Followers

Friday, February 19, 2010

Sepanjang hayat 131 - Mat Jan nak jumpa YB

Mat Jan nak jumpa YB.

Mat Jan mencapai basikal tua sudirman lalu mengayuhnya perlahan-lahan. Pemergiannya tanpa disedari si Kelat yang sedang bergelut dengan ibunya. Kalaulah si Kelat tahu ayahnya berbasikal dia pasti melalak mahu ikut.

Di Pekan Mat Jan berpusing-pusing kok ada orang-orang yang berkumpul kerana hari itu program YB datang. Selalunya di Balairaya tempat YB berjumpa dengan rakyat. Orang akan berjumpa dengan YB minta itu ini, saing itu ini dan macam-macam. Kerbau lepas dari kandang, lembu hilang, kambing kena takek mereka lapor pada YB. YB dah pesan pada orang kampong, pada Tok 4 apa sahaja yang berlaku dalam kampong kasi tahu dia. Hatta ayam dilanggar kereta sekalipun dan bergaduh laki bini sekalipun Justeru Mat Jan ada macam-macam nak adukan pada YB.

YB tak mau dengar ada parti pembangkang buat ceramah. YB tak nak tengok ada bendera parti pembangkang berkibar dalam kampung. Parti pembangkang munafik, parti pembangkang tidak membawa kemajuan. Tok 4 kena ingat itu, kata YB. Tok 4 kena ambil berat perkara ini. Jangan ada parti pembangkang biak dalam kampong kita. Usahakan bior diorang kecoh.

Mat Jan berpusing-pusing lagi dengan basikal sudirmannya, lalu singgah di kedai Pak Saiyed. Di kedai Pak Saiyed ada jual macam-macam. Di samping jual teh kopi, Pak Saiyed jual barang runcit. Disebelah kedainya itu dia beli getah pula.

YB pedeoh, janji tak tepat, gerutu Mat Jan dalam hati, sambil memerhati meja kosong. Ada beberapa orang kampung sedang minum, beborak dan berlabun. Ada dua tiga meja yang tiada pelanggan tetapi cawan teh kopi bekas diminum belum diangkat, meja tidak dilap. Lalat beterbangan simpang siur lalu hinggap menghurung kesan tumpah dan cawan-cawan kosong di situ.

“Sini ajelah Mat, sama kome ni”, lawa Pakngah Bogong yang semeja dengan Mat Kilat. Di meja sebelah ada dua tiga orang nama Mat. Banyak sangat orang kampung nama Mat. Untuk membezakan antara satu Mat dengan Mat yang lain, dihujung nama mereka ditambah. Jadilah Mat Kilat, Mat panjang, Mat Gemuk, Mat Sengkek, Mat Kenit, malah Mat Senyum pun ada.

Mat Jan menarik kerusi lalu duduk dekat Pakngah Bogong sambil memesan “ teh tarik satu”.

“Siap,” dengar bunyi tukang teh jauh dibelakang.

Sambil menunggu teh tarik samapi, Mat Jan cangkuk kueh gulung warna hijau berinti nyior. Manis dan sedap. Dua batang kueh gulung lesap dan Mat Jan hamper cengkik teh tarik belum juga sampai.

Kedai Pak Saiyed kedai kampung, kini dikendali oleh anaknya, masih begitu. Masih begitu sejak Mat Jan budak-budak lagi.

14 comments:

  1. salam pak hashim: mat jan ada d mana². mat jan adalah tipikal melayu..

    ReplyDelete
  2. Mat Jan nei macam mata-mata gelap aje gayanya hehehe....hebat agok kawan mat jan nie...

    ReplyDelete
  3. Mat Jan kembali...adakah Mat Jan nak terjun ke arena politik pula Pak Hashim?..

    ReplyDelete
  4. tadi ada YB datang ber'zohor' kat surau saya.
    http://kopiahkapal.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. pak ngah
    salam..mat jan ni sorang yang banyak tahunya walaupun tidak banyak menonjol diri.

    ReplyDelete
  6. piewahid, salam...

    Mat Jan yg tipikal itu adalah kerektor orang melayu yg masih ada. Mereka perlukan perubahan sebenarnya...

    ReplyDelete
  7. Salam Yasin,...

    Mat Jan bekas askar melayu lari dari squad. Jadi hidupnya macam kain panjang lima, tarik keatas dibawah terlapang, tarik keatas dibawah boling, ha ha ha...

    ReplyDelete
  8. Salam relevan,

    Politik Mat Jan setakat dapat minum dan makan free aje. Kalau boleh pilihanraya bior ada sokmo, sebab bila pasang sepanduk dialah cheifnya, ha ha ha...YB tahu itu...

    ReplyDelete
  9. nikbinjidan, salam

    agak-agak Nik bersambung tak? Ada gaya Mat Jan the series tak?...

    ReplyDelete
  10. Salam Kilat,

    YB tu pastinya ber coat & bertie. Ada hallah tu gamoknya. Dia tentu bersalam dengan semua jemaah...

    ReplyDelete
  11. kelompen salam,

    Orang macam Mat Jan tu, banyak gunanye pada YB, terutama masa pilihanraya...

    ReplyDelete