Empat puluh atau lebih tahun dahulu, kalau siapa-siapa tahu, ia adalah sebuah bandar tua persis si bantut yang tak mengenal erti membesar dan maju.
Sukar dimajukan atau sengaja dibiarkan begitu.
Bandar transit orang Kota Bahru dan tempat berurusan seluruh rakyat Pahang kerana ia adalah ibu (negeri).
Dari Residen kolonial (Hugh clifford) yang mengusir Orangkaya Haji untuk mendirikan pasak negeri, lalu ditempatkanlah Menteri Besar, pegawai-pegawai sampai ke kerani dan kuli, semuanya di sini.
Mula-mula masuk kena menempuh gate keretapi lalu menyusur bandar di Main Street dan disisinya disebelah kanan kelihatan pasar besar di apit Tokong China (Thean Hou) dan kilang lemonade. Dikirinya pula Post Office. Berdekatan dengan Peti Pos tertanamlah batu tanda '0'
Sempena kota Paris, London dan China terpampang Hotel Paris, Hotel London dan Tiong Kok Hotel, masih berfungsi dan dikekalkan nama itu hingga ke hari ini.
Kehadapan lagi disebelah kanan menurun beberapa anak tangga hingga ke Jelai Street penuh dengan gerai sepanjang turun, bernama Cross Street. Cross street yang tak pernah tidur. Manakala ke kirinya ada kawasan lapang yang menghala ke setesen keretapi.
Kawasan lapang itulah setesen bas dan teksi ( kini didirikan sebuah bangunan bernama Medan Setesen)
Main Street santak ke Rumah Pasung ( Balai Polis Daerah Lipis). Ada dua simpang di situ, ke kiri dan ke kanan. Ke kanan menghala turun ke Jelai Street. Ke kiri menghala ke Gudwara Sahib dan Batu Kurap.
Menuruni ke Jelai Street dikanannya terdiri Masjid ( bergelar Masjid Negeri) yang dibina oleh saudagar Arab yang dikenali sebagai Habib Hassan ( siapakah Habib Hassan itu ?) Masjid ini telah diturunkan darjatnya ke Madarasah.
Jelai Street sama panjangnya dengan Main Street, memanjang tebing Sungai Jelai, amat senonim dengan rumah rakit,
tempat tinggal segala marhein, peraih-peraih, pencari-pencari duit sama ada secara haram, berbelit-belit dan baik.
Bila menjelang malam sinaran neon Jelai street, rumah-rumah rakit nampak berbalam-balam dan semakin jelas oleh kerlipan api pelita kelihatan cukup romantis. Kupu-kupu pun mengembang sayap warna warni memperagakan diri pinta dibeli.
Di Cross Street warung terang benderang, makan minum tiada henti sekalipun malam menjelang pagi.
Rakit-rakitpun beralun berombak, ada orang berdayung dengan bisikan lunak intim lagi asyik.
Itulah fungsi rakit tempat orang bergundik dan dipantun disyair lalu disebut-sebut sampai ke cucu cicit.
Ya!, tanyalah keseluruh antero, dimanakah pusat nadi Kuala Lipis, maka akan dijawab orang sambil menuding jari
Nun disana di rakit....

teringat cerita lama ka?
ReplyDeleteperlu di arkibkan. mana panggung wayang paradise, pahang club, pasar lama, rest house lama, kantin ah kaw. Kat Cross street ada gerai pak cik kampar jual pulut dengan rendang.. sedap. Kat Cross street ada cina jual kue tiaw malam-malam, Siang kuali goreng kueh tiaw tu tidur dek anjing.
ReplyDeletesangat nostalgia!!
ReplyDeletePak..Keh ingat mat mende-mende giteh..Kilang air lemonede Cheam See Loo sebeloh hongkong bank.. nostalgia..nostalgia..
ReplyDeletepakngah
ReplyDeletekeh ne generasi baru juge, keh nye ingat juge mende hak dime gelo nteh, kecik keh lama duk lepih ngikut pok sedara ngajo di clipot,datang masa cuti skoloh.
keh ende satu puisi ..
singgah di Lipis
rumah rakit dan tangga batu
tersesat aku di celah runtuhan
jejak Tok Gajah dan langkah Bahaman
payah memikul resah.
sungai Lipis dan Jelai
bersatu di kuala
Tanjung Jati berhati sayu
keruh airnya seperti selalu
ketikanya dahulu
meniup semangat benci penjajah
tanpa pasrah
jangan diinjak walau seinci tanah
biar merah darah yang tumpah
demikian waktu menyingkap sejarah.
5/7/1992
Didalam lipatan kenangan jua....ayahanda dan bonda aku disini.
ReplyDeletesalam pakngah,
ReplyDeletelama dah koi tak ke kuala Lipis,skrg dah maju yek dgn 7e dan pusat beli belah.
rumah rakit te koi mmg pernah dgr ceritenye tp tak pernah la sampai ke sana lg..ntah mana ranta nye koi pun tak tau...
Aku rindu pada awek Lipis.. :)
ReplyDeleteSalam Pakngah,
ReplyDeletemisi Naik Keretapi ke Kuala Lipis 2010 semakin hampir.....
hahahahaaa...
ceritalah lagi...
- ida
Green, salam...
ReplyDeleteYa, saya mengenang cerita lama. Mari kita kenang bersama...
endiem, salam...
ReplyDeleteSaya akan sampai kesitu juga. Saya akan tulis seberapa banyak entri yg mungkin mengenai Lipis dalam kenangan...
hai, salam...
ReplyDeleteikutilah entri seterusnya. Lipis dlm kenangan akan diselang seli dengan Mat Jan the series...
Pengembara Silam, salam...
ReplyDeleteAok org Lepih mesti tau punya. Dulu sikit mungkin tidak ha ha ha kena tanya org tua gak...
Kelompin, salam...
ReplyDeleteLipis dan Jelai bersatu
dibantu Tembeling, Semantan & Bera
lalu berpekan di kuala
hidup Pahang Inderapura...
Begitulah semangatnya org dahulu
lalu kita lupakan mereka...
Akuanakpahang, salam...
ReplyDeleteTanjung Besar itu
sejarah orangnya amat syahdu
titih darah penghulu
Jerangsang, Tg Besar Kemahang & Budu.
Mazru Majid, salam...
ReplyDeleterumah rakit sudah hanyut
tiada lagi sisanya
sebab itu saya bersungut
patut ada monumen di situ...
relevan, salam...
ReplyDeleteawek rakit zaman itu
gahnya, aduh! mak tuan
mungkin sekarang dah berkedut seribu,
ha ha ha...
Salam ida,...
ReplyDeletepastikan tarikh dan waktu
supaya senang p'ngah menunggu
bulan Jun cuti seminggu
p,ngah & keluarga ada ura-ura
bertukar angin ke Dungun Trengganu...