Mat Jan berangan-angan. Dalam kepalanya penuh dengan pemikiran. Ada yang gaya macam azam tahun baru. Tapi dia tidak tahu bahawa azam tahun baru orang buat bila sampai tahun baru. Bila tahun semasa akan berakhir dan akan berganti dengan tahun baru sama ada hijri atau masehi, orang buat azam dia tidak tahu. Mat Jan tidak peduli. Dia tidak cakna.
Baik sakit kawan nih nanti, hati kecilnya berbeka-beka. Raut mukanya menjadi tegang. Ada gaya hendak marah. Marahnya seperti mengandungi dendam pula. Tak tau kenapa, entah!.
Kebun getah yang sekangkang kera tuh. mesti ditebas, tempiknya dalam hati. Bior terang langkang, Bior senang aku berkejor dari pokok ke pokok. Bior babi celaka tu tau yang aku nih marah. Bior dia tok leh bersukan lagi disitu, tok leh buat jermun lagi dalam kebun aku tu. Mat Jan menyinga. Seluruh mukanya merah sampai ke telinga. Dek marahnya itu, tersilap hentak kaki, aaaddduuuuh! Mat Jan terkernying, kelangkangnya sakit.
Tanah pusaka peninggalan ayoh yang tak seluas mana tu kena jaga. Ayoh pun dah pesan, suruh jaga. Ya! itulah satu-satunya harta peninggalan ayoh tempat aku cari makan. Punca rezeki aku, maka anak bini aku boleh berak dan kencing. Sebab itu kena tebas, kena terangkan. Kendur sedikit bunyi geram Mat Jan bila dia teringat pesan ayah dan ibunya. Lebih-lebih lagi bila anak-anaknya tergayang-gayang depan mata. Tiba-tiba tubuh bininya pula, Teh bulat macam buah kundur sendat dalam kemban yang londeh, "Saaaayang anak bini aku", cuitnya dalam hati.
YB tak boleh harap, Tok 4 tak boleh harap, Tok Penghulu apatah lagi. Cakap aje 1 Malaysia. Cakap aje rakyat didulukan. Tiba-tiba Mat Jan bergerutu semula. Marahnya , bagai itu jam juga dia nak kayuh basikal tua sudirman ke pejabat YB. Itu jam juga dia nak tanya YB, macam mana boleh tak kenal.
Sabar, sabar, hati kecilnya sendiri memujuk sambil mengurut dada.
Getah tua yang pelan torehnya udah paras dada, kira-kira dah tinggi. Sedikit hari lagi kena buat takah atau tangga pulak. Hendak tanam semula? Boleh bukan tak boleh gtetapi bila ditebang nanti, menunggu tiga empat tahun, nak makan apa?
Tiba-tiba:
"Heh aok ni...matnye bercakap sorang", jerkah Teh yang datang dari dapur. Mat Jan terkejut sedikit sambil melerek senyum pada bininya yang semakin memboyot.
"Aok ni Teh, lepas beranak nih nanti, tak usah bunting bunting lagilah boleh?" kesitu pulak Mat Jan meracau.
"Isshhh aok ni, matnye cakap begitu", Teh naik pelik lalu menunjukkan muka jengkel.
"Iyalah, kuor hok nih nanti", sambil mengusap perut bininya itu, "jadi empatlah anak kita yeeek. ! Berenti-berentilah kita ye weh!!
"Aok tu yang tak reti nok berhentinya", potong Teh sambil menjeling pada lakinya. Mat Jan terbahak-bahak melihat bininya yang berkemban itu menepis soalannya. Lama-lama semakin galak pulak Mat Jan memandang bininya.

huh!dasar lelaki...
ReplyDeleteHah! kembali lagi mat Jan the series..guana nak nyekatnya kala dah nok bunting bunting ni..segala persoalan soal ini terletak pada Mat Jan..alahai..
ReplyDeletebukukan pak Hashim cerita Mat Jan ini..
rakyat di dulukan maknanya rakyat yang dulukan kemudian baru kerajaan bayar. macam nak bayar sewa trektar buat padi tok 4 yang dulukan, bila dah jual padi esok kome bayarlah duit tok4 tu. tak gitu maksudnya.
ReplyDeleteSalam Pakngah,
ReplyDeletesetiap anak membawa rezeki masing - masing ke dalam rumah,
Mat Jan kena ingat tu....
- ida
Pak..Kabo ke Mat Jan tu.. jgn berenti..bahaya
ReplyDeletehai,salam...
ReplyDeleteorang kampung laki bini. dah cara deme gitu, nak buat gone...
relevan,salam...
ReplyDeletemat jan the series. rasa saya panjang lagi siri mat jan ni. Tak taulah mat jan boleh ke tidak lepas batunya sulas dah sondol dek babi, ha ha ha...
endiem,salam...
ReplyDeleteKok tok 4 endok gitu. buatnya tak ndok.
nye buat mat jan tak nok mendulukan, haa haghu tok 4, haha ha...
ida, salam...
ReplyDeleteMana ke Mat Jan terfikir mende-mende gitu. Rezeki ditangan Tuhan, bukan pada budak-budak, kata Mat Jan.ha ha ha...
Pengembara Silam, salam...
ReplyDeleteMat Jan teh cerdik juga. Dia dah tau dia tak daya sebab batunya dah tinggal sulas, sebab tu dia kabo ke bininya berenti bunting, ha ha ha...
pak hashim,
ReplyDeletejumaat ni ben & ubi nak turun kl (mungkin),
bawakan sekali manuskrip novel pak hashim tu.
pakngah..
ReplyDeletehidup di kg walau agak sempit tapi luas
hidup di bandar agak luas tapi sempit..
kasih sayang tetap ada di mana mana.
iter?
kesian mat jan..tp masih bersemangat lagi tu..hahaha
ReplyDeleteSdr.Pyan,
ReplyDeleteNanti saya siapkan dulu. Akan saya kirim melalui ben atau ubi. Selamat...
Kelompin, salam
ReplyDeleteYa kasih sayang tetap ada dimana-mana. Baik dikampung maupun dibandar kasih sayang sama aje,...
Mazru, salam...
ReplyDeleteMat Jan, harap-harap biarlag semangatnya tinggi, baru cerita ini jadi panjang, he he he...