Kini bandar Lipis masih ada walaupun umurnya sudah tua. Tetapi sekarang keluasannya telah bertambah sekali ganda. Pembesaranya dan persekitarannya meliputi setiap penjuru mata angin.
Sungai Jelai yang berair kelabu terus mengalir lesu diantara bandar lama dan bandar baru. Penghuninya adalah warga, pelbagai etnik berbangsa-bangsa dari pelbagai benih dan baka. Ini dapat diukur dari bilangan kenderaan mewah yang indah-indah memenuhi lapang dan ruang.
Orang seperti saya bila tersasar ke bandar menjadi hairan dan tertnya-tanya. Mengapa ramai sangat orang, tak tahu dari mana datangnya. Semuanya tampan bergaya, berwibawa dan masing-masing dengan hala tuju bersahaja.
Jauh amat bezanya Lipis kini dengan Lipis purba, bak langit dengan bumi. Kalau kamu semua ingin tahu apa punca. Panjangkanlah langkah, amatilah pendengaran juga penglihatan. Kuala Lipis kini bukan lagi tasik orang berleka-leka.
Salam Pakngah, gitu arus perubahan zaman semuanya telah berubah drp asalnya... jgn hilang perababan nilai bangsa kita sudah.
ReplyDeleteKuala Lipis , ada perkara yang patut diberi perubahan dan ada benda yang patut dikekalkan.
ReplyDeleteLipis purba tu yg tak tahan..tamadun lipis purba
ReplyDeleteBagaimana pun Golden Era lipis adalah tahun 60an..ini zaman sgt hebat..
ReplyDeleteLepak lepak dekat rest house Lipis..pandang kebawah sejuk mata..
ReplyDeleteKuala Lipis masih dalam selimut purbanya. Pembangunannya lembab. Pernah ada janji bila siap jamabtan Sungai Jelai, pembangunan Kuala Lipis jadi tangkas dan hebat. Hapah pun tak ada. Apa YB Shahrom buat.
ReplyDeletesalam, pakngah...
ReplyDelete2hb - 7hb Mei ...koi di lepih...tp koi xtau di mana rumoh pakngah...klau dok, koi gie...dpt ngeteh secawan dua jadi laa...insyallah...panjang umur...ada rezeki...kita jumpe.
salam pakcik,
ReplyDeletedurian menjadi?
Arisel,
ReplyDeleteJangan disindir kota kami
kota kami dari dulu sampai kini tetap damai
kota kami banyak misterinya.
Jangan diapa-apakan kota kami
kota kami dari dulu sampai kini lambang tuah
kota kami banyak sejarahnya.
Jangan dicemuh kota kami
kota kami kota bertuah
kota kami banyak pewarisnya.
Kami sedang menunggu seorang pemimpin
yang tajam akalnya.
Fadh,
ReplyDeletePakngah tiada di Lipis waktu itu, ke Perak memanjangkan silatur rahim anak buah. Beritahu awal jika mahu jumpa, kita boleh bermesra sambil minum-minum di kota purba.
Bobo,
ReplyDeletedurian kurang menjadi tahun ini. Jadinya pun tidak serentak. Ada yg gugur ada yg masih berbunga. Keadaan alam yang tidak sempurna.
Bumi Lipis adalah bumi di mana aku dilahirkan tahun 1953..aku bersekolah rendah dan menengah di bumi Lipis, aku berkahwin pun di bumi Lipis, aku tetap sindir mereka yang gagal membawa Lipis ke tahap yang maju, makmu dan menarik. Maaf, Bong, aku tetap menyundir, akan lahir sajak Sungai Jelai 4, Tungguu...
ReplyDeleteFosil Kulit kerang usia 250 juta tahun ditemui di Taman Emas, Kuala Lipis. Bertulah cakap aku, Kuala Lipis itu nagari purba
ReplyDelete