunjukkan kita ada agama (Islam) Check and balance adalah unsur positif yang kena ada pada semua orang (tak kira agama) untuk menuju ikhsan (kalau Islam kemanusiaan yang insan lagi kamil)

    Wallah hu aalam...

    ReplyDelete