Followers

Saturday, February 6, 2010

Sepanjang hayat 129 - Kuala Lipis Dalam Kenangan.

Bandar Lipis III.

Sungai Jelai di tebing Jelai Street, tidak lagi berombak beralun. Tidak ada sebatang buluhpun sisa atau saki baki rakit yang tinggal yang dahulunya amat terkenal dengan rumah rakitnya hingga kemana-mana. Rumah rakit ala kampung air yang menempatkan segala macam manusia dari pelbagai gulungan yang mahu hidup, yang mencari rezeki dan yang tidak kurang pula yang menjadikannya tempat berlindung dari panas dan hujan. Dan mereka adalah kaum marhein hina dina. Dan merekalah juga orang yang dikategorikan sebagai sampah masyarakat kerana kegiatan mereka yang dianggap keji. Namun merekalah yang menghidupkan Bandar Lipis yang kecil itu menjadi meriah dan terkenal keseluruh antero. Mereka menghambakan diri untuk kesejahteraan orang lain.

Sayugia diingati bahawa rumah rakit yang dianggap, tetapi bukan semua tempat persundalan kini telah pupus samasekali. Jelai street telah putih dari segala gejala maksiat dan persundalan. Adakah dengan hapusnya rumah rakit tersebut maka kegiatan pelacuran lenyap, sudah tidak ada lagi di Lipis ini? Kita tidak ingin untuk memperkatakannya.

Identiti Kuala Lipis sudah semakin terhakis sekarang. Satu pembangunan telah dipadankan untuk menaik taraf, buat pengganti kesan-kesan lama itu. Lalu kesan-kesan lama itu, bangunan-bangunan lama yang membawa pertanda ada sejarah mengenainya itu ditutup begitu sahaja dan dilupakan. Sehingga pernah pada suatu ketika milestone @ tanda batu ' 0 ' itu diusahakan untuk dibuang.

Melancung ke Lipis seperti melancung ke bandar-bandar lain juga, orang akan bertanya, dimanakah Bukit Residen, di mana Pejabat Kajibumi ( Geological Office ). Ada pula yang berkata, seingat saya di Lipis ini ada penjara, di Batu Kurap ada sekolah melayu dan di tebing Jelai street ada rumah rakit. Apa sudah jadi. Siapakah yang akan menjawabnya kalau bukan Persatuan Sejarah!.

Kita berterima kasih kepada pengusaha hotel yang menamakan hotelnya sebagai Hotel Jelai, kerana Sungai Jelai adalah identiti Kuala Lipis. Kita berterima kasih kerana ada hotel dinamakan Hotel Bestari, kerana Kuala Lipis telah melahirkan beberapa orang bestari.

Tetapi kita hairan, pasar besar baru di bandar baru dinamakan Pasar Cengkeh. Apakah hubungan cengkeh dengan Kuala Lipis, sedangkan kita tahu tak sekuntumpun bunga cengkeh dihasilkan di Kuala Lipis. Apakah hubungan anggerik
( orkid ) dipilih maka dinamakan terminal bas sebagai Terminal Anggerik.

Tidakkah tuan-tuan berasa pelik?...

29 comments:

  1. pak ngah..
    seingat keh eder DE RAKIT rumah rakit boleh sewa ketnya sekejap ngat operasi, tak taw nape. ntidoknye ralit juge, duk atas air te..siap econ lagi..

    ReplyDelete
  2. Pak angah payoh juga mekala jadi gitu...dema bubuh nama ikut sedap mulut aje..makna entah mana kaitan langsung tak ada..

