Bandar Lipis IV.
Diantara benda-benda lama yang ada ‘sentimental value’ yang patut diapungkan sebagai kesan sejarah telah ditenggelamkan. Yang timbul adalah benda-benda baru yang tak patut dipatutkan untuk menjadi daya tarik orang ramai dan pelancung-pelancung, dari luar dan dalam negeri.
Justeru Bandar Lipis jadi tergantung, dilihat sebagai benda terbengkalai tidak ada value untuk dijadikan model atau modul yang boleh membawa kebanggaan kepada penduduk disini.
Tetapi orang tidak tahu. Tahu mereka Bandar Lepih sudah ada centrepoint, tempat makan minum yg ekslusif. Bandar Lipis ada dua Rest House atas bukit megah berdiri cantik, kononnya ada restoran cangih. Ada Lipis Velly Inn tempat bersantai. Ada restoran Informasi centre bertempat bertanya itu ini. Ada Bandar baru yang masih kelabu belum penuh terisi. “Errand boy” berkeliaran simpang siur di Bandar lama buat pesan beli nombor untuk orang melayu. Dalam pada itu, di sana sini PBT dirikan warung ada yang bertaraf “food Court” tetapi bila nak makan susah mahu telan dan mengkelan.
Ada dua blogger menulis:
1.
bagaikan apa yang saya katakan..lipis ini uniq..dan cantaik serta permai...sayang pihak berkuasa yang membangunkan bandar ini tidak kreatif...tidak mahu berfikir di luar kotak yang biasa...seperti saya angankan alangkah eloknya lipis ini di bangunkan sebagai bandar tempat orang berihat..seperti di negara barat..pekan2 kecil demenya, dia orang preserve supaya ramai orang akan datang untuk menikmati romatiknya aroma pekan2 kecil sebegini...tak payah lah kuala lipis nak di bangunkan seperti Kuala Lumpur pulak..kita kena cari wajah sendiri...
2.
saya setuju sangat lepih ni dibangunkan secara pesat sepertimana yang berlaku sekarang.
binalah kedai yang banyak,
dan kutip lah sewa bulanan dari mereka,
walaupun pada hakikatnya kedai di lepih ni banyak yang kosong!
Ulasan saya:
Pertama memperlihatkan kekesalan terhadap Pihak Berkuasa Tempatan yang membangunkan Bandar Lipis mengikut nafsunya sendiri.
Kedua merupakan satu sindiran yg pedas. Dirikan sebanyak mungkin kedai yang boleh( yang bersekala kecil). Bila tidak disewa ianya akan kosong. Premis yang bersekala besar mereka sendiri akan berniaga.
Salam Pak Hashim..
ReplyDeleteKuala Lipis pernah mengamit memori kawan sedikit masa lalu..
Kawan suka memandu dalam bandar lama pusing hala setesen bas lalu dekat mesjid lama dan park kereta depan hotel Jelai dan pandang hala kesungai..disitu kawan rasa masih lagi permai..
Salam Pakngah,
ReplyDeletejangan lupa Lipis pun dah ada KFC, adik saya siap buat bekal makan dalam keretapi tu....
alamak terkeluar pulak cerita ni, keh keh keh....
mana ada saya tipu Pakngah, rasanya Pakngah yang tak ingat ni, saya kata saya nak ke Lipis untuk Trip ke Kulompo...
Cuti raya Cina yang lepas , mak saya pergi ambik adik saya kat Lipis tu, bawa sama dengan 4 orang anak sedara yg kecik2 yang pergi rumah Pakngah itu hari , macamana saya nak angkut budak2 tu ke rumah Pakngah ?
lagipun dorang tengah mabuk buah... macam2 ada langsat, manggis , rambutan .
Ada faedahnya naik keretapi ni, buleh angkut 2 kotak buah2 tu ke KB hehehehe....
Insyaallah Pakngah, kalau panjang umur misi saya ke Lipis dengan keretapi akan berjalan juga dalam tahun ini.
Lama kawan tak ke lepeh..
ReplyDeletehari tu lalu aje tak singgoh...
rindu juga nok naik keretapi.
Lepih memang unik, koi pun pernah tinggal disana. tapi sekarang dah lama tak kesana
ReplyDeletesalam pakngah
ReplyDeletelepih pada koi suatu bando yg unik, nostalgia.
banyok ngat kenangan di sana. ramei lg sedara di beletik, kg gua. pernoh duk di sm clipot ikut pok sedara ngajo sane. pernoh ngelupo sane. hehe awek lepih cun cun ..
Salam Pak Cik Hashim.
ReplyDeleteMinta izin link blog Pak Cik ke laman blog saya.
Saya baru belajar2 menulis blog, mungkin banyak perlu tunjuk ajar dari dari pak Cik ...
