Followers

Tuesday, April 27, 2010

Sepanjang hayat 147 - Selaut Banjir Barakah

hujan membawa rezeki
ada benarnya jika diamati, kata orang.
Tetapi, yang jelas bila banjir yang ini
setelah bertahun-tahun memendam rasa
hendaknya,
Janganlah indah khabar dari rupa.

Sekali air bah sekali pasir berubah
kata pepatah,
selaut banjir membawa barakah
berperahu berkajang orang menadah
yang dapat hanyalah sampah.
Kok tidak gendang bertingkah
kok bersilat sumbang langkah
bagai pak kaduk pelembang tak alah.

Jika yang patah tumbuh, yang hilang berganti
Yang pergi menyumpah, yang datang berseri,
mudah-mudahan banjir kali ini
padahnya membawa erti
Orang Lipis bersyukurkah...!
banjir datang banjir pergi.

Selamat jalan setiausaha lama
Selamat datang setiausaha yang baru.

8 comments:

  1. Setiausaha lama pindah ke Jerantut ke Pak Hashim?..

    ReplyDelete
  2. Mazru salam,

    sila baca Email saya baru pos.

    ReplyDelete
  3. relevan salam,

    Setiausaha lama pindah ke Jerantut. Setiausaha baru datang dari Bkt.Cameron.

    ReplyDelete
  4. salam pak ngah
    bermain hujan bermain panas
    lumrah bumi mana tiada basah

    ReplyDelete
  5. mana surat yg ayahngah nak poskan tu? saya tunggu aja..

    radioterbang@gmail.com

    atau

    radioterbang@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. salam pak ngah,
    harap pak ngah sehat..pada malam 6hb kena ke Pekan,ade preview besaran dari rodong kite di Pekan.

    Terdetik di hati jika2 pak ngah nak join sekali?

    ReplyDelete