    ReplyDelete
  3. salam pak ngah.sy rase tu la masalah kite kat malaysia ni.tak pandai menghargai dan melindungi aset2 yg ade nilai sentimental.atas name pembangunan seme ditarohnye.kalau kat luar negare,sebolehnye deme jage utk tatapan generasi akan dtg.deme tau tau dgn sejaroh anok bangse mereka ada 'jiwa'dan 'rasa'pd ibu pertiwi.sejaroh yg mematangkan akal dan fikiran kite.demi wang ringgit dan projek mereka sanggup menggadai ape saje,hatta maruoh mereke sendiri. sy tgk kebanyakkan kite takde jati diri sbg melayu,islam dan bangsa malaysia.kite tercari-cari rupe kite yg sebenor,sape yg kite nok ikut sbg panduan.sy percaye seme ni berkait dgn racun yg penjajah tanam pd kite dulu.deme ilangkan seme tinta kegemilangan kite.(sebuah tamadun yg berdaulat)deme pisahkan kite dr akar(islam) dgn melayu.ttp secara tersembunyi deme juga mengakui kekentalan bangsa kite menjaga maruah agame.ttp lama kelamaan(sekarang)ianya terhakis jus.kpd pejuang-pejuang yg tak penoh jemu,sy doakan dan menyanjung tinggi jase dan pengorbanan yg dicurahkan.
    n/b:mintak maaf la kalau sy melalut,ni cuma rs hati yg bersarang sbb ade perkare2 yg buat sesorg itu merase sensitif.spt kate seorang hukuma"seseorang itu akan sibuk(ambil peduli) atas apa yg dicintainya"

    ReplyDelete
  4. Pak..Bete tu.. memang pelik.Kalu nye letok nama2 tokoh lepeh tahan la skit..Keh dulu penoh mencadangkan supaya nama sekolah dan nama jalan di lepeh diletokkan nama tokoh Lepeh.. Contohnye SK Kuala Lanar elok diletok nama SK Dato' Khairuddin Kawi sempena nama guru pertama di sekoloh tu..SK Penjom ditukor kepada SK Ghazali Shafie.. Saya mohon mencadang..he he

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Ngah,
    kalau PakNgah orang lama yang melihat Lipis membesar terasa pelik, apatah lagi orang asing macam saya tak tahu titik mulanya....
    Kalau di KB, nama ditukar adalah untuk kebaikan seperti pantai PCB(Pantai Cinta Berahi) ditukar kepada Pantai Cahaya Bulan (masih ada lagi PCBnya sebagai kenang - kenangan heheheheee...)
    - ida

    ReplyDelete
  6. Elok sangat cadangan Tuan Haji tu, Lepih sendiri ramai tokoh dan pahlawannya. Kalau bukan orang Lepih yang nak ingatkan jasa bakti tokoh dan pahlawan tempatan ni, sapa lagi?

    Walau pun tokoh-tokoh kita tu tak mintak diagungkan, tetapi kita sebagai orang terkemudian menikmati hasil perjuangan mereka patut benar menghargai jasa perjuangan mereka.

    ReplyDelete
  7. mmg pelik, banyak lagi nama2 yang dapat menggambarkan identiti lepis yang boleh digunakan.

    ReplyDelete
  8. bagaikan apa yang saya katakan..lipis ini uniq..dan cantaik serta permai...sayang pihak berkuasa yang membangunkan bandar ini tidak kreatif...tidak mahu berfikir di luar kotak yang biasa...seperti saya angankan alangkah eloknya lipis ini di bangunkan sebagai bandar tempat orang berihat..seperti di negara barat..pekan2 kecil demenya dia orang preserve ramai orang akan datang untuk menikmati romatiknya aroma pekan2 kecil sebegini...tak payah lah kuala lipis nak di bangunkan sebagai Kuala Lumpur pulak..kita kena cari wajah sendiri...

    ReplyDelete
  9. saya setuju sangat lepih ni dibangunkan secara pesat sepertimana yang berlaku sekarang.

    binalah kedai yang banyak.
    dan kutip lah sewa bulanan dari mereka.

    walaupun hakikatnya kedai di lepih ni banyak yang kosong!

    ReplyDelete
  10. Kelompin, salam...

    Zaman rakit dah habis. Yg tinggal hanya kenangan

    ReplyDelete
  11. Akuanakpahang, salam...

    Itulah yang terkilan dihati...

    ReplyDelete
  12. Pacifist, salam...

    Kita ada DO yg mentadbir daerah,
    Kita ada Majlis Daerah sebagai perancang
    Kita ada Persatuan Sejarah untuk penampilan

    Tetapi mereka tidak ada sensitiviti yg berkualiti.

    ReplyDelete
  13. Pengembara Silam, salam...

    Saya setuju dengan pendapat anda, tapi nok buat goner...

