Followers

Thursday, September 23, 2010

Sepanjang hayat 162 - Mat Jan: Keruh dihulu, keruhlah dihilir.

Mat Jan tidak selincah dulu lagi. Dia lebih banyak menyendiri le ni. Barangkali banyak perkara yang merungsingkan fikirannya. Yang jelas keadaan hari ini yang tak menentu. Cuacanya: kalau panas, panasnya bukan main. Kalau hujan, hujannya bersekali rebut petir. Adakala guruh mengaung bagaikan taufan membelah langit tetapi setitik hujanpun tak turun.
Barangkali dia banyak memikirkan soal keluarga,, rumah tangga dan tanggungjawab yang semakin bertambah.

Baguslah Mat Jan kalau begitu. Tak ada faedahnya kehulu kehilir ikut lagak orang. Lagipun awak tu tak lebih dari seorang tukang sorak. Orang bertepuk tangan awak bertepuk tangan. Apa yang disorakkan dan apa yang ditepukkan haram tak tau.

Mat Jan banyak berfikir. Macam-macam difikirkannya.Apa tidaknya Mat Jan berbeka-beka. Keadan politikpun semakin huruhara. Entah mana satu yang betul. YB pun kadang-kadang ngiling kepala tak ketahuan hendak bercerita. Dalam radio, Tv dan surat khabar berita rompak, samun, bunuh membunuh menjadi-jadi. Cerita bunting tak berlaki pun satu hal, buang anak merata-rata. Dalam pada itu ada anak-anak ssyarikat mega kerajaan mengistiharkan keuntungan berlipat ganda. Pelik juga kerajaan suruh rakyatnya berpada-pada kalau berbelanja tapi untung banyak itu untuk siapa!

Harga barangan dipasar semakin naik, pulaknya banyak perkara yang tak boleh dibeli terutama yang dalam tin. Kata orang ada lemak babi.

Banyak perkara yang difikirkan Mat Jan. Air Sg. Lipis yang tak jauh dari rumahnya itu mengalir berkurun lamanya di situ, tak pernah seharipun jernih. Keruhnya sepanjang tahun. Musim kemarau kah, musim tengkujuh kah airnya tetap keruh. Sekali pandang dari jauh tak ubah teh tarik dikedai Habib Salim.

Siapalah yang mengeruhkan air sungai itu hahh! dia bertanya dalam hati. Dek keruhnya air Sungai Lipis orang sudah tidak tahu hendak mengagak tehur kah ataupun dalam airnya. Gamaknya, Mat Jan mengambil iktibar: kalau airnya keruh dihulu dihilirpun keruh juga.

10 comments:

  1. Salam Pakngah,
    menarik pula kes anak Syarikat Mega Kerajaan untung banyak tu,
    apa kesannya kepada Bonus kita nanti kikikiiiii..

    untuk mengubah nasib dirinya, Mat Jan kena berani ubah cara pemikirannya juga, kena keluar dari kebiasan.

    ReplyDelete
  2. ala silap taip pulak,

    Mat Jan kena berani keluar dari "kebiasaan"

    ReplyDelete
  3. Salam Pakngah semoga sihat ceria sokmo.
    Semoga Mat Jan juga sihat walafiat.

    ReplyDelete
  4. Betul kata Mat Jan..air di hulu keruh di hilir pun keruh..akibat penebangan balak yang semakin berleluasa..

    ReplyDelete
  5. orngkasai cadangkan mat jan kena pindah, mai sini air keruh & jernih ikut musim..

    ReplyDelete
  6. Ida, salam...

    Ya! Mat Jan kena keluar dari kebiasaan. Dia kena banyak merenung, bukan saja ke luar tetapi ke dalam dirinya.

    ReplyDelete
  7. Yasin salam...

    Alhamdulillah, kome disinih sihat belaka. Budah-buah dah habis. beburung berterbangan memberi tanda musim pejor dah nak datang.

    ReplyDelete
  8. Waqeh, salam...

    Insya Allah! akan saya sampai salam Waqeh pd Mat Jan.

    ReplyDelete
  9. Orangkasai, salam...

    Gayanya Mat Jan nih tak boleh berpisah dengan sungainya walaupun airnya keruh. 'Keruh dihulu maka keruh dihilir' baginya mudah nak menangguk...

    ReplyDelete