Orang Kampung Mat Jan, Bila hendak Berubah.
Sebelum Teh, bini Mat Jan mengandung, mereka berdua-duaan ke kebun menorah getah.
“Masa rege getoh naik nih kita kejelah lebih sikit,” kata Teh.
Gelap subuh mereka dah turun. Sudahlah sembahyang subuh tidak, mukapun tak basuh, gosok gigi jauh sekali. Untunglah kebun tak jauh mana cuma dibelakang rumah saja. Kalau anak-anak mereka terbangun lalu melalak ,Teh dengar dan dia segera meluru balik.
Bangun pagi Mat Jan terus sarung seluar basahan penuh sempelet dengan getah. Baunya bangor sudah cukup meloyakan. Seluar dengri yang dibeli di pekan sehari dengan harga RM 20. sudah hilang warna. Dah berbulan-bulan pulak tak jumpa serbuk basuh cap harimau. Sembat baju, capai kasut getah dan ambil pisau menoreh lalu tercegat di luar rumah.
“Deraslah sikit, orang dah siap ni,” desak Mat Jan pada bininya.
“Japlah weh, mengedanlah sikit, ha ah,” jawab Teh sambil mengena serkup kepala (anak tudung), turun tangga, sarung selipar jepun lalu membuntut lakinya. Ngongeng-ngongeng bunyi mereka bercakap sambil berjalan. Entah apa buah bitir, entah. Tak tahu.
Sama seperti lakinya Teh haram tak pakai seluar dalam, tak pakai kasut, tak lilit betis dengan patis dan tak pakai baju lengan panjang. Langsung tak ikut teladan yang ditunjukkan oleh nyonya-nyona cina yang hidup mereka sepanjang hayat menoreh.
Balik nanti barulah sedar dua tiga ekor pacat memendam celah jari kaki. Sampai montel pacat-pacat kenyang ngisap darah lalu jatuh sendiri. Bila malam pulak nanti , tergaru-garu sana tergaru-garu ini, gatal dan miang semacam. Manakan tidak, hama dan cengkenit dah bersarang kat celah kangkang dan mana kutu babi pula bertenggek dibelakang telinga dan dalam rambut. Aduh! Habat benar gayanya Mat Jan nih laki bini .
Sudahlah begitu, bila keluar ke kedai, ke pekan sehari sambil kendung anak, sambil beli belacan, beli budu dan beli ikan bilis ikan kering seringgit dua, tangan asyik meraba-raba celah punggung dan celah kangkang. Tak cakna lalu ke orang ramai keliling kelalang. Gatallah tu!.
Agaknya boleh dikatakan semua orang kampong Mat Jan, baik yang lelaki mahupun yang perempuan buat kerja, menorah getah dan lain-lain berkeadaan seperti Mat Jan laki bini.
Tidak dapat hendak dipastikan bila orang melayu, orang kampong Mat Jan ini akan berubah, tukar kaedah dan cara bekerja mengikut system yang betul dan hygienic. Agaknya separuh abad umur1 Malaysia ni nanti belum tentu boleh.
Bila Mat Jan nak pakai baju, seluar, topi siap dengan jeket dan panjat pokok langsat, pokok petai pakai but?. Bila….
********

ramai lagi orang macam mat jan ye..
ReplyDeleteMat Jan perlu anjakan paradigma sekarang..
ReplyDeleteasalmulikum pak hashim
ReplyDeletesaya suka n3 ni
mendalam di kajinya
teruskan teruskan
Naya bete Teh tak pakai sepender gi motong getoh, Mat Jan pun sekor sepander puh tak beli ker bini tu maru...
ReplyDeletesalam,dah lama x menjengok di sini....saya memang rindu ngan kisah2 macam mat jan ni...bosan dgn kisah2 politikus atau koporat2 yg keparat!!!
ReplyDeleteSalam endiem,
ReplyDeleteSaya kira majoritinya sudah semakin kurang. Kalau ada orang spt Karam Singh selalu memantau, Insya Allah rasanya!
Salam relevan,
ReplyDeleteSaya percaya, hal ini perlu ada anjakan paradigma. Orang-orang spt karam singh perlu.
Salam Brutal,
ReplyDeleteOrang-orang spt.Mat Jan ni perlu ada dlm satu-satu komuniti, baru ada sensitivinya.
Salam Yasin,
ReplyDeleteBetul. semuanya salah Mat Jan. Barangkali dia tak tau darimana ndak bermula. Mat Jan kena ambil iktibar 'kebajikan bermula dari rumah'
Salam hai,
ReplyDeleteAok sibuk ngat dirumah dgn anak-anak.
Sesekali baca cerita Mat Jan bolehkan hilangkan stress.
Politik koperat & keparat hak deme...
Salam hai,
ReplyDeleteAok sibuk ngat dgn anak-anak dirumah. Elok juga baca Mat Jan the series, boleh gok hilangkan stress.
Orang politik, koperat & keparat tu, biorkan le...
x daye ke pacat te lah..mmg gatei lepas kena sedut darah te..hehe kitnye sedap pulok menggarunye..sampai berkudis te lah..haha
ReplyDelete