    ReplyDelete
  14. ida, salam

    Org KB ada kualiti dan veriti
    Orang Lepis ada kuantiti tanpa sensitiviti...

    ReplyDelete
  15. Idris Talu, salam...

    Sepatutnya begitulah tn.hj.
    Pihak kerajaan seharusnya peka dan mengambil kira sensitiviti rakyat...

    ReplyDelete
  16. endiem,
    ubi Lepih &
    ben

    Kita buat entri lagi
    sehingga kita dibenci, ha ha ha

    ReplyDelete
  17. pak hashim,
    wa nak gi lipeh!
    sambal hitam belimbing buluh (?) best kan?
    *ooo...pak hashim lambat tido ye?
    kesihatan kena kasi sihat.

    ReplyDelete
  18. salam pak ngah... lama tak dgr kabar berita... sihat la harap-harapnya... kual lipis tu lama juga abeli duduk san ada la 5 tahun.. menyewa kat batu kurap.. duduk rumah arwah kak jah tokey buah...kalau pegi sekarang dah jadi kenangan dah.... kalu ingat cikgu mat janggut penolong kanan sek men califford tu dulu ayh sedara saya...

    ReplyDelete
  19. 1989...pernah terpikat ngan gadis lepih...tp jodoh tak da..

    ReplyDelete
  20. bro Pyan..aiyaaa kita olang sudah banyak lama tunggu lu mali looo...lu pun kesihatan kena jaga...

    ReplyDelete
  21. sdr. Pyan,

    Selamat datang ke Kuala Lepih. ben, ubi dan saya mesti tunggu punya.

    Sambal hitam belimbing buluh mesti ada, makan di rumah saya. Kasi tau awal, hu hu, hu...

    Kesihatan boleh masih boleh bertahan,
    ha ha ha...

    ReplyDelete
  22. Abli, salam,

    Oh ye ke pernah duk Lepih. Jadi Lepih tidak asing bagi Abeli. Jenguk-jenguklah kami disini bila ada senang.

    Orang yg Abeli sebut tu mungkin saya kenal orangnya tapi tak kenal nama...

    ReplyDelete
  23. Mus'ab leh abdullah,

    11 tahun yg lalu belum begitu lama. Jadi mus'ab telah pernah berkunjung kesini ,Lipis.

    Aduh!, sungguh tidak bernasib baik gadis tu kan, mus'ab...

    ReplyDelete
  24. ubi, salam,

    kita kena pastikan Pyan betul-betul sampai. Makan di rumah saya - sambal belimbing hitam.

    Bawok sekali seniman merajuk tu...

    ReplyDelete
  25. asalamualikum pakcik hashim

    lipis ni tempat orang bugis ke ?

    ReplyDelete
  26. brutalsolo, salam

    Bukan orang Bugis semuanya
    saya tak dapat nak menentukan sebab Minang,Rawo, kampar adalah kebanyakan.jawa pun ada. Tun Razak adalah keturunan orang Bugis.

    Maaflah En.Brutal, saya ta dapat jawab dgn tepat.

    ReplyDelete
  27. Asalamualaikum wr wb,

    Maaf mencelah, kita sama saja Tuan Haji,Jawa ke, Minang ke, Petani ke, Melayu belake, Islam pulak tu, kira sedara belake. Keragaman kaum tu kira keindahan dunia ciptaan Allah, kalau faham banyak bahasa lagi comel.

    Buah perian = buah jias. Budu = peda. Gajus = ketereh. Banyak lagi.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  28. Salam, tn.hj.,

    Betul kata tn.hj. tu...

    bangkung,perah, petai,kepayang
    budu,budu, belacan ulam pegaga
    jangan persoalkan bak keturunan
    semua bangsa baik belaka

    ReplyDelete
  29. dah 20 tahun tu tn hj.taklah pernah tinggal di lepih ni.tapi tinggal di gua musang umahnya keluarga angkat..balik kl.naik keretapi jam 4 pg dr gua muse ke lepih..jd lalu sajala bdr lepih yg penuh sejarah ni.jumpa gadis tu dulu masa bljr di kl.org pdg tengku...ingat nak jadi mcm ayah..nikah ngan org pahang tak kesampaian jugak akhirnya

    ReplyDelete