Followers

Thursday, December 31, 2009

Sepanjang hayat 119 - Azam

Azam Maal Hijrah tahun 1431 agak Islamic sikit. Masing-masing berwawasan supaya amal ibadatnya diterima Tuhan Allah. Ada gaya takut, seolah-olah nak mati esok.

Bagaimana azam tahun Masehi 2010. Tidak bertindihkah agaknya dengan azam tahun hijrah 1431? atau lebih mirip kepada secular!

Adakah ia singular atau parallel. Perutusan Najib menggariskan 6 perkara yang disebut NKRA yang ditekankan sebagai sedarhana adalah azam kerajaan.

Jadi dimanakah kita?

Tak apa, minyak dengan air takkan bercampur.

21 comments:

  1. salam pak ngah...

    koi xpenoh buat azam pn biler tibe tahun baru masihi nie...xde pekdoh!!

    ReplyDelete
  2. Pak...Salam 2010..Jgn ngetah acap sangat, gula dah naik...

    ReplyDelete
  3. Hehe...

    Azam tahun masihi atau hijri, tetap sama... Tahun sekadar penyukat waktu...

    Yang penting bukan tahun hijri atau masihi, tapi misi ke arah visi...

    Kalau ada visi, tapi misi tah ke mana, tak guna jugak, tak kira la visi tahun hijri atau masihi...

    Penghayatan bahawa kita sudah menghampiri 'maut' itulah yang penting...

    ReplyDelete
  4. Minyak dan air tak bercampur takpe Pak Hashim..tapi gula jua yang naik harga..he he!

    ReplyDelete
  5. salam pak,
    semoga apa yg diazamkan oleh pak najib itu menjadi kenyataan....takut juga nanti jadi zam zam ala kazam... (ah...lama kita tak mengeteh bersama)

    ReplyDelete
  6. Salam PakNgah,
    biasanya selepas tercapainya azam atau target tertentu dalam hidup, saya akan cuba dapatkan 'target' baru, begitulah selagi hayat di kandung badan...

    tiada istilah tarikh yang cantik :D
    "success Breeds Success"

    - ida

    ReplyDelete
  7. Sdr.azru Majid, salam...

    Selamat tahun 2010. Mari kita bantah habis-habisan keputusan Mhkamah mengenai penggunaan ALLAh dlm. media mereka.

    ReplyDelete
  8. Fadh,

    Kali ini kena buat azam besar dan hebat. Tentang habis-habisan keputusan Mahkamah mengenai kepenggunaan kalimah ALLAH dalam media kristian.

    ReplyDelete
  9. Pengembara Silam, salam...

    Le nie tak makan gulapun darah terus mendadak naik. Keputusan Mahkamah mengenai kepenggunaan kalimah ALLAH dlm media kristian wajib ditentang habis-habisan.

    ReplyDelete
  10. Redz da Tsar, salam...

    Visi dan misi mesti nekad dan tekad.
    Hijri 1431 atau masehi 2010 mungkin tahun kucar kacir. Keputusan Mahkamah mengenai kepenggunaan "ALLAH" dalam media kristian wajib ditentang habis-habisan.

    Mati itu wajib. Lebih wajib dari segala.

    ReplyDelete
  11. relevan, salam...

    Ada pihak kristian yg disokong Mahkamah nak cuba campurkan minyak dengan air.
    Apmacam, mari kita tentang habis-habisan.

    ReplyDelete
  12. ben, salam...

    Azam Najib ialah nak cuci tangan. Tunjuk bersih lalu cukur misai dan janggut.

    Zam..zam..alakazam kena dan wajib digunakan untuk menentang keputusan mahkamah Najib mengenai kepenggunaan ALLAH dlm media kristian.

    ReplyDelete
  13. Ida, salam...

    Kejayaan melahirkan kejayaan adalah pasti bagi orang-orang beriman dan berpendidikan tinggi. Jangan disalah erti.

    Sampai matipun, keputusan mahkamah mengenai campur tangan oleh kristian mesti ditentang habis-habisan.

    ReplyDelete
  14. Salam tuan, terima kasih kerana sudi juga melawat blog kawan dengan komen-komen yang sungguh bermakna....... sebagai orang baru kawan amat menghargai dengan komen tuan.....

    ReplyDelete
  15. Salam tahun baru drp saya juga.

    Minyak dgn air mmg tidak bercampo keknya dua-dua tidak boleh digunakan.

    ReplyDelete
  16. YANG GAMBI, salam...

    Terima kasih tuan. Insya Allah, mudah-mudahan kita dapat memeriahkan keadaan.

    Saya kurang berpolitik tetapi hari tu, saya terasa agak panas dgn keputusan Mahkamah.

    ReplyDelete
  17. Sdr. Yassin,

    he he he,
    kita kena korbankan satu iaitu air untuk dapatkan minyak semula.

    ReplyDelete
  18. Guten Morgen wünschen der Pak Hashim, ich Sie und Ihre Familien alway glücklich und der Gott segnet Sie, wohin auch immer je entfernt ich immer verbringe meine Zeit nur, zu lesen, was Sie schreiben lässt, in der Sie bloggen, was zu Bruder Matte Jan weitergeht, reicht seinen familys. Ich trübe mich so viel, über meinem alten bantang Getah anzuschauen. ..I noch rember die Tageskarte durch.. specialy Kg. Tempoyang

    ReplyDelete
  19. mohdsuak, salam,

    Deme cakap apa ni. Pengsan p'cik baca. Kalau Menteri Silih hulu jelai, p,cik boleh rangkak-rangkak juga, hu hu hu...

    ReplyDelete
  20. Pak Hashim selamat pagi, semoga anda dan keluarga anda senantiasa di berkati rahmat Allah. Dlm kedinginan aku menghabiskan waktu membaca blog PaK Hashim kerana setiap cerita Pak Hashim seolah-olah teramat dekat dengan apa yang berlalu. Masih terbayang bunyi " Reriang" yang terdakap di bantang Getah.. kg. Tempoyang amat istimewa dan dekat di hati..

    ReplyDelete