Followers

Thursday, February 4, 2010

Sepanjang hayat 128 - Kuala Lipis Dalam Kenangan

Bandar Lipis II

Tidak banyak orang yang tahu mengenai bandar Lipis dan sejarahnya. Kalau pun ada, sekadar cerita dari mulut ke mulut atau dari orang ke orang. Akhirnya akan hilang begitu sahaja lalu menjadi dongeng orang tua-tua.

Terdapat beberapa penulis blog seperti ainhizcom.blogspot; pdtlipis Pahang.gov.my; Tok Linggi; UMNO Bahagian Lipis; zaini.blogspot dll yg telah menghighlight bandar Lipis dalam bentuk gambar dan sedikit mengenai physical pembangunannya. Mereka sekadar memaparkan apa yang mereka nampak dan yang masih ada sahaja, seperti:

1 Masjid Negeri (1888) sekarang diturunkan darjatnya ke madarasah - madarasahtul Firdaus,
2. Tokong China - Thean Hou (1889)
3. Pahang Club (1907)
4. Pejabat Pos (1910)
5. Sekolah Menengah Clifford (1913)
6. Gudwara Sahib (1916)
7. Pejabat Daerah & Tanah Lipis (1919)
8 Rumah SUK Pahang (1920) semasa Kuala Lipis Ibu Negeri Pahang.
9. Residency (1922)
10. Setesen Keretapi (1926)
11. Rumah DO (1929)

Mereka (penulis) harus menyingkap sedikit lagi kepada beberapa bangunan lama yang telah dihilangkan yang tidak diketahui di mana makamnya. Tiada monumen didirikan seperti:

1. Sekolah Melayu Batu Kurap,
2. Penjara Kuala Lipis,
3. Rumah Pasung ( Balai Polis Daerah Lipis ),
4. Pasar Lama,
5. Rumah Rakit,
6. Sekolah Clifford sebelum 1913,
7. Rest House (lama) di Jalan Bukit Bius,
8, Paradise Theatre
9, Panggung wayang lama di Jelai Street,
10, Kelab Melayu,
11, House boat,
12 Recreation Club Bukit Kerani
dan lain-lain.

Jika diasaskan sejarah bandar Lipis dengan sekadar gambar-gambar bangunan lama dan sebaris dua physical pembangunannya, ianya tidak cukup untuk memberi maklumat lengkap untuk pengetahuan orang generasi baru. Pihak Pentadbir Daerah dan Persatuan Sejarah Daerah Lipis kena lebih peka dan perlu memungutnya untuk satu dokumentasi sejarah dengan merakam dan meletakkan monumen di atas bekas tapaknya.

Tapk-tapak ini patut didirikan monumen atau kenyataan bahawa di sini telah wujud (bangunan-bangunan) untuk diketahui umum, kerana di situ ada sejarahnya.

16 comments:

  1. pak hashim..
    kalau keretapi lalu, pintu gate akan ditutup, ketika itu lipis akan terasing dari dunia luar ( sekejap je lah)
    kadang kala kome berjalan kaki melalui rel keretapi pergi ke kuala lanar.

    ReplyDelete
  2. ooo..ada ye penjara lipis..memang x penah tau pun!!

    ReplyDelete
  3. Sesungguh amat bertuah kome sebab masih ada org yang memberi tahu kome tentang susurgalor bandar bekas ibu negeri Pahang ini. Dimana silapnya semua ini bagai terus hilang tanpa meninggalkan pesan.

    ReplyDelete
  4. pakngah..
    dulu keh pernoh xpdc ke lata kenong melalui kuala lanar, nek ketapi dari mentakap. weh nye ralit sunggoh. jumpe rudung lama.
    balik nye singgoh pekan sari lepih sampai ke malam weh...
    2 tawun lepas keh berakit, pelepasan dari lepih keh singgoh naik de jeram landok..
    rasa nye endok datang lagi nteh..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wr wb,

    Dengan penerangan Tuan Haji, bertambah lagi pengetahuan kawan tentang Lepih.

    Masa kawan di Lepih dulu, bahagian transport polis, masih di dalam kawasan Intitut Pertanian - pintu hala ke Jalan Barry, belum pindah ke balai baru dekat kubur kristian sekarang.

    Elok sangat dibuat buku tentang sejarah Lepih. Dulu, sebelah post office tu ada telegraph office, antara post office dengan kedai Dato' Singh tu.

    Teringin sangat nak ke Lepih, tapi belum ada kelapangan, mungkin selepas habis semester Januari 2010 ini boleh kut?

    Gerai nasik Padang di Cross Street ada lagi kut?

