Followers

Wednesday, February 24, 2010

Sepanjang hayat 133 - Mat Jan Bercelaru

Mat Jan keluar ke pekan sehari, nak beli minyak urat buat bini dan anak-anaknya yang selalu kena gatal-gatal. Minyak cap gamat bagus, kata orang. Tiba-tiba Mat Senyum mencuit belakangnya. Hilang semua angan-angan Mat Jan bila terasa belakangnya kena cuit. Lalu segera dia berpaling.
“ Heh! Aok yek, Mat.”
“Aok tak jumpa YB tadi, Mat.”
“Matnye?”
“Tadi YB cari aok. Dia kata, dia nok buat kenduri, sembelih lembu jaras.”

Kenduri ape mendenya. Angin tidak rebut tidak tuk-tuk nok buat kenduri, dehem Mat Jan dalam hati. Pilihanraya lambat lagi. Dalam masa sama darahnya berderau sikit. Ini mesti ada hal besor. Kotak fikirnya terus terpelanting ke rumah. Dia teringat baju T warna merah hadiah YB masa Pilihanraya lepas.. Tak patut kalau dah layu warna. Balik nanti suruhTeh letak bawah bantal. Kenduri YB, pakai baju merah ada logo parti baru mentereng sikit. YB tentu megoh.

Tuk tuk, dia teringat pula, ada dua tiga kali orang nampak Hj.Derus bertenggek di pelantar rumahnya. Jangan-jangan ada orang lapor pada YB hal Ketu Pembangkang nombor wahid itu kempen ajak masuk partinya.

Dalam pada itu Mat Jan teringat YB nak beri bantuan sebab dia masuk hospital dulu. Dah banyak kali dia sebut. Manalah tau kok ada rejeki.

Dalam hatinya berkarang juga,YB tak boleh salah sikit. Dia cakap, jangan layan orang pembangkang. Jangan dengar ugut diaorang. Benda-benda begini memang cepat merebak. Feil orang kampong tau sajalah, bukan betul sangat. Tukang bung, tukang acung banyak. Diaorang boleh pusing macam-macam nak bodik YB, aku yang kena.

Mat Jan jadi gelabah. Fikirannya bercelaru. Kulu kilir, kulu kilir dalam pekan sehari. Dalam kepalanya nampak YB, nampak Hj Derus, nampak kaki cung dalam kampung dan dia nampak duit. Huru hara jadinya. Terus balik. Hapah satu apa tak beli. Minyak urat cap gamat langsung lupa.

17 comments:

  1. celaru matjan dek YB sampai terlupe beli minyak urat...huhuhuhuh
    habis la matjan balik nanti :)

    ReplyDelete
  2. adeii kesian mat jan..belang belih buat dek YB te..

    ReplyDelete
  3. Baik cepat skit Mat Jan jumpe YB... Mat Jan..Minyok lintoh tak beli ke?

    ReplyDelete
  4. YB nak bagi projek besar, bela pacat,lintah.

    ReplyDelete
  5. Mat Jan penyudahnya jadi YB juga,YANG BECELARU...habis nasib anak MELAYU..

    ReplyDelete
  6. Salam PakNgah,
    Adakah Mat Jan seorang pemaaf atau cepat lupa ataupun disebabkan kemiskinan dia sudah tiada pilihan .

    hahahaaa... tak sabar nak dengar cerita dari Mak Teh, sudahla usaha dia dulu untuk minta duit dari YB entah kemana ,
    hari ni ubat gamat juga tak terbeli akibat YB yang sama .

    ReplyDelete
  7. pengarut tegar, salam

    Orang cam Mat Jan ni mudah terpengaruh.
    cepat gelabah.mudah aje makan umpan orang.

    ReplyDelete
  8. mazru salam,

    Mat Jan budak kampung, dapat baju T ada lambang parti,pakai siang malam. melaram...

    ReplyDelete
  9. pengembara, salam

    Le ni, cong Parti Kerajaan dgn pembankang sama kuat. Kita tengkoklah Mat Jan terjebak kebelah mana...

    ReplyDelete
  10. relevan salam,

    Boleh ke watak Mat Jan jadi hero dalam siri ini. Kalau boleh saya nak teruskan, ha ha ha...

    ReplyDelete
  11. endiem, salam

    YB cakap projek macam-macam. tapi dekat PR13 ni kendur sikit. Ada dah yg kira berapa pencen kalau tak kena pilih. YB tukang cerita....

    ReplyDelete
  12. ubi, salam

    Mat Jan akan jadi YB juga 'Yg Berangan"

    ReplyDelete
  13. ida, salam...

    Pandai kamu meningkah yek!

    Mat Jan tiada pilihan ( sengaja p,ngah jadikan wataknya begitu) kerana:

    Miskin dan tidak berpelajaran boleh menjadikan rakyat haru biru dengan pemodenan hari ini. Pembangunan mental dan material di Negara kita tidak seimbang. Manakala politikus kita asyik menterjemahkan deklarasi sendiri tanpa ideology.

    Yg jadi mangsa ialah orang melayu kelas 3 (majority)

    ReplyDelete
  14. Salam Pak Hashim,

    Salah Lorong sudah siap dan sedia untuk pesanan.

    Sila email ke basri.normohd@gxxx.com

    gmail tak saya eja penuh sebab takut spam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. harap cerita ni masih ada sambungannya...teruskan!!:-)

    ReplyDelete
  16. Salam kembali Paktua.
    Lantai saya tak risau, tapi sedap jugak kalau dapat pekena lauk ikan pekasam. Air jus kosong pun cukup pak tua.

    ReplyDelete