Syahar Musa @ Cak Lam (dahulu)
http://hulukerut.wordpress.com/
relevan salam,
ReplyDeleteMemandu di bandar Lepis lama paling mudah, 'one way street" aje.
DiJelai Street, dihadapan Hotel Jelai, sungainya masih damai, tidak ada yg usik. Cuba tanyakan pada sungai itu sesuatu maka ia akan menjawab: telah sekian lama aku menanggung beban rakit-rakit yang sering jongkang-jongkit...
ida, salam,
ReplyDeleteTak mengapalah ida,bandar Lipis tidak asing buat sesiapa kerana ia bandar transit terutama orang dari KB. Naik k'api lebih selesa berbanding memandu sendiri, kerana alignment jalannya kadang-kadang membahayakan. Hati-hati bila memandu sendiri.
Misi kamu ke sini akan p'ngah pasti menantinya dengan yakin.
Salam akuanakpahang,
ReplyDeleteLepih dahlah duduk di hulu carok, aokme nak sisihkan pulak. aduh! sedih kami di sini rasanya. Datanglah jenguk-jenguk kami...
Salam endiem,
ReplyDeleteKeunikkannya patut dipertahankan. Tak usahlah nak tiru atau nak buat macam Klumpur.
Di Lepih banyak gua
tempat orang bertapa
Jaman dulu kalau ke Lepih ni,
tak payah bawok bini...
Salam kelompin,
ReplyDeleteLepih memang unik, tak serupa dgn bandar lain kerana sengetnya.
Sapa-sapa yg pernah tinggal disini setelah banyak meminum air jelainya akan bermukim di sini.
Bukan kerana aweknya cun tetapi kasihnya pada Lipis sukar dihakis...
Salam hulukerut,
ReplyDeleteTakde salahnya mende yang baik.
Peliknya, kan dulu pernah berblog, jadi masakan ada masalahnya. Sekadar tukar nama dari Cak Lam kpd. hulukerut. Sekadar ubah laman bersilat, ha ha ha...
i love lepih..seadanye ia.
ReplyDeleteAssalamualaikum wr wb,
ReplyDeleteTuan Haji Hashim, Lepih tempat ketiga kawan melata atas dunia ni. Dari kampong kawan di Lenggong, habih SPM kawan merempat di Ipoh-kerja di kilang besi, masuk kilang kenal Cina Melayu, keluar kilang semua serupa Maniam belaka.
Lepas tu merantau ke Kuala Lumpur. Bila diberi peluang ke mana nak pergi sebab bukan semua nak disimpan di KL, kawan mintak ke Lepih. Gerak hati.
Banyak benda kawan belajar di Lepih. Kawan jenih suka singgah di surau, mesjid, kedai kopi - suka belabon.
Kut belah Sega dan Dong sana, ramai orang Rawa dan Minang, kawan singgah di kedai dema, dema suka bela merbok, sembang pasa burung merbok - dema kata burung balam.
Kalau ke Relong tu, kawan suka merayau dalam semak sampai ke gua-gua yang banyak di situ. Singgah di Telang yang air sungainya kelam sokmo tu, dengan besi sebatang, kawan jadi memerang sat, cari lauk - bujuk di situ garang, pernah dilanggarnya kawan.
Lepih memang selalu dalam kenangan.
Wassalam.
Tuan Hj.Idris, salam,
ReplyDeleteTuan haji, kawan mula sampai ke Lepih tahun 1965 awal januari dari Bentong. Setelah 10 tahun di Lepih kawan merasakan Lepih amat menyenangkan. Oleh kegiatan kawan yg sikit extreme kawan di hantar ke Kuantan selama 16 tahun. Dekat nak pencen kawan minta balik ke Lepih dan selepas 2 1/2 tahun lalu bersara.
Lepih membuat kawan lebih dewasa dan berpengalaman.Kampung kawan Sega sama jauh antara Lepih Raub disegi jarak perbatuan. Jadi kawan lebih senang ke Lepih dan Kebetulan Tok Ki kawan asal Telang emak kawan orang Budu kawan claim kawan orang Lepih sampai sekarang.
Jika tuan haji ada masa lapang dan kemudahan datanglah jenguk jenguk kami di sini,...
K.Lipis dari perpektif sejarahnya tak berapa nak timbul, tuan haji. Itulah sebabnya kawan usik-usik dari jauh, ha ha ha...
Tn Hj Idris & Tn.Hj Hashim,seronok kawan baca sejarah org lama2 nih...mcm tengok filem yg tak tau nak habis....ceritala lagi...
ReplyDeleteLepih takut jadi macam cerita Pak Kadok,menang sorak kampong tergadai..ahak..ahakk...MDL tu amik2 lah juga pekiraan buah fikir org2 ulu yg tak berdarjat macam keh ni..apa lah salahnya.Bisa ular tak hilang hanya cuma menyusuk akar...keh ni resamnya ubi diam-diam berisi..
ReplyDelete