    ReplyDelete
  6. endiem, salam...

    Bila gate tutup itu tanda k'api nak lalu maka kiu lah kereta disebelah sana dan sini. Lepas aje k'api kereta pun berjalan. Wah! trafik tak ubah KL. Lepas tu lengang sehingga k'api datang dan pergi.

    ReplyDelete
  7. Salam ben,

    Kita tengok dulu sehingga beberapa entri lagi...

    ReplyDelete
  8. Salam hai,

    Tapak penjara Lipis betul-betul atas tapak Balai Polis Daerah sekarang.

    ReplyDelete
  9. Akuanakpahang salam,

    Sepatutnya ini kerja Persatuan Sejarah.
    Agaknya PS Lipis akan berbuat sesuatu selepas ini. Begitulah harapan kita...

    ReplyDelete
  10. Kelompi, salam...

    Berperahu jalur ke Rimba Kenung. Sekarang disitu sudah ada chalet dan pusat Informasi (jabatan hutan).

    Raketon 2010 aktiviti tahunan. Bolehlah buat group.. Kontek ubi Lepih...

    ReplyDelete
  11. Tn.Hj. Idris, salam...

    Transport Polis sudah pindah ke kawasannya sendiri di Balai Polis Daerah sekarang iaitu di atas tapak penjara bersebelahan kubur kristian.Di bawahnya turun ke ke kaw.Datuk Benggali Dal Singh tu w/shop JKR.

    Ya, gerai Hj.Mahmud / Hj.Malik di cross st. - tokeh Nasi padang / pulut rendah sudah meninggal dan tidak diteruskan oleh anak-anaknya. Jualan pulut rendang masih ada disitu tapi tidak seasli Hj.Mahmud / Hj.Malik.

    Pej.taligrap tiada lagi. Kaw. itu adalah sebahagian Pej.Pos. Dal Singh dan suku sakatnya pun dah entah kemana sekarang.

    Jemputlah datang Tn.Hj. ke Lipis meninjau kembali 'tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat berlegar'

    Jalan ringkas sudah ada Tn Hj. Dari Pulai Ipoh ke Pulai Gua Musang atau ke Ringlet turun ke Felda Koyan.

    ReplyDelete
  12. Tn Hj Hashim, Wa'alaikumussalam,

    Hati tu memang berajat lama dah nak ke Pahang Barat dan Tengah tu. Pusat Penyelidikan Sg Tekam dekat Tongkiat (Sg Jerik)-lama sgt tak jenguk. Jalan Cheroh-Sg Koyan/K.Medang dah lama tak tengok.

    Walau pun dah bersara, kerja masih banyak, Tuan haji, kawan dok ngajor di Ipoh ni utk student peringkat diploma dan ijazah pertama.

    Semester break kadang2 tu seminggu saja - tak sempat nak kemana. Disember lepas sempat jengok adik di Jelebu. Nak ke Temerloh, Mentakab pun tak lepas.

    Insya Allah, ada peluang kawan datang, nak tengok tempat main badminton petang2 dulu - sebelah Nurse hostel-ramai sahabat kawan sangkut di situ, kekal sampai ke anak cucu.

    Sahabat2 kawan, En Taufik (dulu Majlis Daerah, asal Jerkoh), En Hamzah (Pejabat Pos)-suami kak Aishah (Majlis Daerah), En. Wan Razak Wan Mohd(Pdg Tengku), En.Mokhtar Long (Telekom), En. Kamarzaman Othman - sekadar beberapa nama, mungkin masih segar bugar di sini.

    Lepih - tetap di hati.

    ReplyDelete
  13. akum..
    baru terjumpa singgah sekejap
    berazam ingin baca n3 sampai habis

    ReplyDelete
  14. Saya ingat lagi pergi tengoh wayang di panggung jelai street, masa itu paradise belum ada..

    tapi nak kata di mana setakat yang ingat.. turun tangga batu beluk kiri.


    That was the life, a life of songs and dances, floating to the euphoria of dreaming pastime, a habit that is like cancer, silent but creating the damages within the very fabric of existence..

    Memories of lipis

    http://memories-of-lipis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. Memang ni semua kerja persatuan sejarah namun pihak kerajaan negeri dan pihak berkaitan juga perlu main peranan. Ini tidak hanya terhad di Lepih sahaja tapi juga ke daerah-daerah lain terutama kuantan..bagaimana asal usul jalan wong ah jang, jalan penjara yang hanya tinggal nama sahaja (walaupun bangunan masih ada tapi dah jadi hak orang lain)..

    ReplyDelete